Queen Aquarius

...

SPM
Assalamualaikum semua. Tak sangka esok dah nak bermulanya tahun baru 2017. Masha Allah, macam biasa ayat klise' "CEPATNYA MASA BERLALU" hahaha. Jadi, sudah 1 bulan 2 hari aku meninggalkan SPM 2016. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik di mana aku tak jatuh sakit, pengsan dan blank etc. Jawab SPM memang sangat berbeza ketara dia dengan peperiksaan lain lain. Yang kita boleh meniru, boleh tidur, boleh tak study lagi topik tu. Huhuhu. Walau bagaimanapun, bukan bagi SPM. SPM ni memang beza sangat dengan PT3 dan UPSR. Aku pon dah tak ingat sangat dah cara nak jawab PT3 dengan UPSR tu hehehe. Okay. Harini hakak de mood nak bagi tips untuk adik adik di luar sana. Tips ni bukan tips yang selalu motivator tu bagi. Berusaha bersungguh-sungguh, fokus dalam kelas etc. Memang tak dapat lah nak dinafikan yang semua tu penting. Tapi tips ni tips lain. Berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jadi ini tiada kaitan dengan yang hidup atau pon dah mati. Kalau korang fikir tak masuk akal ke, pelik ke boleh abaikan dan tak payah nak ejek ejek. Sila berambos. 

Before that, buat pengetahuan semua aku ambil 11 subjek. Tak bangga pon amik subjek banyak banyak. Tak semudah ABC. Ilmu Tuhan memanglah tak setanding dengan manusia berhati gelap macam aku ni. Jiwang jap. Okay next aku akan mulakan dengan subjek teras so mudah untuk sape sape yang tak de kaitan dengan subjek tambahan SAINS TULEN AGAMA boleh dah tekan pangkah blog ini. 
  1. BAHASA MELAYU
    Mula-mula BM lah adoi. Bahasa jiwa bangsa. Saya bangga berbahasa Melayu. Ececeh, Tapi kelas bm masuk lambat. Puih. BM ni tak susah pon sebenarnya. Ceh, YEKE? Kita mulakan dengan kertas 1. Yakni KARANGAN. Cah! Dulu aku dengar karangan, lemah kepala lutut aku sebab karangan SPM yang Cikgu aku ajar nih, beliau nak panjang panjang. Panjang macam rambut Rapunzel tuh. Bayangkanlah isi isi semua kena hurai tapi kena hurai dengan jelas. Payah gak. Karangan ni tak susah. Aku nasihatkan kau cari karangan karangan BM yang gempak gempak KEBABOOM, then baca banyak kali. Hafal ayat ayat BOMBASTIK BM dan peribahasa dan fakta fakta yang SAHIH yang sesuai untuk dijadikan pengukuh korang. Macam kata-kata sape sapelah yang terhormat dan terkenal. CONTOH: PROF. DR. UNGKU AZIZ. Untuk PAPER 2 pulak, rumusan tu ingatlah cara cara penulisan yang betul tu. Komsas pulak, tak dopek den naknolong kalau korang sendiri tak baca. Sepanjang cuti sekolah ni, bacalah buku komsas tu. INI tak, jeling pon tak buat puih. Korang memang waaaaaajib bukak dan BACA! sampai habis especially NOVEL. Kalau korang nak score kaw kaw kat Novel, bacalah novel. Kemudian baru baca buku rujukan untuk lebih arif tentang persoalan tema dll. Ejaan dan lain lain tu perlukan banyak latihan. Aku pun turut lemah di situ,
  2. ENGLISH
    Tidak dilupakan juga bahasa Antarabangsa kita nih. BI aku tak hebat mana pon so tips tu tak banyak. Macam aku cakap tadi, ni sama dengan literature. Kena baca buku literature. No short cut. And to me, buku rujukan literature yang berada di pasaran tak berapa nak berkesan sangat sebab zaman aku, thats novel still new so buku rujukan tu, tak complete. Literature in SECTION D PAPER 2 suka KBATkan soalan. Jadi susah lah kalau korang tak tahu the real stories and moment.
  3. SEJARAH
    Sejarah ni banyak pulak kertas dia. KERTAS 1 2 3. Kertas 1 pada aku mudah nak skor sebenarnya KALAU ANDA BACA. Okay before that, to me Sejarah, kalau anda betul betul nak skor, no need revision book. All you just need is text book. Buku teks sebenarnya dah cukup cukup lengkap pada aku. Cuma pelajar sekarang beli buku rujukan sebab senang nak tiru bila cikgu suruh buat nota hahahaha. Tak kisahlah. Its up to you. Tapi korang WAJIB khatam buku sejarah form 4 & 5. Kalau rajin, tulis nama nama tokoh dekat sehelai kertas. 1 m/s untuk nama nama tokoh dalam buku teks F4, kertas belakang tu untuk F5. Nama nama tokoh tu semua sebenarnya penting ya sebab memang famous betol ditanya dalam SPM hmmmm. Kertas 2 pula, korang kena skor kat Bahagian B sebab Bahagian A kita tak tahu dia akan tanya topik apa. Bahagian B pon sebenarnya kita tak tahu tapi dia ada bagi macam satu soalan tu semua topik F4 , satu set soalan semua topik F5. Korang pilih, nak topik F5 in your fingertips atau F4 TOPICS. Kertas 3 lak, orang selalu jugak ambil remeh paper 3 sebab boleh bukak buku. Thats wrong. Korang kena jugak baca topik tu dan spot2 soalan paper 3 sesuai dengan tajuk. Kalau ada rezeki, soalan yang pernah korang baca Inshaa Allahh keluar, Alhamdulillah ..
  4. MATHEMATICS
    Math ni semestinya lebih mudah dari addmath. xD Tapi Math SPM ni payah. Especially Paper 2. Dia suka kbatkan soalan. Dah macam soalan Addmath hmmm. Walau bagaimanapun, korang kena skor dekat Paper 1. Sesungguhnya hanya kertas 1 yang dapat membantu anda dengan Izin Allah. Buat banyak soalan objektif.
  5. PHYSICS
    Fizik. Hmmmm bukan subjek 'kacang' pada aku. Fizik ni dia suka tanya soalan yang dari belakang ke depan. Macam contoh ABC kita belajar, dia nak kita jawab soalan berbentuk CBA. Even dia topik yang sama tapi mampu membuatkan anda pening pening lalat. Hahahah. Fizik ni tak boleh lari mana. F4 subjects kena kuasai aku rasa. Sebab bila F5, ada topik lain pulak nak study. Kalau nak skor, skor betul betul dekat PAPER 3. Untuk buku rujukan fizik, aku amat amatlah sarankan beli BUKU RUJUKAN YANG ADA SEMUAAAA EKSPERIMEN. So maksudnya beli buku yang tebal setebal bantal mu yang empuk itu ehehe. Jangan kedekut beli buku rujukan tebal tu. Kemudian lepas beli, cuba senaraikan sahaja eksperimen yang ada setiap bab. Dan jangan lupa bacalah eksperimen tu dan ingat. Tak banyak pon kan? Hmmm Chaiyokk!
  6. CHEMISTRY
    Seterusnya ialah Kimia. Kimia ni cikgu aku kata subjek perempuan. Memang betol pon. Complicated. Ceh tapi aku taklah hahaha. Kimia, kuasai Paper 1. Apa apa subjek yang ada OBJEKTIF, KORANG KENA SKOR KAT SITU SEBAB tu fungsi dia. Nak membantu anda skor. Paper 3 Kimia ni pada aku susah sikit. Dia macam ada cara nak jawab dia. Jadi anda kena mahir lah paper 3 ni. Jangan lupa, sama seperti fizik, baca semuaaaaaaaaaaaaaa eksperimen kimia WALAUPUN KORANG TAK BUAT. Sebab bukan salah pihak sekolah tidak menjalankan ekperimen tu. Kau kena faham, tak semua eksperimen SELAMAT nak buat di sekolah hehe. Silap silap ada juga yang meletup. Jangan lupa hafal Jadual Berkala. Terutama 20 unsur terawal. Untuk KESELAMATAN ANDA HEHEHE.
  7. BIOLOGI
    Fokus pada topik haiwan haiwan. Banyak baca tentang haiwan dan TUMBUHAN. SPM 2016 ajar Batch 99 tuk jadi BOTANI. Hahaha. Jadi mostly tentang manusia ni mudah lah, macam kalau pasal tumbuhan tu bosan lah nak baca kan. Hook or crook wtvr, wajib baca dan kuasai tumbuhan dengan haiwan. Kalau bio ni, aku rasa susah untuk esei. Korang perlu banyak latihan tulis esei lagi lagi KBAT question. Kuasai tentang ekosistem esei. Inshaa Allah kejayaan menjadi milik anda. Paper 1 pon jangan lupa skor. Dan belilah buku rujukan SPM YANG ADA SEMUAAAAAAAAA ESKPERIMEN. Baca semua eksperimen walaupun eksperimen tu pelik bin ajaib. Tak rugi pon baca.
  8. ADDMATH
    .... latihan
  9. BAHASA ARAB
    Aku memang lemah lah bahasa arab ni. Macam kalau penyakit tu macam penyakit kanser tahap 0. aahahaa. boleh diubati. Untuk Kertas 1 BA, korang kena familiar sangat sangat dengan perkataan sinonim dan antonim. Sesiapa yang ada buku Abu Sakeena warna merah, selak belakang sekali dan rajin-rajin baca dan faham. Inshaa Allah kalau baca itu pon, salah satunya akan keluar. Chaiyok ! Untuk kertas 2,  aku hafal karangan. Yerla nak buat ayat sendiri hmmm sekian jelah. Lepastu aku sentiasa pilih soalan ketiga. Soalan keempat tak pilih sebab dia kena bina ayat berdasarkan perkataan diberi. Jadi aku tak faham perkataan tu so hmmm. Untuk soalan ketiga, aku hafal ayat yang memang dia nak. Boleh tengok buku Abu Sakeena. Buku tu mudah mudah ayat dia. Eceh..
  10. P.SYARIAH ISLAMIYAH
    Syariah bukanlah subjek agama yang kau boleh pandang sebelah mata. Sorry naik lorry lah.. Ni dah macam the real agama aku belajar. Untuk subjek mulia ni, aku sarankan korang HANYA GUNA BUKU TEKS SAHAJA, Tak perlu beli buku rujukan. Sebab kebanyakan buku rujukan di luar sana pelik. Jadi beli buku teks F4 bila korang dah F5. Ni sama macam sejarah la, hehehe. Kertas 1 jangan lupa skor. Ingat istinbat hukum setiap hukum.
  11. Al-Quran & As-sunnah
    Aqs sama macam PSI, kena beli BUKU TEKS ATAU PINJAM ATAU APA APA. Buku rujukan korang adalah buku teks sebab buku teks lengkap. Untuk tajwid, boleh tengok dekat buku teks, korang study ayat Quran yang ada dalam buku teks tu. Inshaa Allah soalan tajwid yang ada dalam buku teks sahaja. Doa doalah yew. Hadis hadis pula korang kena familiar ni hadis apa ni hadis apa. Untuk Bahagian B, korang kena bijak pilih. Make sure tahu format dan korang akan tahu cara nak bijak memilih soalan. Dan soalan bahagian tamadun ni pada aku susah sikit. hehe. 
okay itu sahaja yang boleh aku berikan tips ku. Sesetengah subjek memerlukan buku teks sahaja. Jadi bijaklah membuat tindakan. Terutama bila nak beli buku rujukan. Pastikan korang tahu dan pasti buku tu dapat membantu anda sampai anda melangkah ke dewan peperiksaan. Untuk selamat, aku sarankan dwibahasa untuk subjek sains sebab kita tak tahu format dunia ni berubah ubah macam hati manusia. Cuma takut kalau adik korang kena belajar bahasa yang bertentangan dengan bahasa korang belajar sekarang. Dan untuk Komsas, beli buku yang lengkap dan jelas. Ada sesetengah buku tak lengkap dan seleweng dari maksud sebenar dari karya asal. Untuk menjawab soalan-soalan tahun lepas macam buku past years tu, kalau rajin, buat. Kadang-kadang aku rasa soalan tahun tahun lepas tu tak membantu sangat sebab lembaga selalu belit belit soalan. Shuffle shuffle jadi benda lain. Subjek yang lembaga suka uji ialah Sejarah, Math, Addmath (selalu sangattttt) , Biology, dan PSI. Jadi korang kena sentiasa bersedia. SPM bukan lah Peperiksaan yang kau boleh study last minute. Persediaan yang awal tidak menjanjikan soalan mudah tapi pasti menyediakan jalan yang mudah. Fi Amanillah adik adik yang BAKAL MENDUDUKI SPM 2017 18 19 20 21 22 23 ...Kita hanya mampu berusaha dan hanya Allah yang dapat menentukan. Dan kalau korang rasa tak nak ikut tips aku bagi pon takpe. Aku pon orang biasa sahaja. Tak cantik macam Mira Filzah, tak tinggi macam Kendall Jenner, tak pandai macam Izzati dan bukanlah budak top 10 kat sekolah. Saya hanyalah dalam kalangan biasa biasa yang ada impian yang luar biasa ecehhhhhhh dah macam motivator dah. Jadi, selamat tahun baru semua. Saya nanti dah nak semakin MUDA. Wow. Happy New Year. Jazakallahulkhair. Tata.. :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum. Hello guys. Tnite, I am gonna make a review pasal korean movie yang aku baru-baru tengok harini. For your information, this movie still shows in cinema so aku rasa masih belum terlambat untuk sesiapa yang ingin menontonnya. Namun begitu, cerita ni untuk 18+ ke atas hehehe. Don't ask how can I watch it. Where can I begin huh?
First of all, cerita ni sakit. I'm SERIOUS. How can I explain huh?
Air mata aku tak henti henti mengalir 
bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 
(Tiada kaitan)
Oh ye, sakit tu bukan sebab ada putus putus kepala ke apa tapi 
it was relate with a family you know.
Pengorbanan, air mata, darah, nyawa, menjadi taruhan.
Satu demi satu
Sorang demi sorang pergi dimakan oleh zombi
Oh ya, aku malas nak share gambar or trailer kat sini sebab tbh, 
aku benci tengok zombi dia.Sheram.
Ending cerita ini...
Believe me, it hurts like damn!
Aku tak boleh nak terima hakikat ending cerita ni. Why?!
Because I can't. Lagi sakit sebenarnya, bila aku nangis, 
aku tak dapat nak nangis puas-puas sebab aku dalam cinema an.
Kalau lepas ni aku tengok dekat rumah ke, 
aku akan nangis teruk punya ah.
Sakit ya Allah. Ending dia sakit wak.
okay I start to crying.
This is not a romance story. No romeo and juliet.
Pengorbanan seorang ayah kepada anaknya. 
There were out of thousands people but believe me, only two person,
TWO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
YANG TERSELAMAT.
Okay I started to be spoiler ahahaha.
Haih...... yang pergi biarlah pergi.
Kita yang hidup kena teruskan hidup.
Apa-apa pun, semoga Allah melindungi kita semua agar terselamat
 daripada perkara perkara sebegini.
Value cerita ni, memang tak tertinggi nilainya.
Buat pembenci kpopers, mohon buanglah rasa benci tu 
dan mohon tonton cerita ni.
Kpop tak de pon dalam ni.
Orang yang tiada hati je tak nangis tengok cerita ni.
Well, our tears bukan sebab watak dalam ni mati or what, 
*tapi memang pon* 
dia lebih daripada tu.
It was pain make us cry.
Ahhhh siapa siapa tak tengok lagi, jangan main nak judge je.
tengok dulu, baru kau tahu erti hidup ni.
Okay that's all. Got go to pack my stuff. Esok puasa arafah In Shaa Allah. Happy holidays. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Hello semua. I'm back! (Macam ada yang menunggu)
Kalau mummy jaga daddy elok-elok, daddy kena jaga mummy elok-elok.
Hamboiiiiiiiii kemain aku tulis password cerita Tuan Anas Mikael ni kan? Bukan apa, aku balik Kelantan hari isnin lepas, second last puasa. Lepastu malam tu ada cerita TAM 5 Hari Beraya. Aku layan jela sebab 5 hari je kan, Tak tahu pulak best cerita ni hahaha. Ada sesetengah orang rasa pelik cerita ni panggil mummy daddy. Fikir dah kahwin la tapi sebenarnya belum. Pasal gelaran tu no comment la. Orang panggil baby pon rasa geli kan. Tu hak masing-masing la. Berbalik kepada cerita ni. Pada aku, boleh tahan la cerita ni. Tak overdose bercinta sangat. Konflik gitu gitu je. Kalau nak dibandingkan cerita melayu yang lain, pegang-pegang, scene atas katil dan macam-macam lebih dahsyat sebenarnya. Aku dah lama tak layan cerita melayu. Kalau aku layan, mesti yang tak popular sangat. Okay dah la cakap pasal TAM.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah. Harini Jam 4.57 pagi aku menaip hahaha. Kenapa aku boleh bangun pagi pagi ni? Actually aku baru lepas tengok cerita ni. Cerita India. Kenapa aku lepas tengok terus log in blog and tulis cerita ni? Padahal air mata aku belom kering lagi. Hidung belom buang lagi hingus ni. Weh sedih weh. Menggeletar tangan aku ni nak menaip. Allahu. Thank you Allah sebab bagi aku ilham untuk tengok cerita ni. Thank you Ain sebab suggest and bagi aku cerita ni. Percayalah korang. You guys should watch it. Cerita ni ajar aku tentang kasih sayang. Sungguh, masih adakah lagi orang seperti dia? Biarpun dia anut agama lain. Perbezaan agama bukanlah alasan untuk kita mementingkan diri sendiri tanpa hiraukan perasaan orang lain. I can't accepted how cruel this life. However, believe me, Allah always there to guide you and help you even police ingat kau ni jahat. I'm speechless. I really thought that this story is about love. Yes it is. Love on doing kind. Air mata tak henti henti mengalir bila lihat keperitan demi keperitan. Susah kan bila dunia penuh kejahatan, kita nak melakukan kebaikan? Orang pasti akan melihat kita ni ada udang di sebalik batu bila nak buat kebaikan. I really cannot describe this story. Korang kena tengok dengan mata hidung telinga korang sendiri. Oh dear, aku tak tahu kenapa aku still rasa nak menangis. Happy but not happy. I really hate the evil dalam hati orang-orang yang berhatikan syaiton!. Yes, this story end with the happy ending but i cannot accept, lelaki tu, dia cedera or dilukakan just disebabkan benda yang dia tak buat. The moral value, cerita dia lebih moral value. May Allah bless us. Religion really guide us to be the best person in the world. Thank you Ain. Muah kit. By the way Ain, Shah Rukh Khan lagi hensem dari Salman Khan okay. Hehehe.

good night. or good morning? hahaha dah pukul 5.14 a.m
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Hari ini banyak benda aku belajar. Manusia ni memang rumit kan? Memang terbuktilah dalam bio yang manusia merupakan organisma yang kompleks. Biarpun luaran dan dalaman. Sama je. Ingatlah kawan-kawan, setiap manusia Allah kurniakan hati dan perasaan. Kenapa manusia tak boleh simpan dan jaga rahsia orang lain atau aib orang lain. Dan soalan itu seringkali aku ajukan kepada diri aku. Manusia memang selalu terkhilaf dan melakukan kesilapan. Tapi kenapa sukar untuk manusia belajar dari kesilapan tersebut. Ya Allah, tak terdaya ya Allah. Sungguh, akulah selemah-lemah iman yang tak mampu nak mengubah sesuatu dengan tanganku, dengan kuasaku (aku tak de power rangers pon) dengan lidahku. Aku hanya mampu mengubahnya dengan hati. Iman aku pon taklah setebal buku kamus Bahasa Arab, dan aku harap tidak senipis kulit bawang. Nauzubillahiminzalik. Kita, bila ada orang bagitahu sesuatu perkara, sebagai contoh, aku bagitahu dengan bisik bisik kat Luncai " Luncai Luncai, semalam kan kita jatuh longkang, habis tudung aku tercabut. huhuhu. " <<< Ayat ni ada tak aku bagitahu "Jangan bagitahu sesape tau" tak ada kan tapi can Luncai think maturedly. Mesti dia boleh fikir benda ni memalukan dan dengan aku berbisik bisik bagai, mesti benda tu aku bagitahu hanya kepada Luncai je. Jadi, menjadi tanggungjawab dia untuk simpan jelah cerita tu even kelakar dan seronok kalau diceritakan kat orang. Same goes to us. Kadang-kadang, ada yang tak boleh nak bezakan hal peribadi dengan tanggungjawab. Can you get it? Bila kita berselisih faham dengan orang, kadangkala, kalau kita boleh selesaikannya sendiri, kita perlu belajar untuk menyelesaikannya just by your ownself. Sometimes, it will make it worst bila orang lain masuk campur.


Bila seseorang tu nak tahu hal sebenar, dikatakan pula menyibuk. Bila tiada sesiapa yang peduli, dikatakan manusia ini mementingkan diri. Allahu. Berilah aku kesabaran dan kekuatan untuk tidak menjadi dan dijadikan manusia yang sebegini rupa. Bila niat kita nak tahu perkara yang sebenar, dikatakan menyibuk, bila manusia buat andaian mereka, dikatakan suka judge without asking. Apa ni. Kenapa jadi macam ni. Why people why. I hate it. I dont want to be a person yang tahu cerita sebelah pihak je. Aku nak tahu dua dua bukan sebab aku menyibuk or what. But it is better to know the whole story right. Haih. so lepas kena tadi, i think it is better just keep shut my mouth. Pretend to be a person that don't care is hard. And Islam tak ajar manusia untuk hanya sibuk dengan diri sendiri. Tak peduli pasal hal orang lain. Sedangkan kalau jiran sendiri pon, kalau kita buat tak kisah je bila dia dalam kesusahan ke apa, itu berdosa tau. Why people always pentingkan diri sendiri? Fikir dia boleh survive and boleh belajar sendiri and tak payah pergi belajar dengan cikgu. Please, dunia ini BUKAN macam kau diturunkan Adam dan Hawa oleh Allah so tinggal korang berdua je dalam bumi ni. Tak ye.  Ada 7.125 BILLION manusia dalam bumi ni. Tu merujuk kepada data pada 2013 hehehe. Fikirlah tanggungjawab kita sebagai pelajar, ibu bapa, guru, anak, dan sebagainya. Dan paling penting kita adalah khalifah di bumi ini. May Allah forgive us for all sins that we have did before.

Ada satu masa, aku kena scold just from my friend and infront of the other. I know it was my fault but tak boleh ke macam nak teking teking or whatsoever just between two of us. u_u. I feel so shamed tau. Its broke my heart like very deep tho. I cant forget, i cry like so hard tho. ok, nevermind. I try to forgive her. Itsokay. If melepaskan amarah pada aku dapat memuaskan hati kau, aku terima. I deserve it i guess. Maybe tu balasan kan. Hmmm... okay, i end my speech with a quote

Don't forget to pray today, because Allah didn't forget to wake you up this morning
bye. xoxo
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Selamat Malam kepada para hadirin sekalian. Cewah. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk terus meneruskan perjuangan hidup. Okay aku bukan nak berpidato huhahuha. Aku nak share pasal hari sukan sekolah aku yang baru sahaja berlangsung semalam. Btw, semalam birthday Cik Nor so Happy Birthday Mummy Qasha as known as bakal mak mentua eh? Tak tak. (mitos semata-mata) Alright. Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku hahaha aku pergi sekolah sebelum pukul 6.30 Pagi. Ya Allah serious tak tipu. Mengantuknya? Tak payah cakaplah. Namun, aku kerahkan segala tenaga dan kudrat tulang 4 keratku untuk bangun awal pagi pada hari itu bersamaan 26 February untuk pergi sekolah. Weh, aku pergi sekolah pagi-pagi buat apa? Aku masuk rumah perbarisan bagi rumah Bestari so kena datang awal untuk pemakaian prop, makeup dan segalanya. Lepastu ermm part kena makeup tu yang best >0< hihi. Thank you dear siapa yang makeup tu. *macam tak tahu ah nama dia yang tolong makeup kan tuh huhu sorry awak* Tema tahun ni kebudayaan ke apa ntah tapi kena ikut negeri yang dipilih. Berikut merupakan nama-nama rumah dan negeri yang dipilih :-

  • Rumah Wira {merah} Johor
  • Rumah Putra{kuning} Sarawak
  • Rumah Bestari {hijau} Terengganu
  • Rumah Perdana {ungu} Pulau Pinang
  • Rumah Siber {biru} Melaka
perkara di atas juga merujuk kepada kedudukan rumah sukan. Tahniah kepada Bestari kerana menduduki tempat pertama dalam hati saya. HaHaHa. Yang lain, cuba lagi. Sebenarnya aku terlibat dalam persembahan gimik sahaja tetapi peraturan sekolah mengatakan bahawa persembahan gimik kena pelajar yang kawad kaki sahaja, tak dibenarkan untuk pelajar dari luar masuk ke dalam gimik. Jadi, aku pon dengan rela hati masuk la dalam perbarisan. Dah la aku seorang je form 5 perempuan dalam perbarisan tu. Eh Jiha ada sekali. Dahla dua orang je form 5 perempuan huhuhu. Tapi tak nampakla ketara sangat sebab aku awet muda sama macam form 4 dengan form 2 form 1 kan. Well. kuang3. Sebenarnya aku ada rasa sedikit terkilan lah. Sikit je tak banyak. Sikit je. Pada mulanya, awal awal awal lagi, before sukan kecil, sukantara, sukan besar, dan segala sukan tu bermula, aku ada tulis nama masuk dalam larian 4 x 100 tapi hari before sukan balapan dan padang start yakni 25 Feb, aku terdengar cikgu cakap dekat seorang pelajar ni. Cikgu cakap, hah awak, sekian sekian dan sekian sekian lari 4 x 100. Lepastu aku pon macam sedih sebab aku nak lari, nak masuk. Tapi dah cikgu yang pilih atau terlepas pandang, cikgu amik mereka mereka yang 5 kali ganda lari laju dari saya. Jadi saya pon berhuhuhu. Tak mengapa, tiada rezeki aku disitu, Sedar diri ah kan tak lari laju. 200m pon nok harom larinya. -_- . Okay dah habis sesedih ni. Jadi, aku pon berkawad lah hahaha. Tabik hormat, diri lama punya lama, lepastu tibalah masa rumah ku warna ku untuk tampil ke hadapan menunjukkan persembahan yang sangat best. Hahaha. Aku pon menarilah ala ala Puteri (macam puteri ni suka tidor ah)  Lepastu boleh salah dab hahaha. Ya Allah malunya. Kemudian perbarisan rumah aku dapat no 3. Sebab Wira dengan Putra kurang tak hebat. So lepas habis sesi menari, aku pon pergi bilik moral kena cabut prop tu. Macam-macam aku dan 6 puteri lain pakai weh. Kain batik la, wide shawl la, shawl la, pin la, dib la, crown la, inner la, tali pinggangla. So bayangkanlah betapa terseksanya aku mengangkut semua semua tuh. Tapi sebenarnya aku sayang nak buka sebab cantik sangat. Tuan dia biasa biasa je. Okay lepas dah bukak segala perhiasan tu, aku pon pergi la tengok 4 x 100. Sebenarnya tbh, this year sukan agak hambar. I dont know mana hambarnya but i can feel it. Sikit yang datang. Aku tak paham kenapa ada yang tak nak datang. This is your peluang untuk suka ria semua tuh. Some students think that this event does not important. Hell you, langsung tak supportive rumah sukan sendiri. Sebab tulah "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA" sukan sangat penting. I mean sukan yang riadah semua tuh. Remember, biarpun sukan tu bukan apa apa untuk kau tapi ada orang sukanlah sumber pendapatan dia atau sukan lah yang bagi isteri dan anak anak dia dapat makan sesuap nasi. Nothing is bad on sports. Yang teruknya ialah orang yang bersukan dan melanggar segala batas batas. Korang boleh pikir sendiri la kan. Dan segala kekurangan yang ada pada sukan bukan untuk kau mencaci tapi untuk kita sama sama perbaiki. Kan kan? I think that who has the talent into sports, you are really lucky. Talent pada pelajaran dan pada sukan adalah dua perkara yang sangat berbeza. Jangan samakan education and sports. *haha siapa pulak yang samakan adoi* Okay aku dah merapu. Jadi, aku akhiri penulisan aku malam ini dengan kata kata hikmah dan sekeping gambar buat kenangan nanti bila aku dah 18 19 20 tahun. huhuhu. It always scared me af.






wassalam.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

dan selamat tahun baru cina !
Tahun ni panjang pula cuti tahun baru cina Hahaha. Yang sukanya adalah aku sebagai seorang pelajar. Of course la. Cuti seminggu wohoooooo. Walau bagaimanapun, cuti seminggu ni masih belum cukup untuk aku. Jadual aku sangat pack dalam seminggu ni. Hari Sabtu 6/2 kelas Kimia kat sekolah. Hari Ahad 7/2 pergi mendaki bukit Broga. Serious ah itu adalah moment yang sangat manis dan indah. Nature really make me feel so calm. Walaupun mula-mula penat mendaki dan aku banyak kali tergelincir ( pemakaian kasut sangat penting ya ) dia tak rasa sakit. Malu je rasa hahaha. Alhamdulillah keadaan waktu tu gelap sebab waktu tu pukul 7.00 pagi. Gelap lagi. Jadi aku mula mendaki pukul 6.50 pagi sampai ke menara gading eh silap, menara puncak eh ke puncak je tak de menara, pada 7.50 pagi. So 1 Jam la aku mendaki tu. Memang macam kurus ah rasa hahahaha. Ramai orang kat sana so jangan risau kalau korang nak pergi sesorang sebab kat sana akan ada je orang. Siap ada yang dah turun waktu aku nak naik. Itu Normal. Bukit Broga memang famous jadi jangan risau kalau nak naik sesorang. Tak ada hantu harap maklum. Lepas dah sampai ke puncak, aku dan sepupu sepupu aku dan makcik aku yang masih mempunyai tulang 4 keratnya bergambar bersama sama. Hahaha. Bergambar tu wajib. Lepastu aku nampak la signboard kat atas tu. Tulisannya berbentuk begini...
Jangan ambil apa apa barang di sini selain gambar. Jangan tinggalkan apa apa barang selain jejak kaki.
Hah begitu bunyinya. Kalau salah sorry. Kemudian, dah puas mendaki, bergambar dan sewaktu dengannya. Kitorang pon turun. Hmmm nak turun bahaya sikit sebab bentuk bukit tu licin dan cerun so hati-hatilah. Mula-mula aku ada tergelincir tapi aku buat ala ala main surfboard gitu. *poyo* tetiba ada lah abam ni dia cakap "eh okay ke dik" . Aku pon cakaplah 'okay'. Dah aku memang okay. Sihat wala'fiat. Tapi cousin aku sorang ni dia macam, " Wuuuu, ni tatik dia rupanya nak ngorat" hahahah! Tak terpikir dek akal weh. Kalau tak dah buat olok olok sakit. "Ouch kaki saya sakit lah abam hensem" Hahaha. Insaflah Mai. Gurau gurau. Sebelum nak turun tu, rasa sedih sangat sebab kat atas tu rasa tenang sangat. Lagi tenang kalau bawa si kekasih hati. ( Mengada !!! ) Tak tak gurau jugak tu. Dia rasa tenang sebab kau jauh dari hiruk pikuk dunia. Tapi kat atas tu kau boleh dengar lagi bunyi mercun orang Cina main. Kuat doh hahaha. Aku pikir guruh tau tapi mercun rupanya. Kuat betol doh. Mesti orang bawah dengar lagi bising. Huhuhu. Okay, bila dah sampai bawah tu, singgahlah beli air coconut shake. Ya Allah..... sedap betollah air dia. ( Dahaga an ) walaupun bawa air mineral tapi air manis dan sejuk juga menjadi idaman hati. Lepastu pergi makan mamak pekena roti canai satu. Fuh, tambah lemak lagi. Then, balik rumah terus pengsan. Hahaha. Penat woi. Alhamdulillah, kaki tak rasa sakit sakit. Okay dah habis cerita bab bukit ni. Hari Isnin, 8/2 adalah hari yang bersejarah. Cewah, macam bersejarah dalam hidup aku sahajala bukan untuk semua rakyat Malaysia huahuahua. Birthday aku ! Best sangat. Tahun ni birthday paling best. Cewah, Alhamdulillah.


waktu birthday aku yang ke... RAHSIA. { rahsia la sangat } Aku pergi keluar dengan kawan kawan kat Ioi City Mall. Macam seharianlah pergi sana. Masuk kedai sana kedai sini masuk surau masuk tandas dan seumpama dengannya. Cuma tak main District 21 dan Ice skate. Mahal. Kek birthday aku, aku beli dengan Mak Batrisyia. Yerlah, secret recipe dah, baskin robins dah, kek baker's cottage dah, jadi nak rasa kek mak Batrisyia. Aku order Dua tau. Maaf stock dah habis HARAP MAKLUM. Aku order pavlova cake dengan oreo cheesecake. Saya sebagai kawan, perlu support yeah. K.  Malam pulak aku pergi keluar dengan Family. Mak aku suruh pilih nak pergi kedai makan yang mana. Aku pilih Fuel Shack jer. Best pe Fuel Shack. Ya Allah lamb burger dia mencairkan hati ku. Rindunya dengan kepanasan dan keenakan burger fuel shack. Peringatan : jangan makan burger selalu, tak elok. (Nasihat ni diberikan kepada Mai) Minggu ni aku dah makan 4 burger. Allahu. Insaflah Mai. Macam aku dah obses dengan burger lah uhuhu. Birthday aku ni, aku dapat air Boost free. Best tau dapat free lagi-lagi yang bekas air yang besar hahaha. Aku dapat sebab aku ahli Boost. Ceh Ahli. Poyo bunyinya. Itulah kelebihannya (?)

bukti aku dapat air free. hahaha ! 
Keesokan harinya, 9/2. Birthday Nureen ! Happy Birthday Nureen. ! Aku, Fatini dan Nabila pergi Bengkel Addmath. Murah doh bengkel ni. RM30 dari pukul 8.00 - 1.00 tengah hari. Bukan sebab aku mampu ke apa tapi ada sesetengah seminar @ bengkel buat sampai beratus berpuluh ringgit tapi sehari sahaja. Mungkin ada penaja kot. Wallahualam. Semoga penaja atau pihak pengurus dimurahkan rezeki. Aku pergi bengkel ni bayar RM20 je. ( Bukan sebab aku ni special ke apa, tak ! ) Aku, Fatini dan Nabila ambil pakej. Yang bayar pakej RM60 so RM20 sorang. Pakej ni syaratnya 3 orang. Macam tulah. Hari Rabu 10/2 aku pergi Klinik Gigi Putrajaya sebab nak cuci gigi. Adik aku ikut sekali. Mula-mula adik aku cuci gigi lepastu aku punya turn. Lepastu Ayah aku pergi tanya doktor tu pasal braces. >_< macam nak sangat aku buat. Doktor lak macam nak menakut-nakutkan aku je cakap kena cabut gigi lah, kena datang selalu lah bla. bla. bla. Aku dah tahu dari awal pengorbanan yang perlu dilakukan kalau nak buat braces. Doktor tu cakap datang lagi 2 minggu. Aku pon entahlah. Malas lak nak buat. Jadi, turn aku untuk cuci gigi. Mula-mula baring atas kerusi empuk dia tu, aku nervous. Hahaha dengan lampu kat atas tu macam ala ala studio light an. Lagi buat aku terbayang aku nak buat pembedahan. Betul ! Aku terpikir nak bedah bersalin. Aku tak tahu kenapa aku fikir pasal benda tu. Macam ni ke rasanya baring lepastu macam nak buat pembedahan. Hahaha over thinking lak aku. Kemudian, doktor yang cantik tu, cakap aku tak ada karang gigi so tak payah cuci. Aku terkejut lah an. ( acah acah) Alhamdulillah. Hari Khamis pulak 11/2 aku pergi library Presint 8 sebab nak rujuk buku Kimia kat sana. Yerlah kena buat folio tapi buku rujukan tak dak huhuhu. Aku pergi dengan Ain. Lepastu boleh pulak plan last minute pergi kedai kucing. Kedai yang boleh main dengan kucing. Dia ada jual baju dan makanan untuk manusia makan. Kasut kat sana cantik weh. Geram aku. Tapi terlalu over lak jadi malu aku nak beli. (tak de duit nak beli sebenarnya) sampai pukul 5.40 baru aku balik. Bas lambat tapi huhuhu.  Jadi, malamnya pulak aku tulis blog sambil buka lagu korea yang ada dalam pendrive aku ni. Tahukah anda bahawa saya ada 538 songs dalam pendrive aku. Macam macam ada. Korea Melayu English, lagu bahasa Spain pon aku ada Hahahaha. Banyak betol lah. So aku otw dalam delete lagu lagu yang tak HD dan bosan. Nampak tak zaman Jahiliah aku, aku banyak menghabiskan masa dowload lagu dan gambar. Hahaha. Gambar tak payah cakapla. Macam macam ada. Quotes la penyanyi mana mana lah. Gambar zaman aku baru nak up pon ada. Tak sanggup nak tengok woi ! (xD) Lagu korea, lagu SNSD paling banyak aku ada. Nampak tak peminat tegar SNSD dulu dulu tapi sampai sekarang tak hafal pon semua nama nama diorang. Muka je hafal. Jadi bagaimana dengan esok? lusa dan hari selepas lusa ??? Apakah aktiviti aku?? Ceh menjadi tanda tanya pula. Aku merancang esok aku duduk rumah, malam tu tuisyen. Hari Sabtu pon sama, Ahad pon sama. Jadi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Nanti kat bawah ni ada lah sedikit gambar gambar untuk tatapan kalian semua. ( ada ke yang baca ) hahaha. Jadi, sekarang ni aku baru tersedar yang homework aku banyak bagai nak rak [ rak patah HAHAHAAHAHA] k. Serious banyak. Aku mohon sangat jasa baik kawan kawan, makcik pakcik, saudara-mara, haters-haters, fans fans ku sekalian (kalau ada ahaks !) untuk mendoakan aku supaya mampu dan sempat dan diberikan kekuatan oleh Allah untuk menyiapkan kerja sekolah yang setinggi gunung Ledang. (ini Hiperbola ye) Juga doakan kejayaan aku dan rakan rakan aku untuk menghadapi peperiksaan bulan Mac nanti. Sheram apabila memikirkannya. uhuhuh. Aku doakan para pembaca supaya diberkati Allah dan diberikan kejayaan dunia akhirat In Shaa Allah. Sama sama kita mengembleng tenaga dalam memajukan keluarga, bangsa, agama dan negara. Sekian terima kasih. [ lagu I Got A Boy pon berakhir dan lagu Paparazzi mula bermain] macamlah korang dengar. LoL Mai.
kami berlima plus Faqihah wa Fatini

fuel shack. shake shake uols. erk.




main nyorok nyorok meow ni.

gimik je lebih minah ni
selamat malam. ! xoxo
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum w.b.t
Hello.. its me.
Semalam. as know as 21/1/2016. Birthday Ain. Hahaha. Kesian dia. Happy Belated Birthday sayang. Semalam, aku pergi program Top 'A+' Students. Menjadi kebiasaan program motivasi untuk memupuk rasa keinsafan dalam diri. Lebih ringkas, buat orang menangis dengan sentuh hal hal peribadi seperti 'ibu bapa' dosa dosa lepas dan sewaktu dengannya. Lumrah, orang memang tak suka benda tu. Aku pon tak suka tapi sebenarnya perasaan benci tu atau tak suka itu adalah ego. Pada aku, orang yang tahan untuk tak menangis waktu aktivti muhasabah diri adalah orang yang ego dan acah acah kuat. Dan akulah orang itu. Walau bagaimanapun, aku tetap kalah. Air mata menitis juga membasahi pipi. Cehh. Lepast minta maaf kat kawan-kawan, guru-guru. Maaf kawan kawan andai aku melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil. Kemudian, aku diajar untuk seimbangkan emosi dan sebagainya. Pada aku kem ni biasa-biasa je. Best jugak. Tak kering gusi aku gelak ketawa. Motivasi sebenarnya amat diperlukan. Program ni pada aku lebih kepada refresh balik semangat belajar selepas dia dah tidur nyenyak dalam hati. Waktu part menyanyi lagu " satu, satu mimpi, di dalam hidupku ini." Aku memang teringat dekat Faqihah, Fatihah dan Nabila. Dua tahun lepas, kita sama sama menyanyikan lagu tu. Dewan tu menjadi saksi. Nabila, kau pakaikan batch Top A star Student untuk aku pada hari last day rasanya. Aku rindu kau. Waktu Pak Anjang cakap dapatkan Straight A+ semua tuh. Aku pikir dua tahun lepas, waktu pak Anjang cakap perkara yang sama sahaja. Tapi realiti tak. Benda tu macam buat aku tak yakin. Cakap tak sesusah nak melakukannya. Itulah kehidupan. Dah 2016 dan aku tak menjangkakan yang aku akan pergi program tu tanpa mereka. Aku tak pernah memikirkan yang tahun ni mereka tiada lagi umpama angin ditiup bayu. Pergi begitu sahaja. Everything has changed. 
nite.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum and hello from the other side.
3 minggu persekolahan, aku dah ada presentation biology. Bagus tak? HaHa baguslah in Shaa Allah. Okay back to the topic. Mula-mula aku nak cita pasal program motivasi yang aku pergi tu. Kat sekolah je kot ohohoh. Tapi ada topik yang lebih hangat dipasaran yang buat aku buak-buak nak cakap. Harini baru viral pasal suatu produk dari pengeluaran yang tersohor yang dikatakan ada merkuri. Ada banyaklah kenyataan dari akhbar, la apala. Walau bagaimanapun, janganlah percaya 100 peratus terhadap berita tersebut. Mungkin ia dipalsukan. Ada lah orang cakap, yang menjadi kebiasaan orang melayu nak buruk-burukkan orang yang berjaya. Nak fitnah dan sebagainya. Okay aku tak nak sentuh hal tu. Apa yang aku nak katakan ialah dewasa ini, kebanyakan pengeluar produk kecantikan atau kosmetik ni, dah tak lagi mementingkan pengeluaran produk yang organic atau semula jadi. Itulah perkara yang patut dibimbangkan. Kandungan gula dalam sesebuah produk kecantikan tidak diambil berat. Kandungan kimia semua tuh. Sekarang ni famous pulak produk yang serbuk la makan la. Siapa yang menganiaya siapa?? Pengeluar cuma nak untung sahaja. Kesan jangka panjang tak pernah dia bagitahu. Macam nanti ginjal kau rosak, sistem dalam badan akan terjejas semua tuh. Kesan jangka pendek je dia bagitahu. Menjadikan masyarakat lupa untuk menjaga kesihatan akibat kecantikan. Macam manalah kalau umur selepas pencen dah sakit, dah uzur. Padahal orang Jepun masih kuat sampai umur 100 lebih pon. Antara faktornya, adalah pemakanan. Wallahualam. Tapi kalau dah sampai ajal, nothing i can say. Hati-hati kawan kawan. Jangan memudaratkan diri sendiri. Pastikan produk yang anda guna dibawah pengawasan pihak pihak yang bertanggungjawab. Nite.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
Malam-malam hampir pukul 2 pagi ni aku tulis blog pulak hahaha. Bukan apa, baru lepas tengok cerita dilwale. So alang-alang tengok kat laptop ni. Alang-alang fresh lagi ni nak story mory hihihi. Banyak pengajaran yang aku dapat dari cerita ni. (Pasal cinta ah banyak) kahkahkah. Aku bukan nak cerita plot plot dalam cerita ni. Korang kena tengok sendiri ah. Aku nak cerita yang hubungan adik beradik dan keluarga adalah sangat penting. Walau apa pun, kita kena utamakan family even kita kena sacrifice cinta kita kepada seseorang. Macam adik Khaali ni, dia sanggup tinggalkan gf dia sebab kakak gf dia suruh dia tinggalkan abang dia tapi dia sanggup korbankan cinta dia. Sebab apa? Sebab dia tahu kasihnya abang dia lagi besar dan segala pengorbanan yang abang dia lakukan pada dia tak terbalas. Jadi apa sebab untuk dia tinggalkan abang dia demi sebuah cinta yang belum menjanjikan kebahagiaan selamanya. Then, aku belajar yang kita kena jadi orang yang mudah memaafkan orang lain. Khaali dengan Meera cuma gaduh sebab salah faham je, tapi Meera ni susah bebenor nak maafkan Khaali. Dia tak percaya kata-kata Khaali. Tapi Khaali, mudah memaafkan Meera. Aku, sebagai perempuan, aku malu dengan diri aku sendiri. Sebab hakikatnya betul. Perempuan susah sangat nak memaafkan lelaki. Sedangkan yang terlebih luka adalah Khaali. Meera yang over marah. Semoga kita semua jadilah orang yang pemaaf. Dalam hubungan kita kena percaya antara satu sama lain. Kita kena percayakan sahabat kita dan kita sebagai sahabat, kena pegang kepercayaan yang diberi. Jangan menghancurkan kepercayaan orang pada kita. Next, ayah Khaali dengan ayah Meera ni bermusuhan, itu yang hubungan Khaali dengan Meera retak. Janganlah bermusuh-musuhan. Kelak, dia akan membinasakan diri kita sendiri. Ego tu letak kat lutut, akal letak kat kepala, iman letak kat hati. 15 tahun 4 bulan Khaali dan Meera bergaduh, bermusuhan, akhirnya sekiranya semua berbaik, semua bahagia. Kan senang. Arghh manusia. Ego semata-mata. Last but not least, dalam cerita ni, ada dua hati yang suka sama suka, mula-mula tak bersatu, akhir sekali bersatu semula. Tapi itulah cerita, sentiasa menyatukan dua hati yang terpisah. Bagaimana dengan dunia realiti hari ini? Dua cinta yang suka sama suka, belum tentu pengakhirannya adalah kebahagiaan dan mengapa perasaan hati yang telus itu sukar untuk dikecapi. Tak semua benda yang kau suka kau dapat. Allah lebih mengetahui. Ok selamat malam. Yang belum tengok, sila nonton dong.
have a nice day. :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari persekolahan dah menjelma ( macam hantu, sheram gitu ) Oleh itu, aku agak "sibuk" dengan menguruskan schedule baru di sekolah di samping banyak program yang telah dirancang pada minggu kedua persekolahan. Esok, Jumaat, ada sambutan Maulidur Rasul. Kena pakai tudung hijau uhuhuh. Jangan aku nampak seperti sesebuah parti politik sudahlah. Sekarang ni aku tengah dengar lagu Janam Janam. Lagu ni antara lagu yang ada dalam Dilwale. Siapa yang dah tengok Dilwale angkat tangan !!!. Tahniah sebab aku pon belom tengok. Aku tahu cerita tu best. Aku tahu sebab crush aku ada dalam tu ahahaha. Ya Allah, sempurna sungguh ciptaan-Mu ini. Hensem weh SRK. Serious ah. Hensem dia sampai buat aku arghhhhhh. Macam nak nangis je hahahaha. Over.
Selain itu, sepanjang aku mula bersekolah ni, cikgu-cikgu macam non-stop lah bagi motivation pasal suruh belajar untuk SPM. Aku faham, SPM ini sangat penting untuk semua pelajar. Allahu, mengingati SPM pon boleh buat kita rasa takut bagaimana dengan mengingati Allah pula (?). Percayalah, Allah bukan nak tengok kita terseksa belajar bagai nak rak (rak patah HAHAHAHAHA) k. Anggaplah ini sebagai ujian untuk kita semua supaya lebih berhati-hati. Jangan pikir SPM ni sebagai benda yang dapat tolong kita masuk IPT, Matriks, A-Level dan sebagainya. Tetapi berfikirlah dengan lebih meluas kawan-kawan. SPM ini banyak ajar kita untuk tidak membuang masa, untuk tidak merungut semata-mata, untuk tidak mudah berputus asa dan mengajar kita bahawa ilmu itu adalah harga yang paling tak ternilai dan kita kena hargainya. SPM, ada dua aliran, sastera dan sains tulen. Apa yang membezakan kedua-kedua bidang ini? Dua-dua merupakan aliran yang akan menyeimbangkan kehidupan. Kalau tak ada sains tulen, siapa nak rawat nenek kau di hospital? Jikalau tiada akauntan, siapa pulak nak kira segala hal ehwal kewangan sesebuah syarikat. Semua bidang ada kelebihan masing-masing. Aliran ini adalah aliran yang mempunyai banyak perbezaan. Silibus pon berbeza, masa dan sebagainya. Mudah cakap, aliran sastera tak banyak mata pelajaran yang mereka ambil berbanding aliran sains tulen. Dan itu bukanlah sesuatu yang boleh diukur. Orang sains tulen tak boleh nak pandang Fuyooo sastera amik sikit ah subjek. Lepastu sastera lak, alah pandai bolehlah amik sains tulen, banyak subjek susah susah. Ingat, semua orang ada halatuju masing-masing. Semua orang ada impian yang berbeza-beza. >> berfikirlah <<
Nanti minggu ketiga, sekolah dah adakan kem motivasi. Kadangkala, manusia perlu motivasi supaya mereka belajar untuk terus bangun. Tapi pada aku, motivasi yang sebenar datang dari diri kita sendiri sahaja sebenarnya. Iman kita yang sentiasa memotivasikan diri kita. Tapi mungkin dengan bantuan luar, kita akan lebih menjadi orang yang bermotivasi. In Shaa Allah. Aku sebenarnya malas nak pergi sebab kem ni berbayar. Kalau orang cakap aku ni berkira, memang. Ya Aku berkira. Apakah ada jaminan yang menjanjikan bahawa PROGRAM KECEMERLANGAN SPM ini akan melahirkan individu baru yang sentiasa bersemangat untuk terus mengecapi kejayaan (?) Tiada siapa tahu kan. Tapi aku percaya bahawa pihak sekolah, ibu bapa dan guru-guru dah sehabis mungkin berusaha untuk kami, pelajar, anak anak ini dapat melakukan terbaik dalam Peperiksaan SPM. Jadi, aku bersedia untuk diprogramkan menjadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat. Amin. Panjang dan jauh lagi perjalanan kita semua. Dunia ni pon dah tak lama dah. Insaflah hati, ingatlah untuk sentiasa buat amalan soleh dan jauhi daripada melakukan dosa. Tiada yang sempurna, tapi yang menyempurnakan kita bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada.
Sometimes, Allah allows you to taste the bitterness of this world so you can fully appreciate the sweetness of faith.
If you are thankful toward Me, I will surely give you more. 14:7
Happiness comes when you stop complaining about the troubles you have and thank Allah for the troubles you don't have.
 Wallahualam.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

recent posts

Sponsor

Nehhh

Facebook


The name is Mai. Pronounced similar to Maisarah but I'm not Jeannie Mai and I live on Venus.

I'm in love with oreo. Nyummy.

I like White. Black. Chocolate and Ice Cream are my two best friends, they're always by my side whenever I need them.

My greatest enemies are Liar, Backstabber, Hypocrite and Nag.World would be such a better place without them. If you are one of them, then DIE.

bold underlined strikethrough italic


Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2016 (11)
    • ▼  December (1)
      • Tips Espiyem
    • ►  September (1)
      • Train to Busan
    • ►  July (1)
      • Raya
    • ►  May (1)
      • Bajrangi Bhaijaan
    • ►  April (1)
      • Hands to Myself
    • ►  February (2)
      • Bestari itu Hijau
      • CNY
    • ►  January (4)
      • Program
      • Assalamualaikum and hello from the other side. 3 m...
      • Dilwale
      • Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari persek...
  • ►  2015 (17)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes