Fasli
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menjadi kebiasaan yang kita ada kawan yang boleh buat gaduh buat teman dan buat bantal busuk. Walau bagaimanapun, yang buat bantal yang buat gaduh yang buat buat tu tak semestinya ikhlas untuk dibuat kerana mereka ada yang buat buat. Nak dikatakan semua sama sahaja. Tak de yang maksum dalam era globalisasi ini memandangkan yang aku tahu Nabi dan Para Rasul sahaja yang maksum. Maksum ni apa? Carilah sendiri dalam internet. Menjadi suatu kepastian bahwa manusia ini melakukan kesilapan dan suatu benda yang biasa manusia selalu nampak kesilapan tu hahaha. Benda yang macam tu sape tak nampak. Kadang-kadang manusia ni dia lupa yang dia pon tersilap. Tetapi itulah bila dia selalu tunding jari je dia lupa yang dia pon menunding jari ke mukanya juga. Kita marah apabila disakiti dan bila kita tahu kita telah menyakiti orang lain. Menjauhi orang yang menyakiti kita dan kita telah sakitinya adalah jalan yang lebih baik pada aku. Bukan putus silaturahim tapi memansuhkan benda tu. Kadang-kadang perkara itu adalah jauh lebih baik bila dua dua disakiti dan tunding jari yang dia menyakiti kita. Lebih selamat apabila dua dua diam atau salah satunya. Diam itu lebih baik. Semakin aku besar, semakin banyak benda aku belajar. Kepercayaan, ketelusan, kejujuran dan ke ke ke. Kadangkala, kawan yang kita tengah lepaskan rasa tu boleh cerita balik apa yang kita tak puas hati tu kepada orang yang kita tak puas hati. Oleh itu timbullah pergaduhan dll. Jadi menjadi dosa lah orang yang menyampaikan benda tu dan jadikan sebuah silaturrahim musnah atau retak. Berapa tahun kau bersahabat bukan menjadi syarat untuk sebuah ketelusan hubungan tapi berapa ikhlas kau ingin berkawan dengannya.
Hidup ini tak semua benda suka kita. Kadangkala orang yang lebih teruk dari kita pon tak suka kita dan cakap kita ni lebih teruk dari dia. Jadi bagaimana yang lebih baik? Tiga kali ganda tak suka kita la tu. dont pretend you are happy to live with her / him if in fact you dont. Perasaan kecewa adalah salah satunya jawapan dan kunci yang bertandang dalam sangkar hati tentang apa yang aku hadapi. Bukan menjadi suatu masalah yang besar pon sekiranya dibandingkan dengan masalah orang orang palestin. Tapi inilah realiti. Semua orang alami masalah berlainan. Dan hanya kepada Allah sahaja aku berserah dan semoga keputusan ini adalah keputusan yang terbaik untuk aku dia dan semuanya. Ukhuwah itu perlu dijaga tetapi biarlah ukhuwah ini ku jaga daripada hasad dengki dan perasaan benci yang bila-bila masa sahaja akan tiba. Syaitan itu tak akan berputus asa dalam memporak perandakan hidup anak anak Nabi Adam. Semoga kita semua terlindung daripada perasaan buruk sangka dan negatif. Kuatkanlah iman dan banggakanlah kedua dua ibu bapa kita.
Wabillahitaufikwahidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Sekian terima kasih.
0 comments