Assalamualaikum semua. Dan selamat petang. Hari semakin senja, namun perjuangan aku belom pernah berakhir lagi. Sampai mati pon tak akan habis perjuangan ini. Penat? Tiada ungkapan lain yang dapat aku katakan. Sakit? Mati tu lagi sakit. Sedih? Apa lagi nikmat yang belom Allah berikan pada aku. Ahhh, manusia tidak bersyukurkah aku ini? Mengapa jadi begini? Hidup dalam bergelumang perkara perkara ke lembah kejatuhan ummah. Aku harus bangkit kembali seperti singa kelaparan tapi aku memang lapar dan hanya mampu buka peti ais amik air, minum dan tidur. Hari ini aku menduduki ujian Matematik Tambahan. 😱 tak payah nak terkejut sangatlah. Menjadi kebiasaan manusia dalam dunia ni cakap subjek tu susah. Tak dapat aku nafikan. Walau bagaimanapun, subjek ni masih baru lagi untuk aku. Ala macam dulu dulu. Pelajaran nak hafal sifir tu susah pada aku. Sifir 7 dan 8 terutamanya. Tapi kini? Alhamdulillah. Tu pon tekan kalkulator lagi untuk kepastian. Addmath tadi sangat mencabar minda rohani dan jasmani aku. Mungkin pada kawan-kawan aku jugak. Tapi aku percaya, ada yang mampu melakukan yg terbaik tadi. Usaha? Aku usaha!! Aku rasa addmath yang aku melipatgandakan melakukan usaha. Namun, siapa aku nak menghalang ketentuan Allah? Kun faya kun. Belom rezeki aku untuk melakukan lebih terbaik. Menjadi pengajaran dan pembelajaran untuk aku agar lebih berhati hati. Tak peduli lagi apa apa yang akan diperkatakan oleh ibu bapa aku, guru guru ku. Lillahi Taala, Allah sahaja tahu aku dah guna segala keringat untuk study addmath. Tak pe, aku tak kisah pon orang tak nampak. Kalau mereka anggap aku tak belajar langsung pon aku tak akan marah. (In Shaa Allah). Tak dinafikan, aku pon rasa macam aku tak belajar. Ilmu ini masih baru lagi untuk aku. Jangan suka suka bandingkan aku dengan orang lain. Semua ada limit masing-masing walaupun mereka melalui benda yang sama. Percayalah, Allah tu lebih mengetahui. Kalau ada yg cakap dia ni boleh je dapat A bla bla. Bersabarlah. Kita buang yg keruh, ambil yg jernih. Yang baik tu, ambil lah. Buat kekuatan diri. Ada yang sampai nak menangis semua tu buat addmath. Tak apa, ilmu Allah ni memang luas. Baru sikit Allah bagi. Kita kena lah bersabar. Allah punya ilmu kot, bukan senang senang Dia nak bagi kat orang orang sesuka hati. Ilmu tu kan kita kena pelihara. Nawaitu kena baik. Menjadi orang yang berjaya tu bukannya mudah. Kena sentiasa istiqamah. Aku pon macam tulah kena buat!!!. Rajin!! Kita ni sebenarnya amat amatlah beruntung dapat belajar dengan AMAN DAN DAMAI DAN BERSIH. Kalau kita tengok negara-negara mundur. Bagaimana mereka belajar? Ambil exam. Mungkin sekarang ada yg kena batalkan dunia persekolahan dia sebab kena kerja atau pertahankan tanah air ke dunia jihad. Kita pon berjihad. Tapi jihad kecil ni pon alahai. Dah penat... Fitrah la. Belajar ni bosan. Tiada hiburan, maksiat dan benda benda lagho. Sukar nak tarik perhatian kita. Dan aku dah dapat result addmath. Apakah resultnya? Lulus dapat aku jawab buat masa ini. By the way, yang kenyataan atas atas tu aku dah tulis lama cuma belom publish dan harini baru publish. Memandangkan peperiksaan akhir tahun aku sudah berakhir, hanya Allah sahaja tahu bagaimana rasanya. Semoga Allah beri kekuatan kepada kawan kawan yang dapat 3G 4G dan G dan B C D E F dan huruf huruf seumpama dengannya kecuali A. Semoga sama sama kita istiqamah dalam berusaha memerah keringat mengembleng tenaga dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dibawah payungan barakah dan rahmat Allah. In Shaa Allah. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang belum sampai rezekinya lagi, jangan berputus asa. 🙆🏻🙆🏼🙆🏽🙆🏾🙆🏿🙆 wallahualam. Albert Einstein pon dulu tak pandai jugak. Dont worry.
0 comments