Tips Espiyem
SPM
Assalamualaikum semua. Tak sangka esok dah nak bermulanya tahun baru 2017. Masha Allah, macam biasa ayat klise' "CEPATNYA MASA BERLALU" hahaha. Jadi, sudah 1 bulan 2 hari aku meninggalkan SPM 2016. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik di mana aku tak jatuh sakit, pengsan dan blank etc. Jawab SPM memang sangat berbeza ketara dia dengan peperiksaan lain lain. Yang kita boleh meniru, boleh tidur, boleh tak study lagi topik tu. Huhuhu. Walau bagaimanapun, bukan bagi SPM. SPM ni memang beza sangat dengan PT3 dan UPSR. Aku pon dah tak ingat sangat dah cara nak jawab PT3 dengan UPSR tu hehehe. Okay. Harini hakak de mood nak bagi tips untuk adik adik di luar sana. Tips ni bukan tips yang selalu motivator tu bagi. Berusaha bersungguh-sungguh, fokus dalam kelas etc. Memang tak dapat lah nak dinafikan yang semua tu penting. Tapi tips ni tips lain. Berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jadi ini tiada kaitan dengan yang hidup atau pon dah mati. Kalau korang fikir tak masuk akal ke, pelik ke boleh abaikan dan tak payah nak ejek ejek. Sila berambos.
Before that, buat pengetahuan semua aku ambil 11 subjek. Tak bangga pon amik subjek banyak banyak. Tak semudah ABC. Ilmu Tuhan memanglah tak setanding dengan manusia berhati gelap macam aku ni. Jiwang jap. Okay next aku akan mulakan dengan subjek teras so mudah untuk sape sape yang tak de kaitan dengan subjek tambahan SAINS TULEN AGAMA boleh dah tekan pangkah blog ini.
- BAHASA MELAYU
Mula-mula BM lah adoi. Bahasa jiwa bangsa. Saya bangga berbahasa Melayu. Ececeh, Tapi kelas bm masuk lambat. Puih. BM ni tak susah pon sebenarnya. Ceh, YEKE? Kita mulakan dengan kertas 1. Yakni KARANGAN. Cah! Dulu aku dengar karangan, lemah kepala lutut aku sebab karangan SPM yang Cikgu aku ajar nih, beliau nak panjang panjang. Panjang macam rambut Rapunzel tuh. Bayangkanlah isi isi semua kena hurai tapi kena hurai dengan jelas. Payah gak. Karangan ni tak susah. Aku nasihatkan kau cari karangan karangan BM yang gempak gempak KEBABOOM, then baca banyak kali. Hafal ayat ayat BOMBASTIK BM dan peribahasa dan fakta fakta yang SAHIH yang sesuai untuk dijadikan pengukuh korang. Macam kata-kata sape sapelah yang terhormat dan terkenal. CONTOH: PROF. DR. UNGKU AZIZ. Untuk PAPER 2 pulak, rumusan tu ingatlah cara cara penulisan yang betul tu. Komsas pulak, tak dopek den naknolong kalau korang sendiri tak baca. Sepanjang cuti sekolah ni, bacalah buku komsas tu. INI tak, jeling pon tak buat puih. Korang memang waaaaaajib bukak dan BACA! sampai habis especially NOVEL. Kalau korang nak score kaw kaw kat Novel, bacalah novel. Kemudian baru baca buku rujukan untuk lebih arif tentang persoalan tema dll. Ejaan dan lain lain tu perlukan banyak latihan. Aku pun turut lemah di situ, - ENGLISH
Tidak dilupakan juga bahasa Antarabangsa kita nih. BI aku tak hebat mana pon so tips tu tak banyak. Macam aku cakap tadi, ni sama dengan literature. Kena baca buku literature. No short cut. And to me, buku rujukan literature yang berada di pasaran tak berapa nak berkesan sangat sebab zaman aku, thats novel still new so buku rujukan tu, tak complete. Literature in SECTION D PAPER 2 suka KBATkan soalan. Jadi susah lah kalau korang tak tahu the real stories and moment. - SEJARAH
Sejarah ni banyak pulak kertas dia. KERTAS 1 2 3. Kertas 1 pada aku mudah nak skor sebenarnya KALAU ANDA BACA. Okay before that, to me Sejarah, kalau anda betul betul nak skor, no need revision book. All you just need is text book. Buku teks sebenarnya dah cukup cukup lengkap pada aku. Cuma pelajar sekarang beli buku rujukan sebab senang nak tiru bila cikgu suruh buat nota hahahaha. Tak kisahlah. Its up to you. Tapi korang WAJIB khatam buku sejarah form 4 & 5. Kalau rajin, tulis nama nama tokoh dekat sehelai kertas. 1 m/s untuk nama nama tokoh dalam buku teks F4, kertas belakang tu untuk F5. Nama nama tokoh tu semua sebenarnya penting ya sebab memang famous betol ditanya dalam SPM hmmmm. Kertas 2 pula, korang kena skor kat Bahagian B sebab Bahagian A kita tak tahu dia akan tanya topik apa. Bahagian B pon sebenarnya kita tak tahu tapi dia ada bagi macam satu soalan tu semua topik F4 , satu set soalan semua topik F5. Korang pilih, nak topik F5 in your fingertips atau F4 TOPICS. Kertas 3 lak, orang selalu jugak ambil remeh paper 3 sebab boleh bukak buku. Thats wrong. Korang kena jugak baca topik tu dan spot2 soalan paper 3 sesuai dengan tajuk. Kalau ada rezeki, soalan yang pernah korang baca Inshaa Allahh keluar, Alhamdulillah .. - MATHEMATICS
Math ni semestinya lebih mudah dari addmath. xD Tapi Math SPM ni payah. Especially Paper 2. Dia suka kbatkan soalan. Dah macam soalan Addmath hmmm. Walau bagaimanapun, korang kena skor dekat Paper 1. Sesungguhnya hanya kertas 1 yang dapat membantu anda dengan Izin Allah. Buat banyak soalan objektif. - PHYSICS
Fizik. Hmmmm bukan subjek 'kacang' pada aku. Fizik ni dia suka tanya soalan yang dari belakang ke depan. Macam contoh ABC kita belajar, dia nak kita jawab soalan berbentuk CBA. Even dia topik yang sama tapi mampu membuatkan anda pening pening lalat. Hahahah. Fizik ni tak boleh lari mana. F4 subjects kena kuasai aku rasa. Sebab bila F5, ada topik lain pulak nak study. Kalau nak skor, skor betul betul dekat PAPER 3. Untuk buku rujukan fizik, aku amat amatlah sarankan beli BUKU RUJUKAN YANG ADA SEMUAAAA EKSPERIMEN. So maksudnya beli buku yang tebal setebal bantal mu yang empuk itu ehehe. Jangan kedekut beli buku rujukan tebal tu. Kemudian lepas beli, cuba senaraikan sahaja eksperimen yang ada setiap bab. Dan jangan lupa bacalah eksperimen tu dan ingat. Tak banyak pon kan? Hmmm Chaiyokk! - CHEMISTRY
Seterusnya ialah Kimia. Kimia ni cikgu aku kata subjek perempuan. Memang betol pon. Complicated. Ceh tapi aku taklah hahaha. Kimia, kuasai Paper 1. Apa apa subjek yang ada OBJEKTIF, KORANG KENA SKOR KAT SITU SEBAB tu fungsi dia. Nak membantu anda skor. Paper 3 Kimia ni pada aku susah sikit. Dia macam ada cara nak jawab dia. Jadi anda kena mahir lah paper 3 ni. Jangan lupa, sama seperti fizik, baca semuaaaaaaaaaaaaaa eksperimen kimia WALAUPUN KORANG TAK BUAT. Sebab bukan salah pihak sekolah tidak menjalankan ekperimen tu. Kau kena faham, tak semua eksperimen SELAMAT nak buat di sekolah hehe. Silap silap ada juga yang meletup. Jangan lupa hafal Jadual Berkala. Terutama 20 unsur terawal. Untuk KESELAMATAN ANDA HEHEHE. - BIOLOGI
Fokus pada topik haiwan haiwan. Banyak baca tentang haiwan dan TUMBUHAN. SPM 2016 ajar Batch 99 tuk jadi BOTANI. Hahaha. Jadi mostly tentang manusia ni mudah lah, macam kalau pasal tumbuhan tu bosan lah nak baca kan. Hook or crook wtvr, wajib baca dan kuasai tumbuhan dengan haiwan. Kalau bio ni, aku rasa susah untuk esei. Korang perlu banyak latihan tulis esei lagi lagi KBAT question. Kuasai tentang ekosistem esei. Inshaa Allah kejayaan menjadi milik anda. Paper 1 pon jangan lupa skor. Dan belilah buku rujukan SPM YANG ADA SEMUAAAAAAAAA ESKPERIMEN. Baca semua eksperimen walaupun eksperimen tu pelik bin ajaib. Tak rugi pon baca. - ADDMATH
.... latihan - BAHASA ARAB
Aku memang lemah lah bahasa arab ni. Macam kalau penyakit tu macam penyakit kanser tahap 0. aahahaa. boleh diubati. Untuk Kertas 1 BA, korang kena familiar sangat sangat dengan perkataan sinonim dan antonim. Sesiapa yang ada buku Abu Sakeena warna merah, selak belakang sekali dan rajin-rajin baca dan faham. Inshaa Allah kalau baca itu pon, salah satunya akan keluar. Chaiyok ! Untuk kertas 2, aku hafal karangan. Yerla nak buat ayat sendiri hmmm sekian jelah. Lepastu aku sentiasa pilih soalan ketiga. Soalan keempat tak pilih sebab dia kena bina ayat berdasarkan perkataan diberi. Jadi aku tak faham perkataan tu so hmmm. Untuk soalan ketiga, aku hafal ayat yang memang dia nak. Boleh tengok buku Abu Sakeena. Buku tu mudah mudah ayat dia. Eceh.. - P.SYARIAH ISLAMIYAH
Syariah bukanlah subjek agama yang kau boleh pandang sebelah mata. Sorry naik lorry lah.. Ni dah macam the real agama aku belajar. Untuk subjek mulia ni, aku sarankan korang HANYA GUNA BUKU TEKS SAHAJA, Tak perlu beli buku rujukan. Sebab kebanyakan buku rujukan di luar sana pelik. Jadi beli buku teks F4 bila korang dah F5. Ni sama macam sejarah la, hehehe. Kertas 1 jangan lupa skor. Ingat istinbat hukum setiap hukum. - Al-Quran & As-sunnah
Aqs sama macam PSI, kena beli BUKU TEKS ATAU PINJAM ATAU APA APA. Buku rujukan korang adalah buku teks sebab buku teks lengkap. Untuk tajwid, boleh tengok dekat buku teks, korang study ayat Quran yang ada dalam buku teks tu. Inshaa Allah soalan tajwid yang ada dalam buku teks sahaja. Doa doalah yew. Hadis hadis pula korang kena familiar ni hadis apa ni hadis apa. Untuk Bahagian B, korang kena bijak pilih. Make sure tahu format dan korang akan tahu cara nak bijak memilih soalan. Dan soalan bahagian tamadun ni pada aku susah sikit. hehe.
okay itu sahaja yang boleh aku berikan tips ku. Sesetengah subjek memerlukan buku teks sahaja. Jadi bijaklah membuat tindakan. Terutama bila nak beli buku rujukan. Pastikan korang tahu dan pasti buku tu dapat membantu anda sampai anda melangkah ke dewan peperiksaan. Untuk selamat, aku sarankan dwibahasa untuk subjek sains sebab kita tak tahu format dunia ni berubah ubah macam hati manusia. Cuma takut kalau adik korang kena belajar bahasa yang bertentangan dengan bahasa korang belajar sekarang. Dan untuk Komsas, beli buku yang lengkap dan jelas. Ada sesetengah buku tak lengkap dan seleweng dari maksud sebenar dari karya asal. Untuk menjawab soalan-soalan tahun lepas macam buku past years tu, kalau rajin, buat. Kadang-kadang aku rasa soalan tahun tahun lepas tu tak membantu sangat sebab lembaga selalu belit belit soalan. Shuffle shuffle jadi benda lain. Subjek yang lembaga suka uji ialah Sejarah, Math, Addmath (selalu sangattttt) , Biology, dan PSI. Jadi korang kena sentiasa bersedia. SPM bukan lah Peperiksaan yang kau boleh study last minute. Persediaan yang awal tidak menjanjikan soalan mudah tapi pasti menyediakan jalan yang mudah. Fi Amanillah adik adik yang BAKAL MENDUDUKI SPM 2017 18 19 20 21 22 23 ...Kita hanya mampu berusaha dan hanya Allah yang dapat menentukan. Dan kalau korang rasa tak nak ikut tips aku bagi pon takpe. Aku pon orang biasa sahaja. Tak cantik macam Mira Filzah, tak tinggi macam Kendall Jenner, tak pandai macam Izzati dan bukanlah budak top 10 kat sekolah. Saya hanyalah dalam kalangan biasa biasa yang ada impian yang luar biasa ecehhhhhhh dah macam motivator dah. Jadi, selamat tahun baru semua. Saya nanti dah nak semakin MUDA. Wow. Happy New Year. Jazakallahulkhair. Tata.. :)
0 comments