Bas

by - September 06, 2015

Assalamualaikum dan selamat petang.

Sejak belakangan ini, aku terpaksa balik dengan menaiki kenderaan awam seperti bas. Harga tambang bas untuk seorang pelajar seperti aku ni tak semahal mana pon (bukan nak berlagak kaya pon) memandangkan aku hanya pelajar jadi harganya dalam RM0.30 sekali naik. Walau bagaimanapun, aku suka menaiki kenderaan awam memandangkan perkara ini dapat mengurangkan kadar pencemaran udara dan kesesakan trafik tetapi ada sesuatu yang aku kurang gemar tentang perkhidmatannnya menjadikan aku sedar bahawa perkhidmatan awam yang perlu diperbaiki. Loceng bas selalu rosak atau tak berbunyi menjadikan aku kena bangun tekan loceng lain. Hal ini sukarkan aku untuk bergerak sebab aku ni pelajar. Dan pelajar tak akan lari dengan beg belakang yang berat gila. Ada sekali tu aku terpaksa jerit suruh pemandu bas berhentikan aku padahal perhentian bas yang aku nak turun dah jauh terlepas kebelakang. Terpaksa aku berjalan kaki jauh sedikit untuk pulang ke rumah. Selain itu, sikap pemandu bas itu sendiri yang mengecewakan aku. Sikap pemandu bas yang tergopoh gapah, bawa laju bas, yang selalu inginkan cepat, pemarah dll. Aku hairan, pemandu bas ini sebenarnya sudah terlatih atau belum tentang menjadi seorang pemandu yang profesional. Melanggar lampu merah dan memarahi penumpang bukan etika yg patut ada dalam diri pemandu bas. 
Lagi-lagi aku seorang pelajar asyik dimarahi sahaja ketika menaiki bas. Dimarahi untuk segera naik, untuk sentiasa mengangkat tangan untuk naik bas dll. Aduan sepatutnya dilakukan tetapi benda tu yg aku malas nak buat. Bas pon lama aku nak tunggu lepastu bila dah sampai bas kena marah pulak tu.
Penumpang pula yang baik? Ermmmm tiada yang menghina pon pekerjaan sebagai pemandu bas ini tetapi diri mereka ini yang menghina diri mereka sendiri. Mereka sendiri berasakan pekerjaan ini sangat menyusahkan. Mereka lupa rezeki Allah itu luas dan kerja lah apa apa pun asalkan halal pasti ia akan baik di mata Tuhan. Tetapi manusia, mementingkan duniawi pangkat dan nama. Pentingkan kepada benda benda yang boleh menyakiti orang lain. Pekerjaan tu perlu kita lakukan dengan terbaik walaupun kita tak rela. Mana tahu ada sesuatu yg Allah nak tunjuk kepada kita. Allah mahu ajar kita erti bersyukur dan aku bersyukur ada bas walaupun bas itu dan perkhidmatannya tidaklah sebagus yang disangka tetapi aku rela untuk diperlayan sedemikian rupa. Orang yang sabar pasti diberi ganjaran dan ampunilah aku ya Allah atas segala dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau tidak. Aku insan lemah lemahnya.
Sekian.





You May Also Like

0 comments