­

Infinite

by - October 31, 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah 2 minggu berlalu aku hadapi peperiksaan. Dan tinggal lagi 1 minggu 1 hari untuk aku hadapi exam. Huahuahua. Kali ni agak sukar untuk aku kerana exam kali ni subjek-subjek elektif. Bukan bermaksud subjek teras tak susah tapi dia macam 3 kali ganda susahla. Doakan kejayaan kawan kawan dan saya ya. Semalam, aku bukak 705 Astro Hitz. Waktu tu rancangan K-Pop yang memaparkan lagu lagu baru atau yang hitz korea. Waktu aku bukak mv Infinite Last romeo di mainkan. Tapi nak dekat habis dah. Aku rasa sedih bila tengok infinite. Sebab kalau dulu, apa apa pasal infinite, pasti aku akan kongsikan bersama kawan-kawan aku. Aku tak tahu macam mana kitorang boleh bina sebuah persahabatan tapi yang pasti aku mula dengan kawan dengan Nabila Huda. * errr ni bukan nabila huda anak amy search tau hihi * Aku kawan dengan dia sebab kitorang di susun kedudukan dengan guru kelas waktu tu rasanyalah. Aku duduk sebelah dia. Sejak tu lah kami mula berkawan. Aku, Fatini, Nabila, Fatihah dan Faqihah. Sorang Pengawas, 3 orang Pengawas PSS, sorang pelajar biasa. Tak pernah rasa ada jurang di antara kami. Selalu sahaja ada cerita yang nak di kongsi bersama. Infinite selalu jadi topik bualan. Woohyun, Dongwoo, Hoya, sampaikan Faqihah bagi kipas infinite kat aku. Banyak gambar kita rakamkan bersama. Malangnya, banyak gambar aku telah hilangkan atas sebab hp yang bermasalah ini. Hilang begitu sahaja memori antara kita yang boleh buat ku tatap. Namun, kenangan itu masih mekar di ingatan ku. Kita stayback, ajar sama sama ajar. Buli sama sama buli. Nabila, si dia yang amat ku akrab. Segalanya akan ku ceritakan padanya. Fatini, ahh ikhlas sungguh hati nya tanpa sekelumit pon rasa dendam pada ku. Sentiasa sabar dan banyak kau rahsiakan pada kami tentang kamu. Faqihah, comel dan sentiasa banyak karenah yang boleh aku kacau. Rindu nak usik awak. Fatihah, si suara yang sering mewarnai hidupku. Selalu suruh dia nyanyi kalau aku ngantuk tuk dodoikan aku hihi. Rindu nak buli jugak. Ahhhh!! Cepatnya masa berlalu. Tidak aku sangka 3 tahun kita bersama, bagaikan sedetik ku rasa. Akhirnya.. Kita semua membawa haluan masing masing. Tiada lagi 5 orang yang akan usik sesama mereka. Yang akan memeriahkan medan selera lagi makan ayam goreng. Tiada. Sorang pergi SBPI, sorang pergi KISAS, sorang pergi sekolah swasta, sorang pergi Sekolah Teknik di Melaka. Dan seorang lagi, tinggal menetap di SMKPP81 dan itulah aku. Ku sangka kita semua akan bersama sampai menduduki SPM. Walau bagaimanapun, Allah itu maha mengetahui. Terima kasih atas segalanya. Semoga hati kita semua akan bersatu. Janganlah lupa akan persahabatan ini. Jangan lupakan aku. Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat. Aku rindu infinite. Aku rindu kalian semua. Aku rindu telatah kalian semua. Dan adakah kalian juga berasakan benda yang sama? Atau sebaliknya? Aku percaya, kehidupan selepasnya pasti lebih baik kan? Biarlah aku toleh sebentar ke belakang untuk melihat kembali bibit bibit kemesraan kita dalam mengharungi dugaan di menengah rendah. Aku jadikan kalian kekuatan untuk aku terus maju ke hadapan. Setiap kali aku ambil peperiksaan besar, setiap kali itulah berlakunya perpisahan. Sama seperti waktu darjah 6. Terpisah aku dengan rakan rakan dan kini, tiada lagi berhubung berkongsi cerita. Dan kini ia berlaku lagi. Itulah kehidupan. Kita akan berjumpa orang baru. Di saat aku pandang ke hadapan, aku melihat orang baharu. Dan aku tahu kalian juga menghadapi benda yang sama. Rindu. Sampai mati pasti akan aku rindu. Aku hanya mampu menoleh kembali pada kenangan yang lalu tanpa mengubahnya sedikit pon. Aku tiada daya untuk memutarkan kembali jam untuk ke masa lampau. Aku hanya mampu terus berjalan dan hadapi dugaan yang baharu. Kawanku, biarlah di belakang itu merupakan taman yang kita sama sama bina dan kita tinggalkan agar taman itu menjadi mercu tanda persahabatan kita. Andai rindu hadir mengetuk pintu hati, kunjungilah taman itu dan bukalah pintu pagar di taman itu dan lihatlah akan senyuman ketawa menangis kita semua di sana. Hanya itu yang mampu kita semua tinggalkan. Tiada harta yang dapat aku beri, tiada pangkat yang dapat kalian warisi, tiada apa apa yang dapat aku beri melainkan kenangan itu. Kejayaan yang kita bina sebelum sebelum ini, sebagai bukti kita telah hadapi nya bersama. Syukur kepada mu Ya Allah kerana telah ketemukan kita semua walaupun sebentar. Tidak ku sangka aku akan bertemu orang orang yang akan menceriakan hidup aku. Kini, kita semua bina hidup baru di tempat masing-masing. 

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Yg benar, Mai. 


You May Also Like

0 comments