Breathtaking
Assalamualaikum
Hi.
Welcome back to my "awe-inspiring" blog.
H a H a
Sure, tanpa membuang masa dan tenaga anda memandangkan para pembaca banyak lagi perkara yang perlu dilakukan misalnya assignment. Mari kita teruskan membaca tips yang aku nak beri. Before that, tips atau life saver wtvr it is, just based on my experiments. and also from orang yang boleh dipercayai (?) Belajar ni bukanlah 1 perkara mudah. Tak mudah nak ingat, nak masuk dalam kepala yang sempit pemikiran tuh. uhuhu k k. Memandangkan aku dan rakan-rakan seperjuangan telah lalui liku liku kehidupan sebagai pelajar sekolah menengah malah menjadi alumni yang berjaya ambil 11 subjek. Ya SEBELAS. Sebenarnya 12. MANA SATU NIH! KEJAP 11 KEJAP 12. Okay, dalam SLIP SPM 20XX kami tersenarai 11 Subjek dan 1 subjek yang tambahan tu merupakan subjek KKQ. APAKAH KKQ? KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN. Itu out of topics. okay Ambil 11 subjek SPM bukan mudah untuk kami. APA BENDA LAH SUBJEK HAKAK NI AMIK DUH BANYAK BANYAK EN? TAMAK BETOL XD. Jangan begitu awak. Nak tahu subjek apa aku ceburi dan tips nya boleh tekan di SINI .
Menjadi pelajar belajar 11 subjek sebenarnya sukar, lagi lagi wawasan negara kita ingin lahirkan generasi yang seimbang, hebat akademik dan kokurikulum. Jadi, kau kena aktif dalam kokurikulum jugak. Tapi dalam masa sama, success dalam akademik. Gitew. Malangnya, (mula nak beralasan ni huhu) tak dapat dinafikan, kelas orang macam aku ni jadual dia pack. Melarut sampai ke petang. Kalau subjek kacang goreng kacang rebus, kacang tanah tidak mengapa. Mahu dapat subjek killer. Killer dia tusuk dalam betul. Dapat pulak dekat orang macam aku, cepat confuse, tak faham sangat hahaha. Maunya kalau skip class, terus ZERO. Jadi, setiap masa anda berada dalam kelas, pastikan sentiasa fokus. Betul, fokus dalam kelas membantu banyak. Biarpun tak faham, kalau kau dengar perkataan perkataan yang cikgu sebut tu pon jadilah biar familiar nama nama penting. Nanti kita ulang kaji balik, boleh refresh dan cuba ingat apa yang kita faham. Disebabkan itu, kehadiran aku tahun lepas 100%. *SAJEBAGITAHU* .
Homeworkssss aku yang menggunung umpama bukit broga (HIPERBOLA JE) tuh, aku INSHAA-ALLAH cuba siapkan. Kadang-kadang, kau buat nota sejarah sampai larut malam lenguh tangan bagai tu berbaloi ke hahahaa. Kemudian, kau buat laporan laporan sains tu tapi cikgu tak tanda berbaloi ke? Hahahaha. Hah gelak gelak. Berbaloi sebenarnya. Pada aku, biarlah cikgu tak check pon. Menjadi tanggungjawab aku untuk siapkan. Anggap sahaja itu untuk latihan diri kau sendiri supaya lebih berdisiplin dan luangkan masa menulis. Bila cikgu tanya dah siap ke belom, biarpun cikgu tak tanda, pastikan kau cakap SUDAH DAN MEMANG KAU DAH SIAP. Bagi aku, bila kau siapkan tugasan tugasan yang cikgu berikan, dari situ kau sebenarnya nak berkat cikgu. Betul tak? Sekurang-kurangnya, bila cikgu bagi kau kertas-kertas soalan ke apa, bila mereka suruh kau tampal dalam buku, klip dalam file. PLEASE PLEASE BUAT JE. Percayalah, bila mereka lihat usaha kecil kita yang tampal latihan kertas mereka berikan dalam buku, klip kemas kemas dalam file, mesti buat mereka rasa dihargai. Pada aku, biar kita tak pandai, sebab kita memang tak pandai, tapi tunjuklah effort kita. Kesungguhan kita kepada mereka. Kita TETAP nak belajar walaupun selalu failed subjek dia hahaha. Cikgu sentiasa percayakan orang yang bersungguh-sungguh. Kesungguhan yang istiqamah, membantu kau dalam apa jua aspek. Perkara tu yang bernilai. Siapkan kerja sekolah anda ye hikhik. Inshaa - Allah keberkatannya ada. Janji LILLAHI TAALA. PLUS JANGAN LUPA BAWA BARANG STATIONARY KAU SENDIRI MACAM GUNTING GAM BAWALAH SENDIRI. ASYIK PINJAM JE HMM.
Dari sudut kokurikulum, aku ni bukanlah aktif bebenor hahaha. Tapi dapatlah sijil BAKAT KOKURIKULUM tahun lepas hahahaha. k k Untuk nak aktif dalam kokurikulum, aktif time korang TINGKATAN 4, means, kalau ada apa apa sukan yang korang hebat boleh sertai masa anda 16 tahun. Tapi pastikan anda tak skip class. NO NO. Keep update with studies. Bila dah FORM 5 memang kena minimize koko sebab dah nak ESPIYEM. Yeah. Time form 5, rebut lah segala jawatan setiap kelab anda sertai. Untuk dapat pointer koko tinggi, make sure ambil jawatan yang terttinggi, means daripada jawatan Bendahari ke atas. Sebab tu banyak scholarship pandang. Walau bagaimanapun, anda perlulah jalankan tugas anda dengan AMANAH DAN JUJUR YE. Menjadi sebagai PENGAWAS / PENGAWAS PSS / PENGAWAS RAKAN SEBAYA juga membantu untuk pointer koko anda tinggi. Jangan lupa cuba dapatkan AJK TERTINGGI setiap badan tersebut. SILA JALANKAN TUGAS YE.
Seterusnya. memandangkan aku ni pelajar agama. Hmmm bukan lain tak de agama huhu. Aku pelajar yang belajar lebih mendalam tentang agama islam hah gitu. Bila kau ni macam dah kena chop / label sebagai pelajar kelas agama, banyaklah orang pandang dan pasti pikir mereka kita warak, hafal Quran etc. Basicnya, menutup aurat sempurna. Biasanya, pelajar agama ni bertudung labuh. Well, i am not. But im still wearing scarf yang menutup aurat. Inshaa-Allah. Okay, pada aku benda ni berat sebab aku dan rakan rakan kena melambangkan apa yang kami belajar, Misalnya,nyanyi, buat persembahan menari memang tidak sesuai lah. Apatah lagi nak bercinta. Pendek kata, kami ni perlu jadi contoh pelajar mithali kepada yang lain. Dan aku bersetuju lah apa yang ustazah aku katakan, perlu buat perkara yang boleh menjadi contoh kepada yang lain. Sejak belakangan ni, aku dapat lihat, orang yang belajar agama yang lebih ni telah menunjukkan perkara sebaliknya yang tidak patut lah. Siapa tak sedih? Aku sendiri sedih dengan diri sendiri huhu. Benarlah, iman tak boleh diwarisi dari nama agama dari ibu bapa dari sesiapa pun. Be a Perdana's student, paling penting adalah menjaga ikhtilat anda selain daripada aurat. Kerana segalanya bermula dari anda. Aku pun tak tahu apa aku merapu. Baik saya undur diri. Sebelum aku akhiri kata kata ku, aku selitkan beberapa nasihat dari Ibnul Qayyim rahimahullah.
baca-bacakan.
selamat malam.
wassalam.
Pertama, hendaknya hamba menyadari betapa buruk, hina dan rendah perbuatan maksiat. Dan hendaknya dia memahami bahwa Allah mengharamkannya serta melarangnya dalam rangka menjaga hamba dari terjerumus dalam perkara-perkara yang keji dan rendah sebagaimana penjagaan seorang ayah yang sangat sayang kepada anaknya demi menjaga anaknya agar tidak terkena sesuatu yang membahayakannya.
Ketiga, senantiasa menjaga nikmat Allah yang dilimpahkan kepadamu dan mengingat-ingat perbuatan baik-Nya kepadamu.
Kelima, mencintai Allah kerana seorang kekasih tentu akan menanti sosok yang dikasihinya. Sesungguhnya maksiat itu muncul diakibatkan oleh lemahnya rasa cinta.Sumber: https://muslim.or.id/307-10-nasihat-ibnul-qayyim-untuk-bersabar-agar-tidak-terjerumus-dalam-lembah-maksiat.html
0 comments