Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari persekolahan dah menjelma ( macam hantu, sheram gitu ) Oleh itu, aku agak "sibuk" dengan menguruskan schedule baru di sekolah di samping banyak program yang telah dirancang pada minggu kedua persekolahan. Esok, Jumaat, ada sambutan Maulidur Rasul. Kena pakai tudung hijau uhuhuh. Jangan aku nampak seperti sesebuah parti politik sudahlah. Sekarang ni aku tengah dengar lagu Janam Janam. Lagu ni antara lagu yang ada dalam Dilwale. Siapa yang dah tengok Dilwale angkat tangan !!!. Tahniah sebab aku pon belom tengok. Aku tahu cerita tu best. Aku tahu sebab crush aku ada dalam tu ahahaha. Ya Allah, sempurna sungguh ciptaan-Mu ini. Hensem weh SRK. Serious ah. Hensem dia sampai buat aku arghhhhhh. Macam nak nangis je hahahaha. Over.
Selain itu, sepanjang aku mula bersekolah ni, cikgu-cikgu macam non-stop lah bagi motivation pasal suruh belajar untuk SPM. Aku faham, SPM ini sangat penting untuk semua pelajar. Allahu, mengingati SPM pon boleh buat kita rasa takut bagaimana dengan mengingati Allah pula (?). Percayalah, Allah bukan nak tengok kita terseksa belajar bagai nak rak (rak patah HAHAHAHAHA) k. Anggaplah ini sebagai ujian untuk kita semua supaya lebih berhati-hati. Jangan pikir SPM ni sebagai benda yang dapat tolong kita masuk IPT, Matriks, A-Level dan sebagainya. Tetapi berfikirlah dengan lebih meluas kawan-kawan. SPM ini banyak ajar kita untuk tidak membuang masa, untuk tidak merungut semata-mata, untuk tidak mudah berputus asa dan mengajar kita bahawa ilmu itu adalah harga yang paling tak ternilai dan kita kena hargainya. SPM, ada dua aliran, sastera dan sains tulen. Apa yang membezakan kedua-kedua bidang ini? Dua-dua merupakan aliran yang akan menyeimbangkan kehidupan. Kalau tak ada sains tulen, siapa nak rawat nenek kau di hospital? Jikalau tiada akauntan, siapa pulak nak kira segala hal ehwal kewangan sesebuah syarikat. Semua bidang ada kelebihan masing-masing. Aliran ini adalah aliran yang mempunyai banyak perbezaan. Silibus pon berbeza, masa dan sebagainya. Mudah cakap, aliran sastera tak banyak mata pelajaran yang mereka ambil berbanding aliran sains tulen. Dan itu bukanlah sesuatu yang boleh diukur. Orang sains tulen tak boleh nak pandang Fuyooo sastera amik sikit ah subjek. Lepastu sastera lak, alah pandai bolehlah amik sains tulen, banyak subjek susah susah. Ingat, semua orang ada halatuju masing-masing. Semua orang ada impian yang berbeza-beza. >> berfikirlah <<
Nanti minggu ketiga, sekolah dah adakan kem motivasi. Kadangkala, manusia perlu motivasi supaya mereka belajar untuk terus bangun. Tapi pada aku, motivasi yang sebenar datang dari diri kita sendiri sahaja sebenarnya. Iman kita yang sentiasa memotivasikan diri kita. Tapi mungkin dengan bantuan luar, kita akan lebih menjadi orang yang bermotivasi. In Shaa Allah. Aku sebenarnya malas nak pergi sebab kem ni berbayar. Kalau orang cakap aku ni berkira, memang. Ya Aku berkira. Apakah ada jaminan yang menjanjikan bahawa PROGRAM KECEMERLANGAN SPM ini akan melahirkan individu baru yang sentiasa bersemangat untuk terus mengecapi kejayaan (?) Tiada siapa tahu kan. Tapi aku percaya bahawa pihak sekolah, ibu bapa dan guru-guru dah sehabis mungkin berusaha untuk kami, pelajar, anak anak ini dapat melakukan terbaik dalam Peperiksaan SPM. Jadi, aku bersedia untuk diprogramkan menjadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat. Amin. Panjang dan jauh lagi perjalanan kita semua. Dunia ni pon dah tak lama dah. Insaflah hati, ingatlah untuk sentiasa buat amalan soleh dan jauhi daripada melakukan dosa. Tiada yang sempurna, tapi yang menyempurnakan kita bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada.
Sometimes, Allah allows you to taste the bitterness of this world so you can fully appreciate the sweetness of faith.
If you are thankful toward Me, I will surely give you more. 14:7
Happiness comes when you stop complaining about the troubles you have and thank Allah for the troubles you don't have.Wallahualam.
0 comments