Dilwale
ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
Malam-malam hampir pukul 2 pagi ni aku tulis blog pulak hahaha. Bukan apa, baru lepas tengok cerita dilwale. So alang-alang tengok kat laptop ni. Alang-alang fresh lagi ni nak story mory hihihi. Banyak pengajaran yang aku dapat dari cerita ni. (Pasal cinta ah banyak) kahkahkah. Aku bukan nak cerita plot plot dalam cerita ni. Korang kena tengok sendiri ah. Aku nak cerita yang hubungan adik beradik dan keluarga adalah sangat penting. Walau apa pun, kita kena utamakan family even kita kena sacrifice cinta kita kepada seseorang. Macam adik Khaali ni, dia sanggup tinggalkan gf dia sebab kakak gf dia suruh dia tinggalkan abang dia tapi dia sanggup korbankan cinta dia. Sebab apa? Sebab dia tahu kasihnya abang dia lagi besar dan segala pengorbanan yang abang dia lakukan pada dia tak terbalas. Jadi apa sebab untuk dia tinggalkan abang dia demi sebuah cinta yang belum menjanjikan kebahagiaan selamanya. Then, aku belajar yang kita kena jadi orang yang mudah memaafkan orang lain. Khaali dengan Meera cuma gaduh sebab salah faham je, tapi Meera ni susah bebenor nak maafkan Khaali. Dia tak percaya kata-kata Khaali. Tapi Khaali, mudah memaafkan Meera. Aku, sebagai perempuan, aku malu dengan diri aku sendiri. Sebab hakikatnya betul. Perempuan susah sangat nak memaafkan lelaki. Sedangkan yang terlebih luka adalah Khaali. Meera yang over marah. Semoga kita semua jadilah orang yang pemaaf. Dalam hubungan kita kena percaya antara satu sama lain. Kita kena percayakan sahabat kita dan kita sebagai sahabat, kena pegang kepercayaan yang diberi. Jangan menghancurkan kepercayaan orang pada kita. Next, ayah Khaali dengan ayah Meera ni bermusuhan, itu yang hubungan Khaali dengan Meera retak. Janganlah bermusuh-musuhan. Kelak, dia akan membinasakan diri kita sendiri. Ego tu letak kat lutut, akal letak kat kepala, iman letak kat hati. 15 tahun 4 bulan Khaali dan Meera bergaduh, bermusuhan, akhirnya sekiranya semua berbaik, semua bahagia. Kan senang. Arghh manusia. Ego semata-mata. Last but not least, dalam cerita ni, ada dua hati yang suka sama suka, mula-mula tak bersatu, akhir sekali bersatu semula. Tapi itulah cerita, sentiasa menyatukan dua hati yang terpisah. Bagaimana dengan dunia realiti hari ini? Dua cinta yang suka sama suka, belum tentu pengakhirannya adalah kebahagiaan dan mengapa perasaan hati yang telus itu sukar untuk dikecapi. Tak semua benda yang kau suka kau dapat. Allah lebih mengetahui. Ok selamat malam. Yang belum tengok, sila nonton dong.
have a nice day. :)
have a nice day. :)
0 comments