single
Assalamualaikum
Hi!
Alhamdulillah. Thank you to Allah permudahkan segala urusan aku hari ni. Urusan edit blog ni hahaha. Sempena new year bakal menjelang, kenalah berwajah baru. Erk. If ada apa-apa masalah boleh private message aku. And if ada tak berpuas hati ke, boleh jugak cakap face to face atau message aku secara peribadi. Tadi, aku buka instagram. Sejak belakangan ini, aku perasan ramai yang mengeluh atau sedih atau rasa kesepian apabila hidup tanpa pasangan atau more easier orang cakap hidup single. I dont have any idea about that. Teruk sangat ke hidup single ni? Dia macam kau akan single selamanya. And I also dont understand how a girl or a boy boleh macam lepas break cepat betul jumpa orang lain. Esok lusa eh dia ni dengan orang lain pulak. Macam tukar baju je tengoknya. Benar, yang jodoh itu semua ketentuan Allah. Mungkin dia dah tak sehaluan tapi adakah itu sebagai kredit untuk kau terus couple dengan other person or else. Kadang-kadang aku terpikir, adakah kita ini tak belajar daripada kesilapan? Kalau kita dah tersilap memilih bf/gf sebelum ini, kenapa manusia tetap melakukan kesilapan yang sama. Wallahualam. Siapa aku nak judge, Allah lebih mengetahui. Semoga kita semua sentiasa di bawah payungan Allah. Aku faham, perasaan kawan-kawan yang tak ada bf, lagi-lagi bila hidup ni penuh dengan orang yang dah berpunya sana sini. Dating sana sini. Dekat sekolah berapa ramai? Dekat dunia luar lagi ramai(?) Tapi percayalah, kalau kau rasa kau seorang sahaja dalam dunia single, kau silap. Berapa ramai artis kahwin cerai kahwin cerai. Berapa ramai artis yang belum kahwin lagi padahal dah nak masuk 30 tahun 40 tahun. Anuar Zain, sampai sekarang single tak kahwin kahwin. Tak hensem? Ramai peminat tuh. Fazura, cantik tapi tak ada pasangan jugak. Dayang Nurfaizah, suara sedap tapi tak ada yang cuba nak dekati dia. Kita single sekarang tak bermakna tak ada jodoh. Mungkin jodoh kau belum lahir atau kecil lagi. Tengok Che Ta dengan Zain Saidin, beza umur diorang berapa???? Berbelas belas tak silap aku. hihihi.
Walau bagaimanapun, aku nak cakap yang kita ni masih muda sebenarnya. Jauh lagi perjalanan kita. Kalau ada rezeki, kita berjumpa dengan jodoh, kalau tak, ajal yang kita jumpa dahulu. Tunku Jalil putera keempat Sultan Johor pergi dijemput Ilahi dahulu sebelum jodoh. Kita? Kita tak tahu lagi kan. Janganlah terlalu desperate or sedih sangat kalau korang single. Berfikiran positifla sikit. Bukannya esok lusa kau kena ada anak semua tuh. Esok lusa kau kena kejar cita-cita kau. Kerjaya kau untuk terus hidup. Lepas kau dah dapat hidup stabil dengan kaki kau sendiri, barulah kau boleh bina bahtera rumah tangga dan sebagainya. Hidup single taklah seteruk mana. Kau tak terikat pada orang yang belum mahram. Aku tak cakap hidup not available salah. Bergantung pada individu itu sendiri. Mati ke kalau kau single? Esok lusa mati pon orang ramai tolong uruskan jenazah kau bukan pasangan kau yang seorang yang kau cintakan tu. Aku tak suka orang hidup single macam sedih sebab dia tak ada bf. Daaaa bersyukur jela weh daripada terjerumus benda maksiat.Tapi bukan maksud di sini aku nak cakap yang hidup berkahwin tu tak best. Aku tak maksudkan pasal orang yang dah ada hubungan yang sah disisi Islam. Aku maksudkan orang yang belum ada ikatan yang sah ye. Sekian. Wallahualam. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita kan?,
0 comments