خاسرة
Assalamualaikum and Goodnight everyone. Pada 10 Zulhijjah 1436H bersamaan dengan 24 Sept 2015 hari Khamis pada pukul 7:05 p.m merupakan hari bersejarah dalam hidup keluarga aku yang akan sentiasa mekar di dalam hati kami sekeluarga. Hari pemergian seorang wanita yang pernah bergelar ibu, nenek dan moyang. Seorang wanita yang telah melahirkan sebelas orang anak yang telahpun berjaya mengecapi kejayaan. Seorang wanita yang telah kematian suami selama 20 tahun. Seorang wanita yang tabah, kuat dan aku percaya seorang wanita yang telah menjadi dorongan kepada anak-anaknya sehingga mampu berdiri pada hari ini. Dia adalah nenek aku. Pemergiannya sangat sangat memberi kesan yang amat mendalam kepada kami. Sungguh Ya Allah, tidak aku sangka cepat benar kau mengambilnya pulang ke pangkuan-Mu setelah kau meminjamkannya kepada kami. Maafkanlah aku nenek, maafkan. Andai telah mengguris hati mu. Andai terlalu memikirkan dunia sehingga lupa sebentar akan mu. Andai sekejap benar aku menjaga mu. Terima kasih nenek kerana telah melahirkan seorang anak yang kini telah bergelar seorang ibu dan menjadi insan terpenting dalam hidup ku pula. Terima kasih kerana melahirkan seorang insan yang bergelar ibu saudara ku yang kini ku amat senang sekali bersamanya. Terima kasih nenek kerana menjadi seorang nenek yang baik untuk aku dan adik adikku serta sepupu sepupu ku yang lain. Tidak dapat ku balas jasa mu nek atas segala keringat yang telah kau curahkan. Besar nek, besar sungguh pengorbanan mu ini di mata ku. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Bahagia lah duhai nenek di Sana. Bahagia lah daripada dunia yang penuh dengan onak dan duri yang tiada kesudahannya. Berbahagialah kerana kini nek sedang bersama Pencipta.
0 comments