Assalamualaikum and hello from the other side.
3 minggu persekolahan, aku dah ada presentation biology. Bagus tak? HaHa baguslah in Shaa Allah. Okay back to the topic. Mula-mula aku nak cita pasal program motivasi yang aku pergi tu. Kat sekolah je kot ohohoh. Tapi ada topik yang lebih hangat dipasaran yang buat aku buak-buak nak cakap. Harini baru viral pasal suatu produk dari pengeluaran yang tersohor yang dikatakan ada merkuri. Ada banyaklah kenyataan dari akhbar, la apala. Walau bagaimanapun, janganlah percaya 100 peratus terhadap berita tersebut. Mungkin ia dipalsukan. Ada lah orang cakap, yang menjadi kebiasaan orang melayu nak buruk-burukkan orang yang berjaya. Nak fitnah dan sebagainya. Okay aku tak nak sentuh hal tu. Apa yang aku nak katakan ialah dewasa ini, kebanyakan pengeluar produk kecantikan atau kosmetik ni, dah tak lagi mementingkan pengeluaran produk yang organic atau semula jadi. Itulah perkara yang patut dibimbangkan. Kandungan gula dalam sesebuah produk kecantikan tidak diambil berat. Kandungan kimia semua tuh. Sekarang ni famous pulak produk yang serbuk la makan la. Siapa yang menganiaya siapa?? Pengeluar cuma nak untung sahaja. Kesan jangka panjang tak pernah dia bagitahu. Macam nanti ginjal kau rosak, sistem dalam badan akan terjejas semua tuh. Kesan jangka pendek je dia bagitahu. Menjadikan masyarakat lupa untuk menjaga kesihatan akibat kecantikan. Macam manalah kalau umur selepas pencen dah sakit, dah uzur. Padahal orang Jepun masih kuat sampai umur 100 lebih pon. Antara faktornya, adalah pemakanan. Wallahualam. Tapi kalau dah sampai ajal, nothing i can say. Hati-hati kawan kawan. Jangan memudaratkan diri sendiri. Pastikan produk yang anda guna dibawah pengawasan pihak pihak yang bertanggungjawab. Nite.
0 comments