Umpama pokok yang tidak berbuah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hello semua. Apa khabar? Ok this is so weird hahaha.
Berjaya jangan sampai kau berbangga.
Gagal jangan sampai kau kecewa.
Carilah keredhaan Allah,
Bukan penghargaan manusia
Kata kata ni aku ambil daripada sebuah blog dan aku lupa blog mana. Di sini aku nak tekankan tentang adab budi bicara. Manusia akhir zaman ini terlalu materialistik di mana sangat mementingkan nilai wang ringgit semata-mata. Wajarkah hal ini berlaku? Tidak lah jawapan yang jelasnya. Sebenarnya hari ni aku telah dinasihati oleh ibu bapa ku tentang adab budi pekerti. Jangan kita tunjuk sombong kepada orang yang lebih rendah dari kita. (Bukan rendah pada ketinggian semata-mata.) Aku tekankan kepada darjat ataupun status. Manusia ni bila Allah dah bagi kesenangan kepandaian dan nikmat yang tiada tandingannya, dia lupa, dia lupa itu semua bersifat sementara. Bila dia jumpa orang yang miskin, yang susah yang sakit, dia lupa. Dia lupa yang Allah pon boleh buat macam tu kat dia. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. Kadang-kadang orang macam "Tula tak belajar rajin rajin lagi, kan dah hidup susah! Hidup menumpang je tahu." Astaghfirullahalazim. Kadangkala manusia ni lupa. Mereka alpa. Kita sebenarnya tak tahu jalan cerita hidup seseorang itu. Latar belakang dia. Kalau dia hidup dalam keluarga kaya tapi dia malas belajar tu bolehlah dikatakan sebegitu. Tapi ada jugak cakap eleh alasan je tu, hidup susah pastu cakap tak pandai tak dapat keje bagus tapi tengok Si Fulan bin/binti Fulan ni, hidup susah anak nelayan dapat straight A ok je. Wallahualam. Untuk berjaya tu juga aku admit yang ia perlu usaha. Usaha gigih!. Tapi nikmat tu rezeki tu berbeza beza. Allah dah tetapkan. Ni terbaik untuk ni, ni terbaik untuk ni. Jalan hidup ini berbeza-beza. Jangan terlalu suka membanding bandingkan. Jadikan contoh itu bagus. Nampak kita boleh amik contoh dia berusaha. Semua orang ada had limit dia. Semua orang ada hati perasaan dan lain lain. Kenal erti penat sedih. Kalau nak cakap semua orang boleh je tapi tak berusaha umpama semua orang boleh belah bulan macam Nabi buat cuma perlu berusaha. Tidak bukan? Tak. Kenapa tak bandingkan Nabi dengan kita sekarang ni? Sebab kita tahu Nabi tu Allah dah pilih dan beri mereka mukjizat dan kelebihan tertentu. Bandingkanlah nabi ada tongkat yang boleh jadi ular besar, boleh bina kapal besar la, darah mereka berbau harum dengan manusia. TAK BOLEH BUKAN SEBAB NABI TU MAKSUM!. Orang orang tertentu sahaja boleh digelar Nabi. Samalah dengan kita, untuk menjadi semaksum nabi itu adalah mustahil sama sekali tapi segala perbuatan dan contoh nabi tu boleh kita ikuti dan samalah dengan orang yang pernah berjaya. Menjadi seperti dia boleh, tapi biarlah kita menjadi diri kita sendiri. Kejayaan ni bukanlah terletak pada sehelai kertas sahaja. Terletak pada amal ibadat kerohanian dan jasmani. Pandai sampai belajar over the sea pon tapi bodoh sombong tak guna. Hormat semua orang. Jangan suka menghina orang lain. Ujian Allah tu berbeza beza. Dan ingatlah bahawa keimanan seseorang itu diuji dengan ujian. Lagi besar ujian tu, lagi tinggi iman seseorang yg kita boleh lihat. Boleh jadi kesenangan kamu ini adalah ujian juga untuk kamu sama ada kamu akan bersyukur kepada Allah atau sombong dengan-Nya. Wallahualam dan janganlah jadi orang yg suka menghina orang lain mungkin orang yg dihina itu lebih baik daripada yg menghina. Semoga kita semua terhindar daripada gejala yang tidak sihat ini. Buang yang keruh ambil yang jernih. Nasihat ni juga aku tujukan kepada diri aku sendiri. Allah tak menilai manusia melalui fizikal tapi melalui ketaqwaan seseorang dan bertaqwalah kamu kepada Allah dan kembalilah kepada jalan yang benar dan diredhai. Amin.
0 comments