Raya

by - July 09, 2016


Hello semua. I'm back! (Macam ada yang menunggu)
Kalau mummy jaga daddy elok-elok, daddy kena jaga mummy elok-elok.
Hamboiiiiiiiii kemain aku tulis password cerita Tuan Anas Mikael ni kan? Bukan apa, aku balik Kelantan hari isnin lepas, second last puasa. Lepastu malam tu ada cerita TAM 5 Hari Beraya. Aku layan jela sebab 5 hari je kan, Tak tahu pulak best cerita ni hahaha. Ada sesetengah orang rasa pelik cerita ni panggil mummy daddy. Fikir dah kahwin la tapi sebenarnya belum. Pasal gelaran tu no comment la. Orang panggil baby pon rasa geli kan. Tu hak masing-masing la. Berbalik kepada cerita ni. Pada aku, boleh tahan la cerita ni. Tak overdose bercinta sangat. Konflik gitu gitu je. Kalau nak dibandingkan cerita melayu yang lain, pegang-pegang, scene atas katil dan macam-macam lebih dahsyat sebenarnya. Aku dah lama tak layan cerita melayu. Kalau aku layan, mesti yang tak popular sangat. Okay dah la cakap pasal TAM.

Raya kali ni berbeza pada aku. Cewah ayat tak boleh blah. Sejak kematian nenek belah mak, jadi belah mak, dah tak ada atuk nenek. Hari raya pertama, aku beraya kat kampung belah ayah. Raya pertama aku dah pergi rumah adik beradik nenek belah ayah. Tok Ma ada 3 adik beradik aja. Raya pertama, aku dah beraya 4 buah rumah. Hasil kutipan duit raya sebanyak RAHSIA. Bila beraya rumah yang ke-3, yang ni rumah abang nenek aku, isteri Tok Nik dah meninggal tahun lepas, jadi Tok Nik beraya tahun ni tanpa isteri. Aku tahu, setiap kali beraya mesti akan berbeza. Ada orang beraya dengan suami baru, isteri baru, anak baru, baju baru, ada juga beraya tanpa suami, tanpa isteri tanpa ayah tanpa ibu. Dan aku tahu benda-benda macam tu sedang menunggu mangsa seterusnya dan sesiapa sahaja boleh jadi. Namun, Allah lebih mengetahui zat disebalik semua ni. Yang penting doa agar kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara tersebut. Bila beraya ni, dekat kampung buat kita rasa tenang sebab kita tak fikir pasal hal ehwal dunia atau masalah-masalah yang menimpa. Kadang-kadang bila bukak wassap, tak rasa keghairahannya nak berchat dengan kawan-kawan. Bukak twitter pon, rasa tak best twitter ni. Tu apa aku rasa la hahaha. Sebab bila dengan sepupu sepapat, mak saudara dan seangkatan dengannya, kita tak rasa macam nak bergajet. Harini aku baru sampai Putrajaya. Malam tadi, aku tak nak balik rumah sebab mengenangkan aku perlu kembali kepada tanggungjawab aku sebagai pelajar dll. Yerla, bila kat kampung, makanan dah terhidang, bila bangun teros siap siap nak pergi beraya, tak fikir pasal homework, exam semua tu. Kampung pun, jauh daripada sesak, makanan murah-murah, sedap-sedap. Hahahah tu baru kampung, belum Syurga. Sekarang ni orang nak bagi duit raya kat aku pon macam teragak-agak. Hahaha sebab muka aku matured sangat ke? Tapi tengok wayang pon tak lepas P18. Mana matured nya??? Lepastu, aku digemparkan cewah. Dengan berita kematian makcik aku, Aunty Sara *samapulaknamakita* Tapi aku tak pernah jumpa dia sebab dia baru la jugak kahwin dengan Pakcik aku. Dia meninggal kat Washington, US. Semoga aunty berada dalam kalangan orang-orang yang beriman. Raya ke-2, malam raya ke-3, ada anak saudara atuk aku datang, sepupu ayah aku lah kan. Ya Allah ramai dia tak yah cakapla sampai kitorang nak tengok Boboiboy The Movie pon tak dengar. (Aku pon turut serta tengok) huhuhu. Awak-awak semua, kalau nak datang rumah orang, jangan buat bising tau. Thank you. Raya ke-3 aku beraya dengan family belah mak. Jumpa cousin kesayangan dan makcik kesayangan. Bestt sangat raya ke-3. Alhamdulillah. Lepastu depa tunjuk IG shop baju raya lawa-lawa. Aku pon menangis tepi bucu kerusi sebab lawa sangat hahaha. Harga pon lawa juga. Hahahaha. Aku dah mula merepek. Jadi aku mengundur diri. Pukul 3 nanti ada ulangan TAM. Tashabar nak tengok sebab semalam tengok tak dengar sangat sebab sepupu-sepupu kecil ku main so mereka ganggu konsentrasi aku. [Salahkan diorang lak aku ni hehehe]. Bye. <3
Wassalam.


You May Also Like

0 comments