­

15/16

by - December 25, 2015



Oh Dear, aku macam tak boleh nak terima hakikat yang 2015 bakal meninggalkan kita. Aku baru nak golek golek dalam menjadi umur 16 tahun. Tup tup dah nak 17. Dah tua dah wei. Before that, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu kita kembali di sini. K. Macam semua dah tahu yang 2016 bakal menjelma. Macam hantu, menjelma gitu. HOHOHOH. Aku penat bila rasa yang tahun berlalu dan berlalu. Aku boleh rasa pressure tu. Lebih-lebih lagi aku anak sulung, hah banyak benda yang akan aku dan ibu bapa aku alami tidak lama lagi. Macam perasaan aku or anak dia nak amik SPM. Perasaan seorang ibu bapa yang akan anak dia masuk university, belajar lesen memandu, bekerja sambilan dan sebagainya. Aku tak tahulah, since aku cuti cuti sekolah ala ala cuti malaysia ni, malas tu tahap dewa langit ketujuh la. Nauzubillahiminzalik. Folio Kimia dok siap-siap lagi. Padahal hand writing pulak tu kena buat. Tiada kesedaran langsung aku ni. Astaghfirullahalazim.
Insaflah anak muda. erk.


Setiap kali nak tahun baru (mengikut bulan Masihi ) semua mesti mengharapkan tahun baru tu adalah tahun yang lebih baik pada kita semua daripada tahun tahun sebelum ini. Namun, Allah itu Maha Mengetahui. Aku pikir 2015 adalah tahun untuk aku boleh mula menjadi tenang sebab dah tak ada peperiksaan besar. Dah boleh buat habit lama macam form 1 form 2 dulu dulu. Tapi tak. Menjadi tingkatan 4 adalah sukar untuk aku. 2015 banyak ajar aku. Aku baru sedar yang semakin kita besar, semakin banyak cabaran yang perlu kita tempuhi. Aku perlukan kekuatan dari Allah untuk tahun tahun yang akan datang. Siapa sangka, tahun ini, nenek aku meninggal, mak ayah aku pergi haji, aku tinggal dengan sepupu aku, banyak benda aku belajar, dihina, dibanding-bandingkan, diperkecilkan, dipijak, semua itu mematangkan aku. Umur bukanlah suatu faktor yang menunjukkan seorang tu dah matang, pada aku, pengalaman yang mematangkan seseorang. Tapi ada jugak benda aku yang aku perlu belajar lagi. Ilmu aku sedikit sahaja kalau nak dibandingkan dengan orang lain. And 2015 jugak macam menunjukkan semakin ramai remaja, anak muda yang rosak akhlak. Paling famous tahun ni, Vape. Aku tak tahu kenapa atau apa atau mengapa atau bagaimana benda ni boleh wujud. Entah siapa siapalah punya idea mencetuskan penciptaan benda ni. Aku tak faham apa motif hisap benda yang berperisa yang mengandungi dadah yang menghasilkan gas. Lepastu gas tu kau buatlah shape bulat la jellyfish la, jellybean la, coolblog la. Orang cakap nak puaskan nafsu. Nak hilangkan tension. Boleh kenyang erk Alhamdulillah ke? Ce vape seminggu tak minum tak makan. Kadang-kadang orang ber vape ini macam nak cakap salah satu alternatif untuk tak merokok. Ahhh tak kisahlah rokok daun ke rokok elektrik ke rokok elektronik yang namanya rokok yang adanya kandungan dadah yang menghasilkan asap yang tidak berfaedah yang boleh menjejaskan jantung otak kau dan orang yang tidak berdosa, ia tetap bahaya. Hah tak nak cakap banyak. Klik je perkataan yang kelabu di bawah dan sebuah link akan tertera. Ia akan menerangkan tentang vape. Kesian, ada ke orang makan bateri, ada rupanya kan. Innalillahiwainnailahirajiun.
vape haram yaw <
maybe nampak cool lah bila ber vape ni
sorry, setan suka lah asap asap ni ihiks.
Selain itu, 2015 adalah tahun yang semua kawan-kawan aku dah bawa haluan masing-masing. Especially geng muslimah generation. ( acah-acah macam nama kpop gituw ). Kelima-lima nya pergi membawa haluan masing-masing. Nabila pergi sekolah teknik, Fatihah pergi SBPI, Faqihah pergi KISAS, Fatini pergi sekolah Insan Prihatin. Alhamdulillah, Allah masih kekalkan silaturrahim ni. Mereka tak lupakan aku di sini. Kawan-kawan Jepun aku pon tak lupakan aku ihiks. Aku rindukan mereka, Dah dua tahun tak jumpa. Belum rezeki aku untuk ke Jepun. Doakanlah semoga aku dapat jumpa mereka lagi. huhuhu. Tahun 2015 jugak ajar aku untuk lebih berhati-hati dalam memilih jalan. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku tak tahu yang bidang aku pilih ni adakah bidang yang paling tepat untuk aku? SPM wehhh bukan PT3 anymore. Tapi masa tak boleh nak diputarkan so aku akan teruskan perjalanan ini. Cuma selepas ini, aku perlu lebih berhati-hati untuk memilih. Tahun 2015 ajar aku untuk tak selalu bergantung kepada cikgu di sekolah. Even kau belajar kat sekolah about 8 hours until 10 hours, tu tak menunjukkan yang kau belajar 100%. Well, aku boleh katakan yang even kau sekolah selama setahun pon, silibus kau tak dapat nak dihabiskan kat sekolah. Sebab kesuntukan masa tu. Aku tak faham yang sekolah lama lama tapi tak cukup lagi masa untuk habiskan silibus. Bukan satu subjek tapi dua. Allahu. Allah itu sebaik-baik perancangan. Sebab itulah penting usaha sendiri. Sekolah pada aku boleh bantu macam 50% je. Lagi 50% is your effort. Tapi itulah lumrah hidup, sekolah adalah segalanya. Aku pon masih bergantung pada sekolah. Tapi aku harap tahun depan sekolah dan diri aku mengembleng tenaga dalam menjadikan aku dan rakan-rakan berjaya dalam peperiksaan SPM dan berjaya dunia akhirat. Amin. Aku takut, masa semakin pantas berlalu. Ibu bapa aku semakin tua. Aku semakin membesar. Tak lama lagi aku akan menjejakan kaki aku keluar dari rumah dan pergi jauh menuntut ilmu. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Imam Syafie pon pergi jauh jauh menuntut ilmu. Aku tak sampai hati. Jika memikirkan benda ni, tak pernah buat aku tenang. Aku tahu akan ada kehidupan selepas kematian. Maksudnya, orang lain mati, lahirlah orang baru selepas orang mati tu. Macam sekarang, kita kehidupan selepas kematian orang-orang terdahulu. Kita belajar sejarah, kisah kisah terdahulu. Generasi aku, aku tak tahu pon moyang aku, moyang kepada moyang aku. Aku curious nak tahu tapi apakan daya, mak ayah aku pon tak sempat jumpa dan mereka hilang dari radar. Aku kenal nenek atuk. Dan benda tulah buat aku takut. Cicit aku sempat tak kenal aku? Cicit aku tahu tak yang aku ni moyang mereka? Atau aku tak akan ada cicit? Aku mati sebelum ada anak ke kahwin ke. Wallahualam. Aku tak nak generasi aku, cucu aku mahupun anak aku sendiri tak kenal mak ayah aku. Ibu dan bapa yang paling terbaik yang pernah aku ada. Wallahulam. Itulah kehidupan, penuh dengan tanda tanya tentang masa lampau dan masa depan. Apa yang kita boleh buat??? Just do it. ( bak kata NIKE ) Aku perlu lebih kuat tabah sabar dan yang paling penting tidak putus asa dengan rahmat Allah. Allah lebih mengetahui sedangkan aku tak tahu apa-apa. ENJOY YOUR LIFE THEN. CAUSE YOLO! You Only Live Once. (muah! *untuk girls )
Goodnight. Sweet dream.

  

  

:)

You May Also Like

0 comments