Queen Aquarius

...

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha semua. macam ramai pulak yang baca kan. 

Hahahaha memandangkan aku tulis ni kat laptop so ada gambar ni sahaja. Ini menggambarkan errr semua balik kampung(?). Hihi. Ramai orang melakukan ibadah korban sempena menyambut hari perayaan ni. Actually, aku tak suka sangat lembu moo ni. Tak pernah dalam hidup aku makan daging lembu ni sedap. Berbeza dengan kambing, memangla sedap aum. Walau bagaimanapun, lembu ni mahal so apperciate sikit ah Mai makanan ni.Sebenarnya aku mula-mula buka frog vle untuk tahu bila sebenarnya tarikh peperiksaan akhir tahun sekolah aku. Tapi tak de. Aku dowload music video infinite h dan taylor swift. Hahaha. Raya tahun ni agak hambar. To be honest, aku macam dah tak rasa kemeriahan sambutan hari raya Aidiladha. Aku punyala lawa pakai baju ni tapi duduk dalam rumah sambil mereput hohoho. Tahun lepas, aku tak balik kampung waktu raya Aidiladha sebab aku nak study untuk PT3. kononnya study la. Aku menyesal gosok baju kurung ni, pakai tudung bawal ni nasib baik tudung bawal, kalau shawl lagi susah! Sedih la. Sepatutnya hari raya semua orang bergembira bukannya sedih, Aku tak sangka aku akan tergolong dalam kalangan yang sedih. Ini ujian untuk aku dan orang orang yang sedih. Sabar itu besar pahalanya. Kenapa mengapa bagaimana apa sebab aku sedih, tak perlu rasanya untuk aku kongsikan di sini sebab ia melibatkan orang lain. Takut teraibkan pulak. Sekarang ni aku tengah hantar e-mail gambar Mr. Handsome dan video untuk save dekat ipod aku.Bila agaknya aku boleh tukar hp. Hahahahahaha. Berangan sahajalah Mai. Tetapi kalau mak ayah aku dah balik, maybe boleh kot minta hp baharu kuang kuang kuang. Belajar Mai, inilah kelemahan anak anak bandar, senang sahaja meminta. Suka meminta, malas berusaha. Aku pun admit benda tu berlaku dalam kalangan orang orang bandar. Well, aku kat kampung sekarang so macam emm faham ah hahaha.Orang kampung tak sepatutnya berfikiran negatif terhadap orang bandar dan sebaliknya. Kalau kedua dua pihak nak berfikiran negatif, macam mana nak bersatu padu. Orang bandar pon jangan asyik nak tengok internet je termasuklah aku hoho. Baiklah, lamanya uploading video ni adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Okaylah bye. Doakan kejayaan aku dan rakan-rakan seperjuangan aku untuk success dalam exam akhir tahun nanti. Semoga semua bergembira di hari raya tahun ini, hari ini, saat ini, detik ini. In Shaa Allah. Waallahualam. xoxo.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bertemu kita di hari ini di waktu pagi hari persekolahan. Eh Aku tak pergi sekolah ke??? Aku pergi sekolah harini dan tiba tiba pintu gate sekolah tak terbuka dengan luas dan terdapat pengumuman pada gate tersebut yang mengatakan hari ini tanggal 15 Sept 2015 sekolah cuti. Walau bagaimanapun, dukacita dimaklumkan apabila adanya kawan kawan saya yang sudah mengetahui tentang hal ini dan tidak perlu bangun pagi untuk bersiap ke sekolah tidak memaklumkan dan saya hanya berdukacita dan tidak marah pon pada mereka. Pihak sekolah juga mungkin baru mengetahui tentang hal ini dan baru membuat pengumuman hari ini. Bangunnya saya pada pukul 6.30 pagi untuk bersiap siap ke sekolah dan bertolak dalam pukul 7 lebih dan apabila tiba sahaja di sekolah, sekolah cuti. Bohonglah sekiranya Aku cakap aku tak suka cuti tetapi aku tak suka aku kena membazirkan masa aku untuk ke sekolah aku yang jauh dari rumah dan perlu berpatah balik ke rumah semula. Tetapi perkara ini mungkin salah aku yang tidak peka pada keadaan semasa. Dan perkara ini tak perlu aku menunding jari kepada sesiapa pun. Ini bukan salah sesiapa dan aku hanya nak meluahkan sahaja semata-mata.
Namun begitu, aku suka hari ini kerana cuti sekolah dan esok pula Hari Malaysia pun cuti juga. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kau berikan cuti ini dan semoga benda ini kita isikan dengan perkara yang bermanfaat. Ceh. Tetapi tak boleh suka suka kita relaks je kat rumah, ada individu mungkin telah jatuh sakit akibat jerebu yang kuat ini dan kita patut bersyukur kita dapat lagi bernafas dan terlindung dari pelbagai penyakit melibatkan jerebu. IPU yang tak sihat ini perlu menyedarkan kita betapa pentingnya untuk jaga alam sekitar.  Waallahualam.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Apa yang dimaksudkan dengan pemimpin? Orang yang pimpin tangan melintas jalan ke? Maybe. Orang yang pimpin orang buta ke destinasi yang dituju ke? Maybe. Bayangkan, kalau kita pimpin orang buta ke seberang jalan, kita boleh berhentikan orang buta tu di tengah jalan dan kita bergerak ke tepi membiarkan orang buta tu diri kat tengah jalan. Orang buta tu pasti menganggap dia dah sampai ke tempat seberang jalan sebab dia buta. Dia tak boleh melihat untuk pastikan betul atau salah tapi dia boleh rasa dengan mendengar bunyi di sekeliling. Jadi, itulah diibaratkan sebagai pemimpin. Dia memimpin atau bimbing orang lain ke arah kebaikan. Di sini aku TAK nak sentuh isu isu sensitif cuma aku boleh bagi nasihat atau pandangan aku. Mari kita ambil contoh pendekatan sedikit seperti pengawas. Tak kesahlah pengawas sekolah ke pengawas pusat sumber sekolah ke pengawas rakan sebaya ke tak sebaya ke pengawas peperiksaan SPM ke. Yang namanya pengawas selalunya memimpin atau megawasi. Apa yang orang fikir tentang orang yang macam ini. Mereka akan fikir pengawas ni kemas smart pandai dll. Walau bagaimanapun, sejak belakangan ini pengawas bukanlah menjadi seorang yang smart pandai kemas. Kadang-kadang aku rasa malu tengok pengawas melanggar peraturan sekolah. Memakai stokin putih, rambut panjang, bawa telefon dll. Aku tertanya tanya? Mengapa kelayakan untuk menjadi seorang pengawas semakin goyah dan longgar di mana kebanyakannya pada hari ini tidak boleh dijadikan sebagai contoh tauladan. Tetapi alasan 'saya manusia biasa jugak' adalah terlalu tidak relevan. Seorang pemimpin perlu peka dengan benda benda sebegini. Pakaian mengikut peraturan sek, kekemasan dan bijak. Bijak di sini bukanlah bijak dalam education semata mata akan tetapi bijak dalam menyelesaikan masalah dll. Oleh itu, ingin aku simpulkan bahwa untuk memiliki pemimpin ini perlu betul betul betul teliti. Latar belakang, sifat sikap dan lain lain. Good looking bukan syarat boleh menjadi imam tetapi hati bersih baru boleh digelar good heart. Ok bye.









Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan selamat petang.
Sejak belakangan ini, aku terpaksa balik dengan menaiki kenderaan awam seperti bas. Harga tambang bas untuk seorang pelajar seperti aku ni tak semahal mana pon (bukan nak berlagak kaya pon) memandangkan aku hanya pelajar jadi harganya dalam RM0.30 sekali naik. Walau bagaimanapun, aku suka menaiki kenderaan awam memandangkan perkara ini dapat mengurangkan kadar pencemaran udara dan kesesakan trafik tetapi ada sesuatu yang aku kurang gemar tentang perkhidmatannnya menjadikan aku sedar bahawa perkhidmatan awam yang perlu diperbaiki. Loceng bas selalu rosak atau tak berbunyi menjadikan aku kena bangun tekan loceng lain. Hal ini sukarkan aku untuk bergerak sebab aku ni pelajar. Dan pelajar tak akan lari dengan beg belakang yang berat gila. Ada sekali tu aku terpaksa jerit suruh pemandu bas berhentikan aku padahal perhentian bas yang aku nak turun dah jauh terlepas kebelakang. Terpaksa aku berjalan kaki jauh sedikit untuk pulang ke rumah. Selain itu, sikap pemandu bas itu sendiri yang mengecewakan aku. Sikap pemandu bas yang tergopoh gapah, bawa laju bas, yang selalu inginkan cepat, pemarah dll. Aku hairan, pemandu bas ini sebenarnya sudah terlatih atau belum tentang menjadi seorang pemandu yang profesional. Melanggar lampu merah dan memarahi penumpang bukan etika yg patut ada dalam diri pemandu bas. 
Lagi-lagi aku seorang pelajar asyik dimarahi sahaja ketika menaiki bas. Dimarahi untuk segera naik, untuk sentiasa mengangkat tangan untuk naik bas dll. Aduan sepatutnya dilakukan tetapi benda tu yg aku malas nak buat. Bas pon lama aku nak tunggu lepastu bila dah sampai bas kena marah pulak tu.
Penumpang pula yang baik? Ermmmm tiada yang menghina pon pekerjaan sebagai pemandu bas ini tetapi diri mereka ini yang menghina diri mereka sendiri. Mereka sendiri berasakan pekerjaan ini sangat menyusahkan. Mereka lupa rezeki Allah itu luas dan kerja lah apa apa pun asalkan halal pasti ia akan baik di mata Tuhan. Tetapi manusia, mementingkan duniawi pangkat dan nama. Pentingkan kepada benda benda yang boleh menyakiti orang lain. Pekerjaan tu perlu kita lakukan dengan terbaik walaupun kita tak rela. Mana tahu ada sesuatu yg Allah nak tunjuk kepada kita. Allah mahu ajar kita erti bersyukur dan aku bersyukur ada bas walaupun bas itu dan perkhidmatannya tidaklah sebagus yang disangka tetapi aku rela untuk diperlayan sedemikian rupa. Orang yang sabar pasti diberi ganjaran dan ampunilah aku ya Allah atas segala dosa yang aku lakukan dengan sengaja atau tidak. Aku insan lemah lemahnya.
Sekian.





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Menjadi kebiasaan yang kita ada kawan yang boleh buat gaduh buat teman dan buat bantal busuk. Walau bagaimanapun, yang buat bantal yang buat gaduh yang buat buat tu tak semestinya ikhlas untuk dibuat kerana mereka ada yang buat buat. Nak dikatakan semua sama sahaja. Tak de yang maksum dalam era globalisasi ini memandangkan yang aku tahu Nabi dan Para Rasul sahaja yang maksum. Maksum ni apa? Carilah sendiri dalam internet. Menjadi suatu kepastian bahwa manusia ini melakukan kesilapan dan suatu benda yang biasa manusia selalu nampak kesilapan tu hahaha. Benda yang macam tu sape tak nampak. Kadang-kadang manusia ni dia lupa yang dia pon tersilap. Tetapi itulah bila dia selalu tunding jari je dia lupa yang dia pon menunding jari ke mukanya juga. Kita marah apabila disakiti dan bila kita tahu kita telah menyakiti orang lain. Menjauhi orang yang menyakiti kita dan kita telah sakitinya adalah jalan yang lebih baik pada aku. Bukan putus silaturahim tapi memansuhkan benda tu. Kadang-kadang perkara itu adalah jauh lebih baik bila dua dua disakiti dan tunding jari yang dia menyakiti kita. Lebih selamat apabila dua dua diam atau salah satunya. Diam itu lebih baik. Semakin aku besar, semakin banyak benda aku belajar. Kepercayaan, ketelusan, kejujuran dan ke ke ke. Kadangkala, kawan yang kita tengah lepaskan rasa tu boleh cerita balik apa yang kita tak puas hati tu kepada orang yang kita tak puas hati. Oleh itu timbullah pergaduhan dll. Jadi menjadi dosa lah orang yang menyampaikan benda tu dan jadikan sebuah silaturrahim musnah atau retak. Berapa tahun kau bersahabat bukan menjadi syarat untuk sebuah ketelusan hubungan tapi berapa ikhlas kau ingin berkawan dengannya.

Hidup ini tak semua benda suka kita. Kadangkala orang yang lebih teruk dari kita pon tak suka kita dan cakap kita ni lebih teruk dari dia. Jadi bagaimana yang lebih baik? Tiga kali ganda tak suka kita la tu. dont pretend you are happy to live with her / him if in fact you dont. Perasaan kecewa adalah salah satunya jawapan dan kunci yang bertandang dalam sangkar hati tentang apa yang aku hadapi. Bukan menjadi suatu masalah yang besar pon sekiranya dibandingkan dengan masalah orang orang palestin. Tapi inilah realiti. Semua orang alami masalah berlainan. Dan hanya kepada Allah sahaja aku berserah dan semoga keputusan ini adalah keputusan yang terbaik untuk aku dia dan semuanya. Ukhuwah itu perlu dijaga tetapi biarlah ukhuwah ini ku jaga daripada hasad dengki dan perasaan benci yang bila-bila masa sahaja akan tiba. Syaitan itu tak akan berputus asa dalam memporak perandakan hidup anak anak Nabi Adam.  Semoga kita semua terlindung daripada perasaan buruk sangka dan negatif. Kuatkanlah iman dan banggakanlah kedua dua ibu bapa kita.
Wabillahitaufikwahidayah, wassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
Sekian terima kasih.




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts

About me

recent posts

Sponsor

Nehhh

Facebook


The name is Mai. Pronounced similar to Maisarah but I'm not Jeannie Mai and I live on Venus.

I'm in love with oreo. Nyummy.

I like White. Black. Chocolate and Ice Cream are my two best friends, they're always by my side whenever I need them.

My greatest enemies are Liar, Backstabber, Hypocrite and Nag.World would be such a better place without them. If you are one of them, then DIE.

bold underlined strikethrough italic


Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2015 (17)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ▼  September (5)
      • Happy Aidiladha
      • Cuti
      • Pemimpin
      • Bas
      • Fasli

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes