Cuti

by - September 15, 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita di hari ini di waktu pagi hari persekolahan. Eh Aku tak pergi sekolah ke??? Aku pergi sekolah harini dan tiba tiba pintu gate sekolah tak terbuka dengan luas dan terdapat pengumuman pada gate tersebut yang mengatakan hari ini tanggal 15 Sept 2015 sekolah cuti. Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan apabila adanya kawan kawan saya yang sudah mengetahui tentang hal ini dan tidak perlu bangun pagi untuk bersiap ke sekolah tidak memaklumkan dan saya hanya berdukacita dan tidak marah pon pada mereka. Pihak sekolah juga mungkin baru mengetahui tentang hal ini dan baru membuat pengumuman hari ini. Bangunnya saya pada pukul 6.30 pagi untuk bersiap siap ke sekolah dan bertolak dalam pukul 7 lebih dan apabila tiba sahaja di sekolah, sekolah cuti. Bohonglah sekiranya Aku cakap aku tak suka cuti tetapi aku tak suka aku kena membazirkan masa aku untuk ke sekolah aku yang jauh dari rumah dan perlu berpatah balik ke rumah semula. Tetapi perkara ini mungkin salah aku yang tidak peka pada keadaan semasa. Dan perkara ini tak perlu aku menunding jari kepada sesiapa pun. Ini bukan salah sesiapa dan aku hanya nak meluahkan sahaja semata-mata.

Namun begitu, aku suka hari ini kerana cuti sekolah dan esok pula Hari Malaysia pun cuti juga. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kau berikan cuti ini dan semoga benda ini kita isikan dengan perkara yang bermanfaat. Ceh. Tetapi tak boleh suka suka kita relaks je kat rumah, ada individu mungkin telah jatuh sakit akibat jerebu yang kuat ini dan kita patut bersyukur kita dapat lagi bernafas dan terlindung dari pelbagai penyakit melibatkan jerebu. IPU yang tak sihat ini perlu menyedarkan kita betapa pentingnya untuk jaga alam sekitar.  Waallahualam.

You May Also Like

0 comments