Queen Aquarius

...

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah 2 minggu berlalu aku hadapi peperiksaan. Dan tinggal lagi 1 minggu 1 hari untuk aku hadapi exam. Huahuahua. Kali ni agak sukar untuk aku kerana exam kali ni subjek-subjek elektif. Bukan bermaksud subjek teras tak susah tapi dia macam 3 kali ganda susahla. Doakan kejayaan kawan kawan dan saya ya. Semalam, aku bukak 705 Astro Hitz. Waktu tu rancangan K-Pop yang memaparkan lagu lagu baru atau yang hitz korea. Waktu aku bukak mv Infinite Last romeo di mainkan. Tapi nak dekat habis dah. Aku rasa sedih bila tengok infinite. Sebab kalau dulu, apa apa pasal infinite, pasti aku akan kongsikan bersama kawan-kawan aku. Aku tak tahu macam mana kitorang boleh bina sebuah persahabatan tapi yang pasti aku mula dengan kawan dengan Nabila Huda. * errr ni bukan nabila huda anak amy search tau hihi * Aku kawan dengan dia sebab kitorang di susun kedudukan dengan guru kelas waktu tu rasanyalah. Aku duduk sebelah dia. Sejak tu lah kami mula berkawan. Aku, Fatini, Nabila, Fatihah dan Faqihah. Sorang Pengawas, 3 orang Pengawas PSS, sorang pelajar biasa. Tak pernah rasa ada jurang di antara kami. Selalu sahaja ada cerita yang nak di kongsi bersama. Infinite selalu jadi topik bualan. Woohyun, Dongwoo, Hoya, sampaikan Faqihah bagi kipas infinite kat aku. Banyak gambar kita rakamkan bersama. Malangnya, banyak gambar aku telah hilangkan atas sebab hp yang bermasalah ini. Hilang begitu sahaja memori antara kita yang boleh buat ku tatap. Namun, kenangan itu masih mekar di ingatan ku. Kita stayback, ajar sama sama ajar. Buli sama sama buli. Nabila, si dia yang amat ku akrab. Segalanya akan ku ceritakan padanya. Fatini, ahh ikhlas sungguh hati nya tanpa sekelumit pon rasa dendam pada ku. Sentiasa sabar dan banyak kau rahsiakan pada kami tentang kamu. Faqihah, comel dan sentiasa banyak karenah yang boleh aku kacau. Rindu nak usik awak. Fatihah, si suara yang sering mewarnai hidupku. Selalu suruh dia nyanyi kalau aku ngantuk tuk dodoikan aku hihi. Rindu nak buli jugak. Ahhhh!! Cepatnya masa berlalu. Tidak aku sangka 3 tahun kita bersama, bagaikan sedetik ku rasa. Akhirnya.. Kita semua membawa haluan masing masing. Tiada lagi 5 orang yang akan usik sesama mereka. Yang akan memeriahkan medan selera lagi makan ayam goreng. Tiada. Sorang pergi SBPI, sorang pergi KISAS, sorang pergi sekolah swasta, sorang pergi Sekolah Teknik di Melaka. Dan seorang lagi, tinggal menetap di SMKPP81 dan itulah aku. Ku sangka kita semua akan bersama sampai menduduki SPM. Walau bagaimanapun, Allah itu maha mengetahui. Terima kasih atas segalanya. Semoga hati kita semua akan bersatu. Janganlah lupa akan persahabatan ini. Jangan lupakan aku. Aku doakan kita semua berjaya dunia akhirat. Aku rindu infinite. Aku rindu kalian semua. Aku rindu telatah kalian semua. Dan adakah kalian juga berasakan benda yang sama? Atau sebaliknya? Aku percaya, kehidupan selepasnya pasti lebih baik kan? Biarlah aku toleh sebentar ke belakang untuk melihat kembali bibit bibit kemesraan kita dalam mengharungi dugaan di menengah rendah. Aku jadikan kalian kekuatan untuk aku terus maju ke hadapan. Setiap kali aku ambil peperiksaan besar, setiap kali itulah berlakunya perpisahan. Sama seperti waktu darjah 6. Terpisah aku dengan rakan rakan dan kini, tiada lagi berhubung berkongsi cerita. Dan kini ia berlaku lagi. Itulah kehidupan. Kita akan berjumpa orang baru. Di saat aku pandang ke hadapan, aku melihat orang baharu. Dan aku tahu kalian juga menghadapi benda yang sama. Rindu. Sampai mati pasti akan aku rindu. Aku hanya mampu menoleh kembali pada kenangan yang lalu tanpa mengubahnya sedikit pon. Aku tiada daya untuk memutarkan kembali jam untuk ke masa lampau. Aku hanya mampu terus berjalan dan hadapi dugaan yang baharu. Kawanku, biarlah di belakang itu merupakan taman yang kita sama sama bina dan kita tinggalkan agar taman itu menjadi mercu tanda persahabatan kita. Andai rindu hadir mengetuk pintu hati, kunjungilah taman itu dan bukalah pintu pagar di taman itu dan lihatlah akan senyuman ketawa menangis kita semua di sana. Hanya itu yang mampu kita semua tinggalkan. Tiada harta yang dapat aku beri, tiada pangkat yang dapat kalian warisi, tiada apa apa yang dapat aku beri melainkan kenangan itu. Kejayaan yang kita bina sebelum sebelum ini, sebagai bukti kita telah hadapi nya bersama. Syukur kepada mu Ya Allah kerana telah ketemukan kita semua walaupun sebentar. Tidak ku sangka aku akan bertemu orang orang yang akan menceriakan hidup aku. Kini, kita semua bina hidup baru di tempat masing-masing. 
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Yg benar, Mai. 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum + Hai. 
"Im so sick of that same old love, that shit is tears me up. Im so sick of that same old, my body's had enough."
Eh! Sakit kenapa ni. 😅 bukan sakit pasal  cinta la. Eee tak main cinta cinta ni. ( ceh yeke Mai.) wtvr. Sejak belakangan ni, ramai yang jatuh sakit. Nasib baik la jatuh sakit dari jatuh cinta kan. Ahaks! ( keluar kahak) eeeee wek. Hahaha geli kan? Well, itulah yang aku nak mention. Memandangkan orang di sekeliling aku ni ramai yang sakit. Alhamdulillah sakit ringan sahaja. Tapi sakit tetap sakit. Nasib je bukan sakit hati fuh. Kat rumah, batuk sana, batuk sini. Ada sampai kedengaran bunyi lendir hijau. Masha Allah kuatkanlah diriku. Cane nak jadi doktor kalau dengar je dah geli geliman. Kawan sebelah pulak demam pastu selesema pastu batuk. Hah kau 1 set. Dengan izin Allah, aku pon turut selesema. Nampak tak betapa eratnya kami berdua ni hahaha. Alhamdulillah selesema aku tak berkekalan lama. Cuma mengambil masa sehari dua je. Walau bagaimanapun, sehari dua tu rasa macam nak tercabut hidung ni kau tahu. Sakit ni sebagai penghapus dosa. Wallahualam. *kalau salah betulkan*. Tapi kalau kita sakit, kita kena usaha untuk merawat sakitni. Jangan biar ia mudarat. Bahaya. Macam kau demam denggi. Pastu kau nak biar je sampai penyakit tu membawa maut baru kau nak terhegeh hegeh pergi hospital. Mesti kita tak nak benda tu terjadi bukan? Ala kalau sakit sikit macam ni tak payah susah susah makan ubat pergi klinik bagai. Hah kau tahu nyamuk yang kocik tu sekali sengat sebabkan ramai orang maut berbanding ikan jos yang terkam kat laut tu. Benda yang kecil tu jangan diremeh temehkan. Benda kecik boleh jadi besar. Macam sewaktu zaman Masyarakat Arab Jahiliah yang terlalu mementingkan semangat Assabiyah sampai benda yang kecil diperbesar-besarkan. Dalam peperangan al-Basus yang melibatkan Bani Taghlib dan Bani Bakar yang berpunca daripada tindakan seorang ahli Bani Bakar yang telah membunuh seorang ahli Bani Taghlib. Sungguhpun peperangan ini berpunca daripada perkara yang kecil, tapi peperangan ni makan masa selama 40 tahun. Hah hamik kau!. Sebab hal kocik je habih semuo terkorban. Rugi tak? Siapa yang rugi? Diri sendiri sebenarnya. Dah besar panjang nak perang sampai 40 tahun! Banyak lagi benda lain nak kena buat. Peperangan tak akan memenangkan sesiapa. Menang jadi arang, kalah jadi abu. Samalah dengan hidup ni. Jangan abaikan hal yang kecik. Termasuklah sampah. Kau buang plastik gula gula memang tak nampak kesan dia. Kalau satu juta manusia buat benda yang sama dengan apa yang kau buat? Jadi 2kali ganda sampah. Iaitu sampah-sarap. Eh dah melalut dah. Oleh itu, jagalah kesihatan. Jangan pernah abaikan kesihatan. Sihat sebelum sakit. Dan sesiapa yang baca entry ni yang tengah sakit, bersabarlah. Sape yang sihat. Semoga kesihatan ni kekal sejahtera dengan izin-Nya. Semoga semua sihat kembali in Shaa Allah. Kita kena usaha untuk merawati sakit kita tapi biarlah semua itu dengan Izin Allah. Bukan ubat sebagai penyembuh tapi Allah. Ubat tu sebagai usaha sahaja. Allah yang izinkan atau Allah beri kesembuhan. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam. Okay bye.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hello semua. Apa khabar? Ok this is so weird hahaha. 
Berjaya jangan sampai kau berbangga.
Gagal jangan sampai kau kecewa.
Carilah keredhaan Allah,
Bukan penghargaan manusia 
Kata kata ni aku ambil daripada sebuah blog dan aku lupa blog mana. Di sini aku nak tekankan tentang adab budi bicara. Manusia akhir zaman ini terlalu materialistik di mana sangat mementingkan nilai wang ringgit semata-mata. Wajarkah hal ini berlaku? Tidak lah jawapan yang jelasnya. Sebenarnya hari ni aku telah dinasihati oleh ibu bapa ku tentang adab budi pekerti. Jangan kita tunjuk sombong kepada orang yang lebih rendah dari kita. (Bukan rendah pada ketinggian semata-mata.) Aku tekankan kepada darjat ataupun status. Manusia ni bila Allah dah bagi kesenangan kepandaian dan nikmat yang tiada tandingannya, dia lupa, dia lupa itu semua bersifat sementara. Bila dia jumpa orang yang miskin, yang susah yang sakit, dia lupa. Dia lupa yang Allah pon boleh buat macam tu kat dia. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, muda sebelum tua, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati. Kadang-kadang orang macam "Tula tak belajar rajin rajin lagi, kan dah hidup susah! Hidup menumpang je tahu."   Astaghfirullahalazim. Kadangkala manusia ni lupa. Mereka alpa. Kita sebenarnya tak tahu jalan cerita hidup seseorang itu. Latar belakang dia. Kalau dia hidup dalam keluarga kaya tapi dia malas belajar tu bolehlah dikatakan sebegitu. Tapi ada jugak cakap eleh alasan je tu, hidup susah pastu cakap tak pandai tak dapat keje bagus tapi tengok Si Fulan bin/binti Fulan ni, hidup susah anak nelayan dapat straight A ok je. Wallahualam. Untuk berjaya tu juga aku admit yang ia perlu usaha. Usaha gigih!. Tapi nikmat tu rezeki tu berbeza beza. Allah dah tetapkan. Ni terbaik untuk ni, ni terbaik untuk ni. Jalan hidup ini berbeza-beza. Jangan terlalu suka membanding bandingkan. Jadikan contoh itu bagus. Nampak kita boleh amik contoh dia berusaha. Semua orang ada had limit dia. Semua orang ada hati perasaan dan lain lain. Kenal erti penat sedih. Kalau nak cakap semua orang boleh je tapi tak berusaha umpama semua orang boleh belah bulan macam Nabi buat cuma perlu berusaha. Tidak bukan? Tak. Kenapa tak bandingkan Nabi dengan kita sekarang ni? Sebab kita tahu Nabi tu Allah dah pilih dan beri mereka mukjizat dan kelebihan tertentu. Bandingkanlah nabi ada tongkat yang boleh jadi ular besar, boleh bina kapal besar la, darah mereka berbau harum dengan manusia. TAK BOLEH BUKAN SEBAB NABI TU MAKSUM!. Orang orang tertentu sahaja boleh digelar Nabi. Samalah dengan kita, untuk menjadi semaksum nabi itu adalah mustahil sama sekali tapi segala perbuatan dan contoh nabi tu boleh kita ikuti dan samalah dengan orang yang pernah berjaya. Menjadi seperti dia boleh, tapi biarlah kita menjadi diri kita sendiri. Kejayaan ni bukanlah terletak pada sehelai kertas sahaja. Terletak pada amal ibadat kerohanian dan jasmani. Pandai sampai belajar over the sea pon tapi bodoh sombong tak guna. Hormat semua orang. Jangan suka menghina orang lain. Ujian Allah tu berbeza beza. Dan ingatlah bahawa keimanan seseorang itu diuji dengan ujian. Lagi besar ujian tu, lagi tinggi iman seseorang yg kita boleh lihat. Boleh jadi kesenangan kamu ini adalah ujian juga untuk kamu sama ada kamu akan bersyukur kepada Allah atau sombong dengan-Nya. Wallahualam dan janganlah jadi orang yg suka menghina orang lain mungkin orang yg dihina itu lebih baik daripada yg menghina. Semoga kita semua terhindar daripada gejala yang tidak sihat ini. Buang yang keruh ambil yang jernih. Nasihat ni juga aku tujukan kepada diri aku sendiri. Allah tak menilai manusia melalui fizikal tapi melalui ketaqwaan seseorang dan bertaqwalah kamu kepada Allah dan kembalilah kepada jalan yang benar dan diredhai. Amin.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Esok Pentaksiran Tingkatan 3 bermula untuk semua pelajar berumur 15 tahun atau belajar pada tingkatan 3. Di sini aku nak cakap Goodluck kepada adik adik yang bakal menduduki peperiksaan PT3. 😊 semoga semuanya berjalan dengan lancar. Akak harap semua dapat melakukan yang Terbaik dan mula lah berfikir nak amik aliran apa nanti di Tingkatan 4. Pada akak, semua peperiksaan penting. Tak kisah la pt3 ke upsr ke. Lakukanlah yang terbaik. Ok bye. Doakan aku pon berjaya menjawab dengan TERBAIK untuk finale exam tahun ini minggu depan. Sama-sama la berjaya dunia akhirat.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum and Goodnight everyone. Pada 10 Zulhijjah 1436H bersamaan dengan 24 Sept 2015 hari Khamis pada pukul 7:05 p.m merupakan hari bersejarah dalam hidup keluarga aku yang akan sentiasa mekar di dalam hati kami sekeluarga. Hari pemergian seorang  wanita yang pernah bergelar ibu, nenek dan moyang. Seorang wanita yang telah melahirkan sebelas orang anak yang telahpun berjaya mengecapi kejayaan. Seorang wanita yang telah kematian suami selama 20 tahun. Seorang wanita yang tabah, kuat dan aku percaya seorang wanita yang telah menjadi dorongan kepada anak-anaknya sehingga mampu berdiri pada hari ini. Dia adalah nenek aku. Pemergiannya sangat sangat memberi kesan yang amat mendalam kepada kami. Sungguh Ya Allah, tidak aku sangka cepat benar kau mengambilnya pulang ke pangkuan-Mu setelah kau meminjamkannya kepada kami. Maafkanlah aku nenek, maafkan. Andai telah mengguris hati mu. Andai terlalu memikirkan dunia sehingga lupa sebentar akan mu. Andai sekejap benar aku menjaga mu. Terima kasih nenek kerana telah melahirkan seorang anak yang kini telah bergelar seorang ibu dan menjadi insan terpenting dalam hidup ku pula. Terima kasih kerana melahirkan seorang insan yang bergelar ibu saudara ku yang kini ku amat senang sekali bersamanya. Terima kasih nenek kerana menjadi seorang nenek yang baik untuk aku dan adik adikku serta sepupu sepupu ku yang lain. Tidak dapat ku balas jasa mu nek atas segala keringat yang telah kau curahkan. Besar nek, besar sungguh pengorbanan mu ini di mata ku. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Bahagia lah duhai nenek di Sana. Bahagia lah daripada dunia yang penuh dengan onak dan duri yang tiada kesudahannya. Berbahagialah kerana kini nek sedang bersama Pencipta.
Kepada anakku yang akan datang, maafkan ibu sayang, kamu tidak berkesempatan untuk bertemu dengan nenek ibu yang berjasa itu. Nenek, tiada kesempatan untuk aku memperkenalkan bakal suamiku nanti, anak-anakku kepada nenek. Tiada kesempatan buatku untuk membawa nenek ke majlis perkahwinan ku ini. Maafkan Sarah Mamatok. Sarah susun sepuluh jari ini untuk memohon ampun beribu ampun atas segala kesilapan yang Sarah lakukan. Aku amat berharap ini semua mimpi semata-mata tetapi inilah realiti yang perlu aku hadapi. Sedih, sedih sekali apabila mengenangkan ibuku tidak berkesempatan untuk memandikan ibunya, mengkafankan ibunya dan mencium ibunya buat kali terakhir. 😭 Oh nenek, andai kau tahu, kami amat menyayangimu lebih dari apa-apa pun. Di saat aku mencium wajahmu nenek, ingin sahaja aku mengejutkan mu dari tidur buat selamanya itu. Ingin sahaja aku meraung di situ bersama dengan air mata ku yang tidak henti henti menitis. Ingin sahaja aku mencabut kain kafan yang melilit di tubuh mu dan melihat mata mu itu terbuka semula. Namun, tidak nenek. TIDAK!. Tidak terdaya aku melakukan sebegitu rupa. Tidak terdaya untuk aku melawan takdir Allah yang Hanya Allah tahu hikmah disebalik semua ini. Tidak dapat aku melihat mu bangun kembali lagi. Memarahi aku kerana berbuat bising dan sebagainya. Lesu terkulai aku apabila melihat apabila jasad mu nek diangkat oleh keluarga ku dan mendengar laungan azan oleh sepupu ku, Adib. Bertambah sedih lagi aku nenek, bertambah duka lagi hati ini apabila mendengar raungan tangisan ibu saudara ku yang sakit itu. Patah hati ku nenek, PATAH! Sakit hati ini nenek. Sakit sangat. Tidak dapat aku solat untukmu buat kali terakhir nenek kerana keuzuran ke atas diriku. Dan kali terakhir aku melihat mu di liang lahad. Di saat itu, ingin sahaja aku menjerit dan mengatakan bahawa ini semua tidak benar. Ini semua mimpi. Tetapi aku tahu aku sedang berjaga. Melihat jasad mu nek di dalam sana, membuat aku takut nenek, takut untuk menerima hakikat nenek sudah berada di bawah sana. Setelah orang mula mengambil tanah dan menanam mu nek, ingin sahaja aku turun ke bawah dan membuang tanah-tanah itu. Aku lemah nenek, lemah. Lebih lemah melihat ibu ibu saudaraku yang sudah merah matanya dan membuat aku terkenangkan ibu ku di Tanah Suci. Ibu aku nenek, seorang anak perempuan mu nenek, tidak dapat melihat mu di saat saat terakhir mu. Maafkan ibuku nenek. Maafkan dia. Nenek, setelah selesai imam bertalkin, setelah selesai segalanya, berat nenek. Berat kaki ku untuk bergerak pergi meninggalkan mu keseorangan. Nenek, apa khabar dirimu disana? Hanya doa dapat ku titipkan dari sini. Perit nenek, perit. Dalam sungguh luka ini nenek. Entah bila akan terubat. Rindu sering hadir tanpa mengenal erti pergi. Ya Allah, kuatkanlah hati ku ini. Hati kami untuk menerima segala ketentuan-Mu ini. Ampunilah mamatok Ya Allah. Tempatkanlah dia bersama dengan orang orang beriman dan beramal soleh. Nenek, setiap detik dan saat bersama kamu, in Shaa Allah aku tak akan lupa. Nenek, andai kau bahagia disana, doakanlah untuk kami di sini agar sentiasa kuat untuk teruskan kehidupan biarpun tanpa mu di sisi lagi. Damailah nenek, bersemadilah di sisi Allah azzawajalla. Biarlah keperitan dan kesakitan yang sering nenek hadapi berhenti setakat ini. Semoga nenek sentiasa happy di sana. Tamat sudah tanggungjawab nenek untuk mendidik kami semua. Jasa mu akan kami kenang selalu. Hilanglah sebuah keberkatan doa seorang insan bernama ibu kerana dia telah bertemu dengan Penciptanya. Semoga doa kami dan segala amalan yang kami lakukan untuk nenek diterima oleh Allah. Al-Fatihah untuk seorang insan bergelar nenek. Terima kasih nenek kerana sudi menjadi nenek untuk aku di saat aku tiada atuk lagi. Selama 16 tahun aku hidup sewaktu adanya mu, aku tahu engkaulah nenek engkaulah atuk buat aku dan saudara saudara ku. Ketiadaan atuk sebelum aku lahir lagi juga memberi kesan tetapi disebabkan adanya nenek, terubat sedikit kesedihan ini. Walau bagaimanapun, Allah itu lebih menyayangi mu nek, engkau juga pergi mengikut jejak Tok Ayah. Nenek pergi dijemput Ilahi secara tiba-tiba. Dan aku, terima hakikat bahawa nenek tiada lagi buat selamanya. Aku redha Ya Allah atas ketentuan mu ini. Aku pasrah. Aku mohon Ya Allah, aku mohon agar nenek tenang disana. Agar mamatok bahagia di sana. Agar segalanya dipermudahkan. Agar kesedihan kedukaan dan luka ini pergi. Agar hati ini dapat menjadi tenang semula. Agar diri ini menjadi anak dan cucu solehah untuk nenek. Agar segala amalan ini diterima dan agar engkau jauhi kami dari malapetaka dan teguhkan kesabaran ini dalam menghadapi ujianmu yang besar pada kami. Aku hambamu yang lemah Ya Allah. Aku tidak dapat berbuat apa apa setelah Engkau mengatakan Kun Fayakun. Tidak terkuat aku untuk mengubah segala yang Engkau telah tetapkan. Tidak aku mempersoalakan atas ketentuan mu ini. Terima kasih Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kerana meminjamkan seorang wanita yang bergelar ibu dan nenek kepada kami. Dia sungguh sempurna dimata kami. Dia bukannya kesusahan kepada kami tetapi kebahagiaan kepada kami. Terima kasih Ya Rabbi kerana memberikan sedikit kebahagiaan ini biarpun sementara sahaja. Jadikanlah kami antara orang-orang yang bersyukur dan belajar daripada kesilapan. Berikanlah hidayah kepada kami dan kejayaan di dunia dan akhirat. Pergi lah nenek, pergilah. Aku merelakan kepergian mu ini nenek. Aku redha. Wallahualam.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum and hello! Harini aku nak cakap pasal telefon bimbit idaman. Ceh. Sebenarnya tajuk ni keluar sebab aku harini kena cakap pengucapan awam dan aku amik topik ni (ada dalam senarai topik topik yg boleh pilih). Walau bagaimanapun, cakap kat depan classmate sangatlah berbeza bila aku cakap kat sini huahuahua. Atas faktor faktor tertentu. 😝 Telefon bimbit idaman aku ialah ... tak dapat dinyatakan atas sebab sebab tertentu. Aku suka handphone tu sebab benda tu latest hahaha yerla siapa nak benda lama benda lapuk. Semua nak ikut peredaran zaman. Tetapi, dalam usia aku yang masih muda ni, aku tak layak untuk memiliki phone tersebut. (Macam drama la pulak. Saya tak layak untuk memiliki awak uhus uhuks) . Dengan harga phone tu yang sangat mahal dan bajet yang ada ni, mungkin kena makan nasi je aku tiap tiap hari. Bukan bermakna aku ni tak bersyukur dengan segala apa yang aku ada sekarang ini, tapi apa salahnya aku mengidamkan benda yang lagi baik. Tapi (banyak pulak tapi dia) aku tak akan berusaha untuk dapatkan handphone tu. Kerana selalunya kena kumpul duit. Pada aku, kalau aku sebagai student nak kumpul duit untuk kepentingan diri yang kita nak belanja waktu tu je is just a waste time. Sebab student ni nanti semakin dia belajar tinggi, semakin banyak duit yang dia perlu gunakan. Dan nanti bila aku dah besar dah belajar tinggi, aku tak nak mengalami kegawatan ekonomi. Sebab bila kau dah belajar university, sukar untuk kau menabung sebab waktu tu kau kena banyak berbelanja macam beli buku, bayar untuk duit sem, duit sewa rumah, sewa dorm, keperluan diri, dan banyak lagi. Kalau aku kumpul duit, aku nak simpan untuk kegunaan masa hadapan. Dunia ini macam macam boleh berlaku, kalau duit simpanan kau sikit, kalau ada apa apa terjadi, susah untuk kau survive. Takkan kau nak mengharapkan 100% duit dari ibu bapa kau. Kalau ibu bapa kau kaya raya tahap kaya raya tu bolehlah, tapi kalau sederhana tapi boleh untuk cukup-cukup tanggung kau dan adik-adik tu takkan nak menyusahkan mereka dan takkan kau nak pinjam PTPTN kot. Aku boleh je minta handphone ni dekat ibu bapa aku.  (Sungguh yakin dan confidentnya!). Walau bagaimanapun, meminta tak semestinya nak bagi kuang kuang kuang. Kalau ibu bapa aku rasa benda tu mahal dan boleh ganggu duit keluarga, aku tak paksa. Takkan aku nak menyusahkan diorang sekarang, nanti bila university pon menyusahkan lagi. Kalau aku ni pandai gila tahap dewa pertama tu tak apalah. Sudah terang lagi bersuluh aku akan dapat scholarship. Aku berharap aku dapat lah Amin. Tapi ikut kepada rezeki masing-masing. Doakan supaya aku dapat handphone tu dan dapat masuk university dan berjaya dunia akhirat. Aku kena pandai membezakan keperluan dan kemahuan. Aku pon tak adalah terlalu mahukan benda tu gila gila. Semua ada had limit dia. Ada boleh dapat ada yang tak. Kalau rezeki aku, alhamdulillah, kalau tak, ada rezeki lain yang akan menerpa in Shaa Allah. Aku tak boleh nak selfish untuk puaskan nafsu aku semata-mata. Aku kena fikir jauh pasal benda ni sebab kalau aku nak, ia akan melibatkan beribu ringgit. Harga handphone sekarang bukan murah woi. Hanya kepada Allah aku berserah, Allah sahaja tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
Allah pernah berkata, kadangkala benda yang kamu suka adalah buruk untuk aku dan benda yang kamu tak suka adalah baik untuk kamu. Wallahualam. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

recent posts

Sponsor

Nehhh

Facebook


The name is Mai. Pronounced similar to Maisarah but I'm not Jeannie Mai and I live on Venus.

I'm in love with oreo. Nyummy.

I like White. Black. Chocolate and Ice Cream are my two best friends, they're always by my side whenever I need them.

My greatest enemies are Liar, Backstabber, Hypocrite and Nag.World would be such a better place without them. If you are one of them, then DIE.

bold underlined strikethrough italic


Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2015 (17)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (6)
      • Infinite
      • Sick
      • Umpama pokok yang tidak berbuah
      • PT3
      • خاسرة
      • Telefon bimbit
    • ►  September (5)

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes