Queen Aquarius

...

Wow. Aku pagi pagi pukul 6 pagi tulis blog. Huahuahua. Aku dah bangun sebenarnya pukul 1 pagi tadi. Study Arab untuk kertas 2. Huhuhu. Dan tiba tiba aku teringat nak cari sebuah lagu ni. Sebenarnya lagu ni dah dua kali didendangkan dalam radio waktu aku nak pergi sekolah. Obviously, bukan ERA dan Sinar fm la radio tersebut. Radio lebih islamik sebab lagu ni tentang ibu. Ya, lagu ibu. Mesti semua macam hek eleh. Lame ah Mai. Entahlah. Lagu ni bila aku dengar lagi-lagi pasang depan family buat aku nangis. 
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Ku Curahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihmu

Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

Ibu...
Dengarlah lagu ni. Lagu ni buat aku teringat dekat arwah nenek tersayang. And duduk dalam kasut anak- anak nenek aku. ( cuba faham perasaan pakcik makcik dan ibu bapa akulah, bukan duduk betol betol!!! ) Kematian itu adalah sakit yang paling sakit dan benar ia sakit. Kematian juga telah menyakiti hati hati orang yang menyayangi orang yang sudah pergi. Sakit dapat aku rasa dalam hati ni. Dalam sudut hati ni macam tak boleh terima hakikat lagi. Astaghfirullahalazim. Thank you untuk ibu segala ibu dalam dunia ini. And i am afraid to be a mom. Sebab aku tak nak nanti bila aku dah tiada, anak aku rasa sakit tu. Sebab aku tahu ia sakit yang teramat sakit. Bagai di hiris sembilu. 💔
Wallahualam. Bye nak pergi sekolah.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum semua. Dan selamat petang. Hari semakin senja, namun perjuangan aku belom pernah berakhir lagi. Sampai mati pon tak akan habis perjuangan ini. Penat? Tiada ungkapan lain yang dapat aku katakan. Sakit? Mati tu lagi sakit. Sedih? Apa lagi nikmat yang belom Allah berikan pada aku. Ahhh, manusia tidak bersyukurkah aku ini? Mengapa jadi begini? Hidup dalam bergelumang perkara perkara ke lembah kejatuhan ummah. Aku harus bangkit kembali seperti singa kelaparan tapi aku memang lapar dan hanya mampu buka peti ais amik air, minum dan tidur. Hari ini aku menduduki ujian Matematik Tambahan. 😱 tak payah nak terkejut sangatlah. Menjadi kebiasaan manusia dalam dunia ni cakap subjek tu susah. Tak dapat aku nafikan. Walau bagaimanapun, subjek ni masih baru lagi untuk aku. Ala macam dulu dulu. Pelajaran nak hafal sifir tu susah pada aku. Sifir 7 dan 8 terutamanya. Tapi kini? Alhamdulillah. Tu pon tekan kalkulator lagi untuk kepastian. Addmath tadi sangat mencabar minda rohani dan jasmani aku. Mungkin pada kawan-kawan aku jugak. Tapi aku percaya, ada yang mampu melakukan yg terbaik tadi. Usaha? Aku usaha!! Aku rasa addmath yang aku melipatgandakan melakukan usaha. Namun, siapa aku nak menghalang ketentuan Allah? Kun faya kun. Belom rezeki aku untuk melakukan lebih terbaik. Menjadi pengajaran dan pembelajaran untuk aku agar lebih berhati hati. Tak peduli lagi apa apa yang akan diperkatakan oleh ibu bapa aku, guru guru ku. Lillahi Taala, Allah sahaja tahu aku dah guna segala keringat untuk study addmath. Tak pe, aku tak kisah pon orang tak nampak. Kalau mereka anggap aku tak belajar langsung pon aku tak akan marah. (In Shaa Allah). Tak dinafikan, aku pon rasa macam aku tak belajar. Ilmu ini masih baru lagi untuk aku. Jangan suka suka bandingkan aku dengan orang lain. Semua ada limit masing-masing walaupun mereka melalui benda yang sama. Percayalah, Allah tu lebih mengetahui. Kalau ada yg cakap dia ni boleh je dapat A bla bla. Bersabarlah. Kita buang yg keruh, ambil yg jernih. Yang baik tu, ambil lah. Buat kekuatan diri. Ada yang sampai nak menangis semua tu buat addmath. Tak apa, ilmu Allah ni memang luas. Baru sikit Allah bagi. Kita kena lah bersabar. Allah punya ilmu kot, bukan senang senang Dia nak bagi kat orang orang sesuka hati. Ilmu tu kan kita kena pelihara. Nawaitu kena baik. Menjadi orang yang berjaya tu bukannya mudah. Kena sentiasa istiqamah. Aku pon macam tulah kena buat!!!. Rajin!! Kita ni sebenarnya amat amatlah beruntung dapat belajar dengan AMAN DAN DAMAI DAN BERSIH. Kalau kita tengok negara-negara mundur. Bagaimana mereka belajar? Ambil exam. Mungkin sekarang ada yg kena batalkan dunia persekolahan dia sebab kena kerja atau pertahankan tanah air ke dunia jihad. Kita pon berjihad. Tapi jihad kecil ni pon alahai. Dah penat...  Fitrah la. Belajar ni bosan. Tiada hiburan, maksiat dan benda benda lagho. Sukar nak tarik perhatian kita. Dan aku dah dapat result addmath. Apakah resultnya? Lulus dapat aku jawab buat masa ini. By the way, yang kenyataan atas atas tu aku dah tulis lama cuma belom publish dan harini baru publish. Memandangkan peperiksaan akhir tahun aku sudah berakhir, hanya Allah sahaja tahu bagaimana rasanya. Semoga Allah beri kekuatan kepada kawan kawan yang dapat 3G 4G dan G dan B C D E F dan huruf huruf seumpama dengannya kecuali A. Semoga sama sama kita istiqamah dalam berusaha memerah keringat mengembleng tenaga dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dibawah payungan barakah dan rahmat Allah. In Shaa Allah. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang belum sampai rezekinya lagi, jangan berputus asa. 🙆🏻🙆🏼🙆🏽🙆🏾🙆🏿🙆 wallahualam. Albert Einstein pon dulu tak pandai jugak. Dont worry. 






Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

recent posts

Sponsor

Nehhh

Facebook


The name is Mai. Pronounced similar to Maisarah but I'm not Jeannie Mai and I live on Venus.

I'm in love with oreo. Nyummy.

I like White. Black. Chocolate and Ice Cream are my two best friends, they're always by my side whenever I need them.

My greatest enemies are Liar, Backstabber, Hypocrite and Nag.World would be such a better place without them. If you are one of them, then DIE.

bold underlined strikethrough italic


Blog Archive

  • ►  2019 (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (5)
    • ►  October (1)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (11)
    • ►  December (1)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  April (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ▼  2015 (17)
    • ►  December (4)
    • ▼  November (2)
      • Untukmu Ibu
      • Assalamualaikum semua. Dan selamat petang. Hari se...
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes