CNY
dan selamat tahun baru cina !
Tahun ni panjang pula cuti tahun baru cina Hahaha. Yang sukanya adalah aku sebagai seorang pelajar. Of course la. Cuti seminggu wohoooooo. Walau bagaimanapun, cuti seminggu ni masih belum cukup untuk aku. Jadual aku sangat pack dalam seminggu ni. Hari Sabtu 6/2 kelas Kimia kat sekolah. Hari Ahad 7/2 pergi mendaki bukit Broga. Serious ah itu adalah moment yang sangat manis dan indah. Nature really make me feel so calm. Walaupun mula-mula penat mendaki dan aku banyak kali tergelincir ( pemakaian kasut sangat penting ya ) dia tak rasa sakit. Malu je rasa hahaha. Alhamdulillah keadaan waktu tu gelap sebab waktu tu pukul 7.00 pagi. Gelap lagi. Jadi aku mula mendaki pukul 6.50 pagi sampai ke menara gading eh silap, menara puncak eh ke puncak je tak de menara, pada 7.50 pagi. So 1 Jam la aku mendaki tu. Memang macam kurus ah rasa hahahaha. Ramai orang kat sana so jangan risau kalau korang nak pergi sesorang sebab kat sana akan ada je orang. Siap ada yang dah turun waktu aku nak naik. Itu Normal. Bukit Broga memang famous jadi jangan risau kalau nak naik sesorang. Tak ada hantu harap maklum. Lepas dah sampai ke puncak, aku dan sepupu sepupu aku dan makcik aku yang masih mempunyai tulang 4 keratnya bergambar bersama sama. Hahaha. Bergambar tu wajib. Lepastu aku nampak la signboard kat atas tu. Tulisannya berbentuk begini...Jangan ambil apa apa barang di sini selain gambar. Jangan tinggalkan apa apa barang selain jejak kaki.Hah begitu bunyinya. Kalau salah sorry. Kemudian, dah puas mendaki, bergambar dan sewaktu dengannya. Kitorang pon turun. Hmmm nak turun bahaya sikit sebab bentuk bukit tu licin dan cerun so hati-hatilah. Mula-mula aku ada tergelincir tapi aku buat ala ala main surfboard gitu. *poyo* tetiba ada lah abam ni dia cakap "eh okay ke dik" . Aku pon cakaplah 'okay'. Dah aku memang okay. Sihat wala'fiat. Tapi cousin aku sorang ni dia macam, " Wuuuu, ni tatik dia rupanya nak ngorat" hahahah! Tak terpikir dek akal weh. Kalau tak dah buat olok olok sakit. "Ouch kaki saya sakit lah abam hensem" Hahaha. Insaflah Mai. Gurau gurau. Sebelum nak turun tu, rasa sedih sangat sebab kat atas tu rasa tenang sangat. Lagi tenang kalau bawa si kekasih hati. ( Mengada !!! ) Tak tak gurau jugak tu. Dia rasa tenang sebab kau jauh dari hiruk pikuk dunia. Tapi kat atas tu kau boleh dengar lagi bunyi mercun orang Cina main. Kuat doh hahaha. Aku pikir guruh tau tapi mercun rupanya. Kuat betol doh. Mesti orang bawah dengar lagi bising. Huhuhu. Okay, bila dah sampai bawah tu, singgahlah beli air coconut shake. Ya Allah..... sedap betollah air dia. ( Dahaga an ) walaupun bawa air mineral tapi air manis dan sejuk juga menjadi idaman hati. Lepastu pergi makan mamak pekena roti canai satu. Fuh, tambah lemak lagi. Then, balik rumah terus pengsan. Hahaha. Penat woi. Alhamdulillah, kaki tak rasa sakit sakit. Okay dah habis cerita bab bukit ni. Hari Isnin, 8/2 adalah hari yang bersejarah. Cewah, macam bersejarah dalam hidup aku sahajala bukan untuk semua rakyat Malaysia huahuahua. Birthday aku ! Best sangat. Tahun ni birthday paling best. Cewah, Alhamdulillah.
waktu birthday aku yang ke... RAHSIA. { rahsia la sangat } Aku pergi keluar dengan kawan kawan kat Ioi City Mall. Macam seharianlah pergi sana. Masuk kedai sana kedai sini masuk surau masuk tandas dan seumpama dengannya. Cuma tak main District 21 dan Ice skate. Mahal. Kek birthday aku, aku beli dengan Mak Batrisyia. Yerlah, secret recipe dah, baskin robins dah, kek baker's cottage dah, jadi nak rasa kek mak Batrisyia. Aku order Dua tau. Maaf stock dah habis HARAP MAKLUM. Aku order pavlova cake dengan oreo cheesecake. Saya sebagai kawan, perlu support yeah. K. Malam pulak aku pergi keluar dengan Family. Mak aku suruh pilih nak pergi kedai makan yang mana. Aku pilih Fuel Shack jer. Best pe Fuel Shack. Ya Allah lamb burger dia mencairkan hati ku. Rindunya dengan kepanasan dan keenakan burger fuel shack. Peringatan : jangan makan burger selalu, tak elok. (Nasihat ni diberikan kepada Mai) Minggu ni aku dah makan 4 burger. Allahu. Insaflah Mai. Macam aku dah obses dengan burger lah uhuhu. Birthday aku ni, aku dapat air Boost free. Best tau dapat free lagi-lagi yang bekas air yang besar hahaha. Aku dapat sebab aku ahli Boost. Ceh Ahli. Poyo bunyinya. Itulah kelebihannya (?)
bukti aku dapat air free. hahaha ! |
kami berlima plus Faqihah wa Fatini |
fuel shack. shake shake uols. erk. |
main nyorok nyorok meow ni. |
gimik je lebih minah ni |
selamat malam. ! xoxo
0 comments