Program

by - January 22, 2016

Assalamualaikum w.b.t
Hello.. its me.
Semalam. as know as 21/1/2016. Birthday Ain. Hahaha. Kesian dia. Happy Belated Birthday sayang. Semalam, aku pergi program Top 'A+' Students. Menjadi kebiasaan program motivasi untuk memupuk rasa keinsafan dalam diri. Lebih ringkas, buat orang menangis dengan sentuh hal hal peribadi seperti 'ibu bapa' dosa dosa lepas dan sewaktu dengannya. Lumrah, orang memang tak suka benda tu. Aku pon tak suka tapi sebenarnya perasaan benci tu atau tak suka itu adalah ego. Pada aku, orang yang tahan untuk tak menangis waktu aktivti muhasabah diri adalah orang yang ego dan acah acah kuat. Dan akulah orang itu. Walau bagaimanapun, aku tetap kalah. Air mata menitis juga membasahi pipi. Cehh. Lepast minta maaf kat kawan-kawan, guru-guru. Maaf kawan kawan andai aku melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil. Kemudian, aku diajar untuk seimbangkan emosi dan sebagainya. Pada aku kem ni biasa-biasa je. Best jugak. Tak kering gusi aku gelak ketawa. Motivasi sebenarnya amat diperlukan. Program ni pada aku lebih kepada refresh balik semangat belajar selepas dia dah tidur nyenyak dalam hati. Waktu part menyanyi lagu " satu, satu mimpi, di dalam hidupku ini." Aku memang teringat dekat Faqihah, Fatihah dan Nabila. Dua tahun lepas, kita sama sama menyanyikan lagu tu. Dewan tu menjadi saksi. Nabila, kau pakaikan batch Top A star Student untuk aku pada hari last day rasanya. Aku rindu kau. Waktu Pak Anjang cakap dapatkan Straight A+ semua tuh. Aku pikir dua tahun lepas, waktu pak Anjang cakap perkara yang sama sahaja. Tapi realiti tak. Benda tu macam buat aku tak yakin. Cakap tak sesusah nak melakukannya. Itulah kehidupan. Dah 2016 dan aku tak menjangkakan yang aku akan pergi program tu tanpa mereka. Aku tak pernah memikirkan yang tahun ni mereka tiada lagi umpama angin ditiup bayu. Pergi begitu sahaja. Everything has changed. 
nite.

You May Also Like

0 comments