Painful
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sorry uols sebab tak selalu update post. Even cuti sekolah aku busy. {busy tidor makan jalan2 dll-} well, bila tak ada cerita best tak ada apalah aku nak tulis. Sekarang aku ada cerita best. (Berita yang lebih menyakitkan hati sebenarnya). Aku tak naklah cerita sinopsis or gimik apakah yang berlaku menjadi punca untuk aku bermonolog di sini. Biarlah kisah itu tersimpan semat di dalam hati. Eceh. Kita hidup ni setiap hari kita belajar kan? Maksud aku bukan belajar study 24 hours mengadap buku nope. Tapi belajar daripada perbuatan kita sendiri, belajar daripada kesilapan, belajar berdikari, belajar daripada pemerhatian dan belajar daripada kata-kata. Apa yang aku belajar hari ini adalah tentang untuk tidak menyakiti orang lain. Semua orang pernah disakiti. Macam orang ejek buruk, orang fitnah, orang mengumpat. Kalau kita pernah rasa disakiti, diejek, dicaci, dibenci, adakah itu menjadikan kita untuk jadi seperti mereka? Sesetangah orang, bila orang dah buat dia sakit, dia akan balas. Tapi cuba kita tengok balik, adakah itu membezakan kita? Sama jela kan? Dua dua sama je jahat. Yerla, kalian mungkin berkata bahawa itu untuk mempertahankan diri atau balas balik kesakitan tu. Tapi korang terpikir tak? Kalau kita pernah rasa sakit tu, pernah rasa keperitan tu, korang nak ke orang lain rasa? Sebab korang dah pernah rasa benda tu. Nabi Muhammad weh, terdapat la kisah ketika dia merasai saat kematian tu, dia minta kat Allah yang kalau boleh kesakitan mati tu bagi kat dia je dan bukan umat dia. Kau boleh bayangkan tak!!!? Betapa sayangnya nabi. Padahal cuba kalau kita? Entah-entah kita pon minta kat Allah yg kesakitan tu bagi kat orang lain dan bukan kita. Kau nampak sekarang? Perbezaan pentingkan diri dan pentingkan keharmonian dan kedamaian. Aku, pernah rasa gagal. Pernah rasa dapat result teruk. Dan aku tak tipu macam mana perasaannya. Dia rasa cam kau kena pijak pijak. Kadang-kadang boleh rasa yang cikgu kau sendiri , kawan kawan kau pijak-pijak. (HIPERBOLA). Aku tahu rasa disisihkan sebab result kau tak gempak. Aku pernah rasa. Aku pernah jadi orang bodoh sebab orang pikir kau bodoh. Aku pernah rasa orang bagi sampah je sebagai hadiah hasil usaha titik peluk kau yang di mata dia cm setaraf dengan sampah tula. Tapi manusia weh, mana nampak usaha orang lain. Aku pernah rasa orang cakap aku tak belajar sebab dapat C addmath padahal dia tak tahu aku malam before nak amik addmath aku tak tidor buat latihan addmath. Aku pernah rasa sakit tu. Adakah semua tu mengajar aku untuk sakitkan orang lain? Tuk pijak orang lain bagi dia rasa apa aku rasa. Tak. Aku tak sama cam mereka. Benarlah, lidah itu lebih tajam dari pedang. Boleh meninggalkan bisa dalam hati ini. Aku cuba untuk tidak keluarkan kata-kata yang akan menyakiti orang lain. Aku belajar yang bila orang buat kita, kita jangan buat kat orang. Tapi bila dia buat kebaikan kepada kita, kita jangan lupa kebaikan yang dia pernah buat kat kita dan balaslah kebaikan tersebut. Jadilah orang yang buat baik dan bukan orang yang buat 💩 poop. Biarlah manusia lupa yang kita pernah buat kebaikan kepada dia. Allah lebih mengetahui. Satu benda ni kau kena ingat. Yang karma itu ada. Karma will hit you. Kalau kau buat baik, In Shaa Allah baiklah kau dapat. Kalau kau buat jahat, jahatlah kau dapat. Dunia ni kecik je weh. Dah akhir zaman dah. Dah zaman kejatuhan ummah. Tak sempat dah nak buat jahat. Ramai dah pergi dijemput Ilahi. Kita mungkin yang seterusnya. Dan adakah itu belum menyedarkan kau dari beradu kayangan kau? Astaghfirullahalazim. Ampunilah aku Ya Allah. Ampuni kami. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang beriman. Amin. Takziah kepada iman yang semakin goyah dilanda ombak dosa. Wallahualam.
0 comments