Queen Aquarius

...

Assalamualaikum w.b.t
Hello.. its me.
Semalam. as know as 21/1/2016. Birthday Ain. Hahaha. Kesian dia. Happy Belated Birthday sayang. Semalam, aku pergi program Top 'A+' Students. Menjadi kebiasaan program motivasi untuk memupuk rasa keinsafan dalam diri. Lebih ringkas, buat orang menangis dengan sentuh hal hal peribadi seperti 'ibu bapa' dosa dosa lepas dan sewaktu dengannya. Lumrah, orang memang tak suka benda tu. Aku pon tak suka tapi sebenarnya perasaan benci tu atau tak suka itu adalah ego. Pada aku, orang yang tahan untuk tak menangis waktu aktivti muhasabah diri adalah orang yang ego dan acah acah kuat. Dan akulah orang itu. Walau bagaimanapun, aku tetap kalah. Air mata menitis juga membasahi pipi. Cehh. Lepast minta maaf kat kawan-kawan, guru-guru. Maaf kawan kawan andai aku melakukan kesilapan sama ada besar atau kecil. Kemudian, aku diajar untuk seimbangkan emosi dan sebagainya. Pada aku kem ni biasa-biasa je. Best jugak. Tak kering gusi aku gelak ketawa. Motivasi sebenarnya amat diperlukan. Program ni pada aku lebih kepada refresh balik semangat belajar selepas dia dah tidur nyenyak dalam hati. Waktu part menyanyi lagu " satu, satu mimpi, di dalam hidupku ini." Aku memang teringat dekat Faqihah, Fatihah dan Nabila. Dua tahun lepas, kita sama sama menyanyikan lagu tu. Dewan tu menjadi saksi. Nabila, kau pakaikan batch Top A star Student untuk aku pada hari last day rasanya. Aku rindu kau. Waktu Pak Anjang cakap dapatkan Straight A+ semua tuh. Aku pikir dua tahun lepas, waktu pak Anjang cakap perkara yang sama sahaja. Tapi realiti tak. Benda tu macam buat aku tak yakin. Cakap tak sesusah nak melakukannya. Itulah kehidupan. Dah 2016 dan aku tak menjangkakan yang aku akan pergi program tu tanpa mereka. Aku tak pernah memikirkan yang tahun ni mereka tiada lagi umpama angin ditiup bayu. Pergi begitu sahaja. Everything has changed. 
nite.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum and hello from the other side.
3 minggu persekolahan, aku dah ada presentation biology. Bagus tak? HaHa baguslah in Shaa Allah. Okay back to the topic. Mula-mula aku nak cita pasal program motivasi yang aku pergi tu. Kat sekolah je kot ohohoh. Tapi ada topik yang lebih hangat dipasaran yang buat aku buak-buak nak cakap. Harini baru viral pasal suatu produk dari pengeluaran yang tersohor yang dikatakan ada merkuri. Ada banyaklah kenyataan dari akhbar, la apala. Walau bagaimanapun, janganlah percaya 100 peratus terhadap berita tersebut. Mungkin ia dipalsukan. Ada lah orang cakap, yang menjadi kebiasaan orang melayu nak buruk-burukkan orang yang berjaya. Nak fitnah dan sebagainya. Okay aku tak nak sentuh hal tu. Apa yang aku nak katakan ialah dewasa ini, kebanyakan pengeluar produk kecantikan atau kosmetik ni, dah tak lagi mementingkan pengeluaran produk yang organic atau semula jadi. Itulah perkara yang patut dibimbangkan. Kandungan gula dalam sesebuah produk kecantikan tidak diambil berat. Kandungan kimia semua tuh. Sekarang ni famous pulak produk yang serbuk la makan la. Siapa yang menganiaya siapa?? Pengeluar cuma nak untung sahaja. Kesan jangka panjang tak pernah dia bagitahu. Macam nanti ginjal kau rosak, sistem dalam badan akan terjejas semua tuh. Kesan jangka pendek je dia bagitahu. Menjadikan masyarakat lupa untuk menjaga kesihatan akibat kecantikan. Macam manalah kalau umur selepas pencen dah sakit, dah uzur. Padahal orang Jepun masih kuat sampai umur 100 lebih pon. Antara faktornya, adalah pemakanan. Wallahualam. Tapi kalau dah sampai ajal, nothing i can say. Hati-hati kawan kawan. Jangan memudaratkan diri sendiri. Pastikan produk yang anda guna dibawah pengawasan pihak pihak yang bertanggungjawab. Nite.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
ASSALAMUALAIKUM
SALAM SEJAHTERA
Malam-malam hampir pukul 2 pagi ni aku tulis blog pulak hahaha. Bukan apa, baru lepas tengok cerita dilwale. So alang-alang tengok kat laptop ni. Alang-alang fresh lagi ni nak story mory hihihi. Banyak pengajaran yang aku dapat dari cerita ni. (Pasal cinta ah banyak) kahkahkah. Aku bukan nak cerita plot plot dalam cerita ni. Korang kena tengok sendiri ah. Aku nak cerita yang hubungan adik beradik dan keluarga adalah sangat penting. Walau apa pun, kita kena utamakan family even kita kena sacrifice cinta kita kepada seseorang. Macam adik Khaali ni, dia sanggup tinggalkan gf dia sebab kakak gf dia suruh dia tinggalkan abang dia tapi dia sanggup korbankan cinta dia. Sebab apa? Sebab dia tahu kasihnya abang dia lagi besar dan segala pengorbanan yang abang dia lakukan pada dia tak terbalas. Jadi apa sebab untuk dia tinggalkan abang dia demi sebuah cinta yang belum menjanjikan kebahagiaan selamanya. Then, aku belajar yang kita kena jadi orang yang mudah memaafkan orang lain. Khaali dengan Meera cuma gaduh sebab salah faham je, tapi Meera ni susah bebenor nak maafkan Khaali. Dia tak percaya kata-kata Khaali. Tapi Khaali, mudah memaafkan Meera. Aku, sebagai perempuan, aku malu dengan diri aku sendiri. Sebab hakikatnya betul. Perempuan susah sangat nak memaafkan lelaki. Sedangkan yang terlebih luka adalah Khaali. Meera yang over marah. Semoga kita semua jadilah orang yang pemaaf. Dalam hubungan kita kena percaya antara satu sama lain. Kita kena percayakan sahabat kita dan kita sebagai sahabat, kena pegang kepercayaan yang diberi. Jangan menghancurkan kepercayaan orang pada kita. Next, ayah Khaali dengan ayah Meera ni bermusuhan, itu yang hubungan Khaali dengan Meera retak. Janganlah bermusuh-musuhan. Kelak, dia akan membinasakan diri kita sendiri. Ego tu letak kat lutut, akal letak kat kepala, iman letak kat hati. 15 tahun 4 bulan Khaali dan Meera bergaduh, bermusuhan, akhirnya sekiranya semua berbaik, semua bahagia. Kan senang. Arghh manusia. Ego semata-mata. Last but not least, dalam cerita ni, ada dua hati yang suka sama suka, mula-mula tak bersatu, akhir sekali bersatu semula. Tapi itulah cerita, sentiasa menyatukan dua hati yang terpisah. Bagaimana dengan dunia realiti hari ini? Dua cinta yang suka sama suka, belum tentu pengakhirannya adalah kebahagiaan dan mengapa perasaan hati yang telus itu sukar untuk dikecapi. Tak semua benda yang kau suka kau dapat. Allah lebih mengetahui. Ok selamat malam. Yang belum tengok, sila nonton dong.
have a nice day. :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hari persekolahan dah menjelma ( macam hantu, sheram gitu ) Oleh itu, aku agak "sibuk" dengan menguruskan schedule baru di sekolah di samping banyak program yang telah dirancang pada minggu kedua persekolahan. Esok, Jumaat, ada sambutan Maulidur Rasul. Kena pakai tudung hijau uhuhuh. Jangan aku nampak seperti sesebuah parti politik sudahlah. Sekarang ni aku tengah dengar lagu Janam Janam. Lagu ni antara lagu yang ada dalam Dilwale. Siapa yang dah tengok Dilwale angkat tangan !!!. Tahniah sebab aku pon belom tengok. Aku tahu cerita tu best. Aku tahu sebab crush aku ada dalam tu ahahaha. Ya Allah, sempurna sungguh ciptaan-Mu ini. Hensem weh SRK. Serious ah. Hensem dia sampai buat aku arghhhhhh. Macam nak nangis je hahahaha. Over.
Selain itu, sepanjang aku mula bersekolah ni, cikgu-cikgu macam non-stop lah bagi motivation pasal suruh belajar untuk SPM. Aku faham, SPM ini sangat penting untuk semua pelajar. Allahu, mengingati SPM pon boleh buat kita rasa takut bagaimana dengan mengingati Allah pula (?). Percayalah, Allah bukan nak tengok kita terseksa belajar bagai nak rak (rak patah HAHAHAHAHA) k. Anggaplah ini sebagai ujian untuk kita semua supaya lebih berhati-hati. Jangan pikir SPM ni sebagai benda yang dapat tolong kita masuk IPT, Matriks, A-Level dan sebagainya. Tetapi berfikirlah dengan lebih meluas kawan-kawan. SPM ini banyak ajar kita untuk tidak membuang masa, untuk tidak merungut semata-mata, untuk tidak mudah berputus asa dan mengajar kita bahawa ilmu itu adalah harga yang paling tak ternilai dan kita kena hargainya. SPM, ada dua aliran, sastera dan sains tulen. Apa yang membezakan kedua-kedua bidang ini? Dua-dua merupakan aliran yang akan menyeimbangkan kehidupan. Kalau tak ada sains tulen, siapa nak rawat nenek kau di hospital? Jikalau tiada akauntan, siapa pulak nak kira segala hal ehwal kewangan sesebuah syarikat. Semua bidang ada kelebihan masing-masing. Aliran ini adalah aliran yang mempunyai banyak perbezaan. Silibus pon berbeza, masa dan sebagainya. Mudah cakap, aliran sastera tak banyak mata pelajaran yang mereka ambil berbanding aliran sains tulen. Dan itu bukanlah sesuatu yang boleh diukur. Orang sains tulen tak boleh nak pandang Fuyooo sastera amik sikit ah subjek. Lepastu sastera lak, alah pandai bolehlah amik sains tulen, banyak subjek susah susah. Ingat, semua orang ada halatuju masing-masing. Semua orang ada impian yang berbeza-beza. >> berfikirlah <<
Nanti minggu ketiga, sekolah dah adakan kem motivasi. Kadangkala, manusia perlu motivasi supaya mereka belajar untuk terus bangun. Tapi pada aku, motivasi yang sebenar datang dari diri kita sendiri sahaja sebenarnya. Iman kita yang sentiasa memotivasikan diri kita. Tapi mungkin dengan bantuan luar, kita akan lebih menjadi orang yang bermotivasi. In Shaa Allah. Aku sebenarnya malas nak pergi sebab kem ni berbayar. Kalau orang cakap aku ni berkira, memang. Ya Aku berkira. Apakah ada jaminan yang menjanjikan bahawa PROGRAM KECEMERLANGAN SPM ini akan melahirkan individu baru yang sentiasa bersemangat untuk terus mengecapi kejayaan (?) Tiada siapa tahu kan. Tapi aku percaya bahawa pihak sekolah, ibu bapa dan guru-guru dah sehabis mungkin berusaha untuk kami, pelajar, anak anak ini dapat melakukan terbaik dalam Peperiksaan SPM. Jadi, aku bersedia untuk diprogramkan menjadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat. Amin. Panjang dan jauh lagi perjalanan kita semua. Dunia ni pon dah tak lama dah. Insaflah hati, ingatlah untuk sentiasa buat amalan soleh dan jauhi daripada melakukan dosa. Tiada yang sempurna, tapi yang menyempurnakan kita bila kita bersyukur dengan apa yang kita ada.
Sometimes, Allah allows you to taste the bitterness of this world so you can fully appreciate the sweetness of faith.
If you are thankful toward Me, I will surely give you more. 14:7
Happiness comes when you stop complaining about the troubles you have and thank Allah for the troubles you don't have.
 Wallahualam.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

recent posts

Sponsor

Nehhh

Facebook


The name is Mai. Pronounced similar to Maisarah but I'm not Jeannie Mai and I live on Venus.

I'm in love with oreo. Nyummy.

I like White. Black. Chocolate and Ice Cream are my two best friends, they're always by my side whenever I need them.

My greatest enemies are Liar, Backstabber, Hypocrite and Nag.World would be such a better place without them. If you are one of them, then DIE.

bold underlined strikethrough italic


Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2016 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
    • ▼  January (4)
      • Program
      • Assalamualaikum and hello from the other side. 3 m...
      • Dilwale
      • Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hari persek...
  • ►  2015 (17)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes