Queen Aquarius

...

Assalamualaikum and hi.
Long time no see huh. Well, today aku nak share tentang tips membeli belah di online. Okay kebanyakan folks beli online di instagram / facebook atau mana mana social media. Tapi macam mana kita nak tahu or make sure dia ni trusted ke tak uhuhu. Since aku dah been through buying online stuff. Lebih 10 kali aku pernah beli online plus aku jugak dah merasa la bank in online using my own bank card. First, if nak beli barang online, i suggest JANGAN BELI STUFF YANG ABOVE RM200 ++. Risky dia untuk kau KENA tipu tinggi sangat lah huhu. 
As everyone knows yang sekarang ni memang FAMOUS amos jual IPHONE or ANY GADGET yang MAHA MURAAH DAN AFFORDABLE. Then, benda tu PRE-ORDER. Adoi, pre order ni natang apa pulak? Kehkehkeh. PRE ORDER tu pendek kata kau bayar dulu, barang baru order. Means it takes time like 2 weeks and more. Maybe sampai bertahun who knows. Aku sendiri pernah beli barang pre-order. Tapi aku beli baju raya ehehehe. Alhamdulillah selamat dah sampai and muat. Makcik aku sendiri pernah beli iphone kat online shop dan barang tak sampai sampai. Alhamdulillah duit boleh pulang sebab makcik aku beli yang under RM1000. Other customers yang beli above 1 thousands, too bad, duit tak akan dipulangkan or separuh je dapat. I'm not sure. See? Life sucks right? Jadi yang kedua, aku advice supaya tak payahlah beli ANY GADGET OR ELECTRONIC THINGS yang sama waktu dengannya EVEN A PENDRIVE. Benda benda macam tu easily untuk rosak dan banyak yang KLON je. Kalau nak beli electronic ni, beli kat kedai je. Hmmm even kat kedai pon haprak apatah lagi online right? BEWARE TAU. Next, if nak beli online make sure online shop tu TRUSTED 100%. Keep update dengan kedai tu, tengok comment2 dia, ada tak comment yang negatif or yang complaint. Sometimes, banyak je FEEDBACK shop tu tapi rupanya menipu. Even ramai followers pon susah nak percaya tau sekarang. Entah - entah dia guna apps followers je. Who knows.  Nowadays, dekat twitter or facebook ada ramai yang post ig or nama2 yang menipu. Aku pon ada lah noted nama nama instashop yang LIAR ni. Just incase. 
Sekarang kos sara hidup semakin meningkat. There are some folks out there yang sanggup buat apa sahaja demi 1 benda bernama DUIT. Menipu, hacks, everything. Jadi, kita janganlah terpedaya untuk "derma" duit kepada golongan macam ni. Prevention is better than cure. Berpada-padalah. Tak semua instashop TRUSTED. Dan even other social media. Please extra careful dengan online shop di Carousell, Mudah.my dan 11 Street. Aku sendiri pon nak minimize pembelian di online. Save money for better future. Goodluck kawan kawan untuk beli di online. Berhati hati la ye. 
Sesal dahulu pendapatan, Sesal kemudian tiada guna. Saya akhiri dengan 2 rangkap pantun. 
Dengar-dengarkanlah hehehe. Selamat beramal. 

Singgah berehat di Kota Lama,
Kuih dijamah air dihirup,
Bejimat-cermat suruhan agama,
Jika diamal sejahteralah hidup.

Inderagiri pasirnya lumat,
Tempat berkelah putera raja,
Baik sedikit tetapi berjimat,
Daripada banyak membazir sahaja.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA.
Alhamdulillah hari ni macam rajin sikit nak menaip. wakaka. Aku memang malas betol nak bukak laptop sebab sebok bekerja mencari rezeki halal en ececeh. Ayat tak boleh blah, Jadi tanpa kita menbebel bebel panjang, ayuh kita membaca artikel aku harini pasal driving test aku yang biasa biasa je ni. Aku mula pergi dengar CERAMAH 5 DEC 2016. #TAKDEjumpaJODOHye. Lama jugakla ceramah tu. Pergi awal kemain tapi start pukul 10.00 pagi macam tu.Penceramahnya PEREMPUAN. Best!!!. Tak mengantuk pon aku dengar hehe. FYI, aku belajar kelas memandu @ AKADEMI MEMANDU GEMILANG,SEPANG. So sape sape sama tempat boleh teruskan membaca. Cikgu yang ajar aku drive pulak CIK JEMAH (BUKAN NAMA SEBENAR) Dia ajar sampai pandai. Selalu ajar dekat litar je. Bila dah nak dekat test JPJ barulah cikgu ajar di JALAN RAYA. PON PON!! Biasanya korang belajar guna Kancil je sampai test day around the corner baru belajar guna VIVA. Pada aku, itu lack of management la kot. Tak bagi pelajar biasakan dengan kereta yang bakal diorang test time JPJ nanti. Macam aku belajar kat litar dengan jalan raya pakai KANCIL je. Time test JPJ macam naik VIVA @LITAR AND  Guna AXIA TIME JALAN RAYA. MY GODDD, AXIA, TBH, Time JPJ was my first time guna AXIA. HUHU. Seb baik axia susah nak mati.AKU BELAJAR MANUAL K. AUTO MAHAL SANGAT HMMM. Aku belajar bawa kat jalan raya tu macam boleh kira dengan sebelah jari je, Pada aku jalan raya susah bak hang dari litar. So pada 25 JAN2017, aku punya test JPJ lulus kat litar sahaja. Gagal kat jalan raya. Dia bila gagal tu haih sakit weh srs tak tipu. Malu satu lagi of course. Lagi sakit bila kau tunggu lama untuk turn kau test tu, boleh pulak FAILED. DONGGIBAB! Jadi next test on my birthday hahaa 8 FEB 2017. Lagi sakit weh sebab kau nak pergi celebrate tapi you are stuck there. Memandangkan aku budak REPEAT JALAN RAYA, So number aku ialah 2. dan warna tag aku merah, yang FRESH nya warna kuning hahaha MALU EN. Tapi untuk pengetahuan semua, siapa yang gagal bahagian LITAR sahaja kena buat balik RUTIN PEMERIKSAAN KENDERAAN (RPK) , kawan kawan boleh rujuk di YOUTUBE tentang RPK. Untuk yang ulangan JALAN RAYA sahaja tak perlu buat RPK, buat RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM) jeer. Aku pon macam bahagia jappp sebab tak payah buat RPK hahaha. sebab aku belajar melalui youtube je RPK RSM tu. Cikgu tak ajar pon. huhu. Sedih kami. Bila kau repeat je, kau akan didahulukan dulu buat sebab selalunya golongan repeat sikit je. ALHAMDULILLAH DAH LULUS. Hari yang test JPJ tu seramai 5 orang anak murid cikgu. 4 orang perempuan, 1 lelaki. Tak sangka aku dapat kawan-kawan yang sporting. Sorang umur 30 tahun, yang lain semua sama umur. Hahahaha tak sangka kitorang macam rapat sampai buat group wassap hahaha. Siot je. Well, itu takla bad birthday ever. Then, aku jumpa orang yang sama failed jalan raya time first time. And what the heck, dia dapat orang (JPJ) yang sama yang FAILED KAN KITORANG hahaha. So funny. So dia repeat the same day like me. SO UNTIL NOW WE CONTACT. Siapa sangka dari situ kita berkawan. Well, one new friend never hurt right? Okay that's all for tonight. I want to continue read P.S I STILL LOVE YOU book. Esok kerja. Hmmm lagi 4 hari je aku bekerja lepastu aku berhenti. Sedihnya. nantikan selepas ni post pasal kerja aku pulak hehehe. Cah2. Ohye, Bila kau belajar drive ni, jenis-jenis kereta kau naik kau tak amik kesah pon. Dulu aku selalu tengok jenama jenama kereta, etc. But Now, i am so impressed dekat orang yang bawa kereta besar besar like wow i feel sick when i bawa VIVA kot hahhaa. How can they bawa kereta Perdana Vios etc? HUHU. Rasa macam nak bawa kancil je sebab tak berani bawa kereta lain. hehe. GTG.

 BYE. GOODNIGHT, XOXO

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
😼 Hi guys. Assalamualaikum semua. I am extraordinarily busy with working and sleeping. ceh.! Feel exausted till i can sleep for a thouusand years.kidding. Well. since January has comes to the end, so absolutely February just around the corner. Fyi, it is my birthday on Feb. Who's care? So tonight (i guess) i would like to suggest "incase" you are still blur on what kind of present you may give to your own bff ho ho. Uh, you are welcome. Lets started.

  • Cookies - nobody hates cookies tho. cookies subway paling murah and sedap. Ommm
  • Unicorn orrr Swan float
  • A slice of cake or Two Three 
  • Makeup palette
  • Books or Magazine - if she or he loves to read. Novel please hahahaha
  • Bags
  • Brooch scarf - yang kecik kecik je
  • Gift card
  • Dessert
  • Belanja makan etc
  • Relevant stationery
  • Emoji pillow
  • Socks
  • Perfume
  • Headphone
  • Dua
Please bagi hadiah tu, beri perkara yang berguna. Make sure before you buy, your friend would immediately love your present. Hadiah tu anggap lah sebagai satu sedekah. Jadi. bila kita bersedekah, mesti kita nak apa yang kita berikan mampu beri manafaat hingga ke akhirat kelak. Yang paling utama, adalah keikhlasan hati kita. Niatlah untuk buat sahabat, rakan kita gembira. Namun, hadiah merupakan salah satu cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kita kepada seseorang selain sebuah penghargaan kita kepada si dia. Namun begitu, terdapat banyak laaaaaaaaaagi cara untuk menunjukkan penghargaan kita kepada seseorang. Seperti kasih seorang ayah, tidak dizahirkan pada perkataan, sebaliknya pada perbuatan. 😉 Terpulang pada korang nak bagi apa-apa pun. Dan hadiah terakhir tu adalah hadiah yang paling baik dan Inshaa Allah dimakbulkan Allah. Sebagai seorang Islam, doa kan senjata orang mukmin. Jadi, gunalah peluang yang ada untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan orang lain. Dan sekiranya orang tu dahulu meghadap Ilahi, doalah antara titipan hadiah yang mampu untuk menjadi saham arwah kelak. Okay sampai disini sahaja. Selamat malam. 😪



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
SPM
Assalamualaikum semua. Tak sangka esok dah nak bermulanya tahun baru 2017. Masha Allah, macam biasa ayat klise' "CEPATNYA MASA BERLALU" hahaha. Jadi, sudah 1 bulan 2 hari aku meninggalkan SPM 2016. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik di mana aku tak jatuh sakit, pengsan dan blank etc. Jawab SPM memang sangat berbeza ketara dia dengan peperiksaan lain lain. Yang kita boleh meniru, boleh tidur, boleh tak study lagi topik tu. Huhuhu. Walau bagaimanapun, bukan bagi SPM. SPM ni memang beza sangat dengan PT3 dan UPSR. Aku pon dah tak ingat sangat dah cara nak jawab PT3 dengan UPSR tu hehehe. Okay. Harini hakak de mood nak bagi tips untuk adik adik di luar sana. Tips ni bukan tips yang selalu motivator tu bagi. Berusaha bersungguh-sungguh, fokus dalam kelas etc. Memang tak dapat lah nak dinafikan yang semua tu penting. Tapi tips ni tips lain. Berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jadi ini tiada kaitan dengan yang hidup atau pon dah mati. Kalau korang fikir tak masuk akal ke, pelik ke boleh abaikan dan tak payah nak ejek ejek. Sila berambos. 

Before that, buat pengetahuan semua aku ambil 11 subjek. Tak bangga pon amik subjek banyak banyak. Tak semudah ABC. Ilmu Tuhan memanglah tak setanding dengan manusia berhati gelap macam aku ni. Jiwang jap. Okay next aku akan mulakan dengan subjek teras so mudah untuk sape sape yang tak de kaitan dengan subjek tambahan SAINS TULEN AGAMA boleh dah tekan pangkah blog ini. 
  1. BAHASA MELAYU
    Mula-mula BM lah adoi. Bahasa jiwa bangsa. Saya bangga berbahasa Melayu. Ececeh, Tapi kelas bm masuk lambat. Puih. BM ni tak susah pon sebenarnya. Ceh, YEKE? Kita mulakan dengan kertas 1. Yakni KARANGAN. Cah! Dulu aku dengar karangan, lemah kepala lutut aku sebab karangan SPM yang Cikgu aku ajar nih, beliau nak panjang panjang. Panjang macam rambut Rapunzel tuh. Bayangkanlah isi isi semua kena hurai tapi kena hurai dengan jelas. Payah gak. Karangan ni tak susah. Aku nasihatkan kau cari karangan karangan BM yang gempak gempak KEBABOOM, then baca banyak kali. Hafal ayat ayat BOMBASTIK BM dan peribahasa dan fakta fakta yang SAHIH yang sesuai untuk dijadikan pengukuh korang. Macam kata-kata sape sapelah yang terhormat dan terkenal. CONTOH: PROF. DR. UNGKU AZIZ. Untuk PAPER 2 pulak, rumusan tu ingatlah cara cara penulisan yang betul tu. Komsas pulak, tak dopek den naknolong kalau korang sendiri tak baca. Sepanjang cuti sekolah ni, bacalah buku komsas tu. INI tak, jeling pon tak buat puih. Korang memang waaaaaajib bukak dan BACA! sampai habis especially NOVEL. Kalau korang nak score kaw kaw kat Novel, bacalah novel. Kemudian baru baca buku rujukan untuk lebih arif tentang persoalan tema dll. Ejaan dan lain lain tu perlukan banyak latihan. Aku pun turut lemah di situ,
  2. ENGLISH
    Tidak dilupakan juga bahasa Antarabangsa kita nih. BI aku tak hebat mana pon so tips tu tak banyak. Macam aku cakap tadi, ni sama dengan literature. Kena baca buku literature. No short cut. And to me, buku rujukan literature yang berada di pasaran tak berapa nak berkesan sangat sebab zaman aku, thats novel still new so buku rujukan tu, tak complete. Literature in SECTION D PAPER 2 suka KBATkan soalan. Jadi susah lah kalau korang tak tahu the real stories and moment.
  3. SEJARAH
    Sejarah ni banyak pulak kertas dia. KERTAS 1 2 3. Kertas 1 pada aku mudah nak skor sebenarnya KALAU ANDA BACA. Okay before that, to me Sejarah, kalau anda betul betul nak skor, no need revision book. All you just need is text book. Buku teks sebenarnya dah cukup cukup lengkap pada aku. Cuma pelajar sekarang beli buku rujukan sebab senang nak tiru bila cikgu suruh buat nota hahahaha. Tak kisahlah. Its up to you. Tapi korang WAJIB khatam buku sejarah form 4 & 5. Kalau rajin, tulis nama nama tokoh dekat sehelai kertas. 1 m/s untuk nama nama tokoh dalam buku teks F4, kertas belakang tu untuk F5. Nama nama tokoh tu semua sebenarnya penting ya sebab memang famous betol ditanya dalam SPM hmmmm. Kertas 2 pula, korang kena skor kat Bahagian B sebab Bahagian A kita tak tahu dia akan tanya topik apa. Bahagian B pon sebenarnya kita tak tahu tapi dia ada bagi macam satu soalan tu semua topik F4 , satu set soalan semua topik F5. Korang pilih, nak topik F5 in your fingertips atau F4 TOPICS. Kertas 3 lak, orang selalu jugak ambil remeh paper 3 sebab boleh bukak buku. Thats wrong. Korang kena jugak baca topik tu dan spot2 soalan paper 3 sesuai dengan tajuk. Kalau ada rezeki, soalan yang pernah korang baca Inshaa Allahh keluar, Alhamdulillah ..
  4. MATHEMATICS
    Math ni semestinya lebih mudah dari addmath. xD Tapi Math SPM ni payah. Especially Paper 2. Dia suka kbatkan soalan. Dah macam soalan Addmath hmmm. Walau bagaimanapun, korang kena skor dekat Paper 1. Sesungguhnya hanya kertas 1 yang dapat membantu anda dengan Izin Allah. Buat banyak soalan objektif.
  5. PHYSICS
    Fizik. Hmmmm bukan subjek 'kacang' pada aku. Fizik ni dia suka tanya soalan yang dari belakang ke depan. Macam contoh ABC kita belajar, dia nak kita jawab soalan berbentuk CBA. Even dia topik yang sama tapi mampu membuatkan anda pening pening lalat. Hahahah. Fizik ni tak boleh lari mana. F4 subjects kena kuasai aku rasa. Sebab bila F5, ada topik lain pulak nak study. Kalau nak skor, skor betul betul dekat PAPER 3. Untuk buku rujukan fizik, aku amat amatlah sarankan beli BUKU RUJUKAN YANG ADA SEMUAAAA EKSPERIMEN. So maksudnya beli buku yang tebal setebal bantal mu yang empuk itu ehehe. Jangan kedekut beli buku rujukan tebal tu. Kemudian lepas beli, cuba senaraikan sahaja eksperimen yang ada setiap bab. Dan jangan lupa bacalah eksperimen tu dan ingat. Tak banyak pon kan? Hmmm Chaiyokk!
  6. CHEMISTRY
    Seterusnya ialah Kimia. Kimia ni cikgu aku kata subjek perempuan. Memang betol pon. Complicated. Ceh tapi aku taklah hahaha. Kimia, kuasai Paper 1. Apa apa subjek yang ada OBJEKTIF, KORANG KENA SKOR KAT SITU SEBAB tu fungsi dia. Nak membantu anda skor. Paper 3 Kimia ni pada aku susah sikit. Dia macam ada cara nak jawab dia. Jadi anda kena mahir lah paper 3 ni. Jangan lupa, sama seperti fizik, baca semuaaaaaaaaaaaaaa eksperimen kimia WALAUPUN KORANG TAK BUAT. Sebab bukan salah pihak sekolah tidak menjalankan ekperimen tu. Kau kena faham, tak semua eksperimen SELAMAT nak buat di sekolah hehe. Silap silap ada juga yang meletup. Jangan lupa hafal Jadual Berkala. Terutama 20 unsur terawal. Untuk KESELAMATAN ANDA HEHEHE.
  7. BIOLOGI
    Fokus pada topik haiwan haiwan. Banyak baca tentang haiwan dan TUMBUHAN. SPM 2016 ajar Batch 99 tuk jadi BOTANI. Hahaha. Jadi mostly tentang manusia ni mudah lah, macam kalau pasal tumbuhan tu bosan lah nak baca kan. Hook or crook wtvr, wajib baca dan kuasai tumbuhan dengan haiwan. Kalau bio ni, aku rasa susah untuk esei. Korang perlu banyak latihan tulis esei lagi lagi KBAT question. Kuasai tentang ekosistem esei. Inshaa Allah kejayaan menjadi milik anda. Paper 1 pon jangan lupa skor. Dan belilah buku rujukan SPM YANG ADA SEMUAAAAAAAAA ESKPERIMEN. Baca semua eksperimen walaupun eksperimen tu pelik bin ajaib. Tak rugi pon baca.
  8. ADDMATH
    .... latihan
  9. BAHASA ARAB
    Aku memang lemah lah bahasa arab ni. Macam kalau penyakit tu macam penyakit kanser tahap 0. aahahaa. boleh diubati. Untuk Kertas 1 BA, korang kena familiar sangat sangat dengan perkataan sinonim dan antonim. Sesiapa yang ada buku Abu Sakeena warna merah, selak belakang sekali dan rajin-rajin baca dan faham. Inshaa Allah kalau baca itu pon, salah satunya akan keluar. Chaiyok ! Untuk kertas 2,  aku hafal karangan. Yerla nak buat ayat sendiri hmmm sekian jelah. Lepastu aku sentiasa pilih soalan ketiga. Soalan keempat tak pilih sebab dia kena bina ayat berdasarkan perkataan diberi. Jadi aku tak faham perkataan tu so hmmm. Untuk soalan ketiga, aku hafal ayat yang memang dia nak. Boleh tengok buku Abu Sakeena. Buku tu mudah mudah ayat dia. Eceh..
  10. P.SYARIAH ISLAMIYAH
    Syariah bukanlah subjek agama yang kau boleh pandang sebelah mata. Sorry naik lorry lah.. Ni dah macam the real agama aku belajar. Untuk subjek mulia ni, aku sarankan korang HANYA GUNA BUKU TEKS SAHAJA, Tak perlu beli buku rujukan. Sebab kebanyakan buku rujukan di luar sana pelik. Jadi beli buku teks F4 bila korang dah F5. Ni sama macam sejarah la, hehehe. Kertas 1 jangan lupa skor. Ingat istinbat hukum setiap hukum.
  11. Al-Quran & As-sunnah
    Aqs sama macam PSI, kena beli BUKU TEKS ATAU PINJAM ATAU APA APA. Buku rujukan korang adalah buku teks sebab buku teks lengkap. Untuk tajwid, boleh tengok dekat buku teks, korang study ayat Quran yang ada dalam buku teks tu. Inshaa Allah soalan tajwid yang ada dalam buku teks sahaja. Doa doalah yew. Hadis hadis pula korang kena familiar ni hadis apa ni hadis apa. Untuk Bahagian B, korang kena bijak pilih. Make sure tahu format dan korang akan tahu cara nak bijak memilih soalan. Dan soalan bahagian tamadun ni pada aku susah sikit. hehe. 
okay itu sahaja yang boleh aku berikan tips ku. Sesetengah subjek memerlukan buku teks sahaja. Jadi bijaklah membuat tindakan. Terutama bila nak beli buku rujukan. Pastikan korang tahu dan pasti buku tu dapat membantu anda sampai anda melangkah ke dewan peperiksaan. Untuk selamat, aku sarankan dwibahasa untuk subjek sains sebab kita tak tahu format dunia ni berubah ubah macam hati manusia. Cuma takut kalau adik korang kena belajar bahasa yang bertentangan dengan bahasa korang belajar sekarang. Dan untuk Komsas, beli buku yang lengkap dan jelas. Ada sesetengah buku tak lengkap dan seleweng dari maksud sebenar dari karya asal. Untuk menjawab soalan-soalan tahun lepas macam buku past years tu, kalau rajin, buat. Kadang-kadang aku rasa soalan tahun tahun lepas tu tak membantu sangat sebab lembaga selalu belit belit soalan. Shuffle shuffle jadi benda lain. Subjek yang lembaga suka uji ialah Sejarah, Math, Addmath (selalu sangattttt) , Biology, dan PSI. Jadi korang kena sentiasa bersedia. SPM bukan lah Peperiksaan yang kau boleh study last minute. Persediaan yang awal tidak menjanjikan soalan mudah tapi pasti menyediakan jalan yang mudah. Fi Amanillah adik adik yang BAKAL MENDUDUKI SPM 2017 18 19 20 21 22 23 ...Kita hanya mampu berusaha dan hanya Allah yang dapat menentukan. Dan kalau korang rasa tak nak ikut tips aku bagi pon takpe. Aku pon orang biasa sahaja. Tak cantik macam Mira Filzah, tak tinggi macam Kendall Jenner, tak pandai macam Izzati dan bukanlah budak top 10 kat sekolah. Saya hanyalah dalam kalangan biasa biasa yang ada impian yang luar biasa ecehhhhhhh dah macam motivator dah. Jadi, selamat tahun baru semua. Saya nanti dah nak semakin MUDA. Wow. Happy New Year. Jazakallahulkhair. Tata.. :)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum. Hello guys. Tnite, I am gonna make a review pasal korean movie yang aku baru-baru tengok harini. For your information, this movie still shows in cinema so aku rasa masih belum terlambat untuk sesiapa yang ingin menontonnya. Namun begitu, cerita ni untuk 18+ ke atas hehehe. Don't ask how can I watch it. Where can I begin huh?
First of all, cerita ni sakit. I'm SERIOUS. How can I explain huh?
Air mata aku tak henti henti mengalir 
bagai cendawan tumbuh selepas hujan. 
(Tiada kaitan)
Oh ye, sakit tu bukan sebab ada putus putus kepala ke apa tapi 
it was relate with a family you know.
Pengorbanan, air mata, darah, nyawa, menjadi taruhan.
Satu demi satu
Sorang demi sorang pergi dimakan oleh zombi
Oh ya, aku malas nak share gambar or trailer kat sini sebab tbh, 
aku benci tengok zombi dia.Sheram.
Ending cerita ini...
Believe me, it hurts like damn!
Aku tak boleh nak terima hakikat ending cerita ni. Why?!
Because I can't. Lagi sakit sebenarnya, bila aku nangis, 
aku tak dapat nak nangis puas-puas sebab aku dalam cinema an.
Kalau lepas ni aku tengok dekat rumah ke, 
aku akan nangis teruk punya ah.
Sakit ya Allah. Ending dia sakit wak.
okay I start to crying.
This is not a romance story. No romeo and juliet.
Pengorbanan seorang ayah kepada anaknya. 
There were out of thousands people but believe me, only two person,
TWO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
YANG TERSELAMAT.
Okay I started to be spoiler ahahaha.
Haih...... yang pergi biarlah pergi.
Kita yang hidup kena teruskan hidup.
Apa-apa pun, semoga Allah melindungi kita semua agar terselamat
 daripada perkara perkara sebegini.
Value cerita ni, memang tak tertinggi nilainya.
Buat pembenci kpopers, mohon buanglah rasa benci tu 
dan mohon tonton cerita ni.
Kpop tak de pon dalam ni.
Orang yang tiada hati je tak nangis tengok cerita ni.
Well, our tears bukan sebab watak dalam ni mati or what, 
*tapi memang pon* 
dia lebih daripada tu.
It was pain make us cry.
Ahhhh siapa siapa tak tengok lagi, jangan main nak judge je.
tengok dulu, baru kau tahu erti hidup ni.
Okay that's all. Got go to pack my stuff. Esok puasa arafah In Shaa Allah. Happy holidays. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

recent posts

Sponsor

Nehhh

Facebook


The name is Mai. Pronounced similar to Maisarah but I'm not Jeannie Mai and I live on Venus.

I'm in love with oreo. Nyummy.

I like White. Black. Chocolate and Ice Cream are my two best friends, they're always by my side whenever I need them.

My greatest enemies are Liar, Backstabber, Hypocrite and Nag.World would be such a better place without them. If you are one of them, then DIE.

bold underlined strikethrough italic


Blog Archive

  • ▼  2019 (1)
    • ▼  February (1)
      • Man
  • ►  2018 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2015 (17)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes